Friday, February 25, 2011

Chenta Strawberry

Pagi tadi dok ngemas folder dalam PC, tetiba terjumpak plak dengan picture keluargaku masa diorng gi bercuti di Cameron Highlands,aku suke sangat gambar2 strawberry yang adik aku capture, rase nak masukkan dalam blog aku ni, bukan ape, geram sangat tengok warna strawberry merah menyala, membangkitkan nafsu nk memakan strawberry tu,tpi apa kan daya aku xdapat join family aku g sana, so gambar2 laa sebagai peneman. Family ku xlupe bawak balik ole2 strawberry dekat aku, tpi rasa dah xsesedap makan kt Cameron dah..hhuuhuhuhuhuuhuh...



adik2 aku sempat berposing lagi depan strawberry ni.. really chenta strawberry...

Diorang siap makan cheese cake with strawberry lgi..yummy222...


xpelaa....sekurang-kurangnya aku, dapat menatap strawberry yang merah ni, aku ni sensitif sikit benda yang warna merah ni....hhehehe..i liiikeeee..

Monday, February 21, 2011

Kuih ketayap

Assalamualaikum semua...
Malam ni, rasa boring sangat, xde, xtvt menarik yang nak buat,bukak FB pun xde ape2 yang menarik sangat,nak tido pun awal lgi, so malam ni, aku nak meluangkan masaku memasukkan resipi kuih ketayap.

Sumber Resipi: BondaKu

Bahan untuk Kulit Ketayap

3 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau yang dibenarkan
Air - agak2 je laa yee...
jgn terlalu pekat,jangan terlalu cair

Cara membuat Kulit Ketayap

1.Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, dan gaulkan.
Untuk memudahkan anda, masukkan ke dalam Pengisar dan kisar sehingga adunan menjadi sekata, sekiranya terlalu pekat, tambahkan air.


Nota: Untuk 3 cawan tepung, anda akan mendapat 30-35 biji kuih ketayap.

Bahan untuk Inti

1 biji kelapa parut ambil putih sahaja atau kelapa muda
cawan Gula merah
1 senduk gula putih, kalo xsuke manis, anda bole kurangkan
Secubit garam
1 camca besar tepung gandum

Cara Membuat Inti

1.Masukkan Kelapa parut ke dalam periuk beserta dengan gula merah, gula putih dan secubit garam.
2.Masakkan dengan api yang agak kuat pada awalnya, selepas agak kering, masak dengan api yang sederhana pula dan masukkan tepung gandum, kacau sehingga kering. Siap untuk dilenggangkan.


Nota: Petua untuk mengatasi Kulit Ketayap tidak melekat di kuali, pecahkan sebiji telur, dan gosok di permukaan kuali. InsyaAllah berkesan, petua tu laa saya selalu gunakan.

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Hujung Mingguku....

Alhamdulillah, semua berjalan dengan begitu lancar sekali, hujung mingguku dimaanfaat dengan begitu efektif sekali, tiada ruang untuk aku duduk saja di rumah, seawal pagiaku memulakan langkahku ke dapur,untuk menyiapkan kuih.Then,aku bergegas bersiap untuk pergi ke Alor Setar. Pada 18 Februari 2011 bersamaan hari Jumaat, aku telah menyertai bengkel Cupcakes. Best juga Course tu, tapi yang tak bestnya, ramai sangat student, xleh nak fokus sangat, tp part yang aku paling suka, hehheheheh , pegang piping bag dengan Nozzle, best part tu.....kire ok laa, ada jugak aku buat keje, lepas ni aku nk cari kursus personal pulak laa!!!!!!.. lagi leh direct dengan sifu....tapi apa2 pun, aku dapat menghasilkan sesuatu. Iaitu Cupcakes!!!!!!!




Pada 19.2.2011 pula,di Teluk Air Tawar, aku menyertai bengkel pembuatan roti, best sangat kursus ni, di bengkel ni aku mengenali kak Aida dengan Syafikah, groupmate aku,student bengkel ini hanya 10 orang, so boleh fokus lebih dalam pembuatan roti... best sgt,banyak yang aku belajar, petua2,semua xkedekut ilmu, bengkel macam ni laa aku nak... aku akan join lgi, sekiranya ada fasa seterusnya....

 Mexican Bun, Kaya Bun, Red Bun Twist 


P/s:So Sorry, picture utk  roti xbyk, xsempat nak snap, sebab dok kusyuk wat roti.

Friday, February 18, 2011

Mee Bandung Che Endon



Pada hari rabu yang lepas, aku ade siapkan mee bandung untuk dimakan oleh ahli keluarga kesayanganku...Teringat aku, Kali pertama aku mula belajar masak mee Bandung..ceritanya begini'MAK  menjana pendapatan melalui meniaga kuih secara kecil-kecilan...ramai pelanggan tetap yang sentiasa mengidam-idamkan kuih MAK' mengikut kata mereka susah nak cari kuih sesedap kuih Makku.Alhamdulillah, Tp adat berniagalah, kadang2 habis, kadang2 tidak.Kalo xhabis,sama-sama la saling tukar menukar kuih, nasi lemak, mee atau bihun goreng yang tak habis tulaa aku gunakan  untuk membuat:


Nasi Lemak-aku jadikan Nasi Goreng
Mee Goreng-aku jadikan Mee Bandung 


Semuanya bermula ketika aku berumur 10tahun, aku mengambil mee goreng yang tak habis tu dengan memanaskan kuali  aku masukkan mee yg xhabis dijual tu, ditambah dengan air,sos cili dengan kicap..so jadi laaa mee bandung Versi aku, tu pun dah cukup sedap bagi akuuu.... Itu lah pengalamanku dengan Mee Bandung,walaupun ia mudah..tp ia terlalu bermakna untuk ku..permulaan langkah pertama aku dalam bidang masakan....



Bahan-bahan
1 Bungkus mee kuning-Dicelur
10 tangkai cili kering- dikisar
1 labu bawang besar-dimayang
5 ulas bawang putih-Dimayang
Air rebusan ayam @ daging
Udang-ikut kesuaian
Isi ayam atau daging
Bunga Kobis-Dipotong agak besar
Jagung Muda- 
2 batang Lobak Merah
Bebola Ayam
Sos Cili
Kicap..paling best guna kicap MUDIM sedap!!!!...
Bawang Goreng
1 1/2 camca besar gula
1 camca garam,ikut kesuaian @secukup rasa anda
Daun sup Daun Bawang
Cili Besar-mayang halus
Sedikit minyak untuk menumis
3 biji telur
2camca besar tepung jagung untuk memekatkan kuah.


Cara-caranya


1.Panaskan minyak, bila sudah panas masukkan  bawang merah dahulu dan diikuti oleh  bawang putih yang dimayang. Bila kekuningan masukkan cili kering yang dikisar. Biar cili tersebut masak.
2.Bila Cili tersebut agak masak masukkan garam,gula, sos cili serta kicap.Biarkan seketika.
3.Masukkan Isi ayam ataupun isi daging, kemudian masukkan air rebusan ayam atau pun daging.
4.Setelah itu, masukkan Sayur-sayuran yang keras seperti lobak merah, diikuti oleh Bunga kubis dan Jagung muda. Bila kuah mula mendidih masukkan udang serta bebola ayam.
5.Kemudian kita bole terus pecahkan telur ayam di dalam kuah yang sedang mendidih tersebut.
6. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kacau terlebih dahulu,seterusnya masukkan air tepung jagung tersebut ke dalam kuah bandung dan kacau sehingga nampak agak pekat.
7.Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk, masukkan kuah tersebut dan kemudian hiaskan dengan baawang goreng, cili, daun bawang dan daun sup.Siap untuk dihidangkan untuk keluarga.


Cara Membuat Air Rebusan Ayam atau Daging


Rebuskan ayam@daging bersama-sama halia,Kulit Kayu Manis,Bunga lawang, serta Sup bunjut. Perasakan dengan sedikit garam. Masakkan dengan api yang perlahan.


Inilah hasil air tangan Aku




Tuesday, February 15, 2011

Sup Ayam

Hari ni Zur nak masukkan resipi Sup Ayam yang Zur warisi dari Mak Zur...memandangkan hari ini punye menu sup ayam...Mungkin kalo orang tengok resipinye mudah sangat, tp yang pasti sedap sgt...xperlu nak susah2.. kalo dok jauh sentiasa terkenang air tangan Mak.. Tp sekarang, dah makin dewasa ni, zur la yang kena buat sendiri... Kalau makan Sup Ayam mesti nak cicah dengan Sambal kicap.. eemm kalo makan tu.. xpayahlaa nak buat lauk yang lain, lauk lain gerenti xlaku..hehehhehe... Di sini Zur uploadkan resipinya.


Bahan-Bahan

1 ekor ayam dicincang kecil2
2 inci halia-mayang halus
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 uncang sup bunjut
2 biji bawang-hiris halus2
5 biji Ubi kentang
garam secukup rasa
Bahan perasa-saya gantikan dengan serbuk Pasti sedap Uncle Knor..heheheheh
air 1 jag...ikut kesesuaian
Bawang Goreng
Daun sup
Daun Bawang

Cara Membuatnya....

1.Masukkan air,ayam serta halia ke dalam periuk, biarkan seketika
2.Kemudian masukkan bunga lawang,kulit kayu manis
3.Masukkan Garam serta Bahan perasa-pasti sedap uncle knor.
4.Bila mendidih masukkan ubi kentang, biar sampai empuk.
5.Sementara itu, gorengkan bawang goreng sehingga kekuningan.
6.Masukkan Bawang yang digoreng sekali dengan minyak gorengan tersebut ke dalam sup.. jangan letak terlalu byk minyak gorengan tersebut.
7.Sup Ayam siap untuk dihidangkan.
8.Hidangkan bersama-sama sambal kicap.










Tiramisu

Hari ni, aku bercadang nak buat Tiramisu, aku baru je dapat resipi ni dari blog Chef Hanieliza, nampak simple & xperlu banyak sgt bahan2 nye...Kira nie percubaan pertama aku untuk menyiapkan resipi Kek Tiramisu ni,adik kedua aku ni, nak mintak aku bekalkan sesuatu yang special untuk kawannye,so terfikirlah aku nk buat Tiramisu Kek ni memandangkan xdelaa nampak susah sgt... 


Bahan 
1 gulung kek swiss roll kopi-aku gantikan dengan swiss roll Mocha
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml Whipping Cream..resipi asalnya Plain Yogurt
1/2 cawan gula
5 sudu besar lemon [ambil jusnya]
serbuk nescafe-aku letakkan serbuk Koko

Larutan Agar-agar -aku gantikan dengan gelatin
1/4 cawan air panas
1 sudu kecil serbuk Gelatin Halalgel

Cara 
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan  gelatin 
dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

So inilah hasil nya..


Creammy N Moist.. 
Try it.. N u will Love it....

Gambar yang aku Upload  Di atas ni semua untuk Keluarga aku, untuk kawan adik aku ni, aku letakkan dalam tupperwear die....eemmm dulu die ade kasi makanan dekat adik aku ni, rajin orangnye...so sebagai membalas balik ape yang diberikannya, aku buat Tiramisu ni khas Buat adik Maizun .....
View dalam tupperware






Friday, February 11, 2011

Soto Ayam

Rasanya dah seminggu aku xupdate blog aku ni... Malam ni aku luangkan masa yang ada untuk aku masukkan resipi yang selalu aku buat serta yang menjadi kegemaran seisi keluargaku terutama adik keduaku...adikku suka sgt makan soto ni.. tp die lebih suka makan koey teow soto, berbanding dengan nasi impit...InsyaAllah, makan sekali sampai bila2 teringat punyer...hahahha ..perasan tulll....



Bahan-bahannya

Bahan Sup

1 ekor ayam-dipotong kecil2
5 biji bawang besar(sederhana besar)
8 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar jintan putih 
1 1/2 inici halia
3 camca besar rempah sup adabi
1 camca besar serbuk  lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
1 1/2 jag air
Daun Sup
bawang goreng
Fucuk(rendam sehingga lembut)
sedikit minyak untuk menumis


cara membuatnya

1.Kisarkan bawang merah, bawang putih,buah keras,halia beserta dengan jintan putih.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk, bila sudah panas, tumiskan rempah tumis seperti kulit kayu manis, bunga lawang,buah pelaga, kemudian masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi,rempah sup dan lada hitam ke dalam periuk, masak sehingga rempah ratus masak, kemudian masukkan ayam yang dipotong kecil ke dalam rempah tersebut.gaulkan...biarkan seketika,bila agak mesra rempah dengan ayam tersebut masukkan air k dalam periuk.
3. Bila sup mulai mendidih masukkan garam secukup rasa serta bahan perasa ke dalam sup tersebut.
4. Setelah mendidih, masukkan fucuk,daun sup serta bawang goreng, biar seketika, kemudian, siap untuk dihidangkan.


Cara membuat Bergedil

Bahan-bahan

6 Biji Ubi Kentang
3 ketul isi Ayam  dan dicincang/Daging Cincang
Lada Hitam
Cili Padi
Daun Sup dan Daun Bawang
Bawang Gorang
Telur
Sedikit Tepung Gandum
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Rebuskan ubi kentang yang telah dikupas kulitnya bersama-sama dengan sedikit garam
2. Setelah empuk ubi tersebut, kemudian lecekkan ubi tersebut.
3. Kemudian masukkan, sedikit tepung, Ayam cincang,cili padi,Daun sup & Daun Bawang,   Bawang Goreng dan Gaulkan.
4.Setelah rata kesemua bahan masukkan lada hitam, terpulang kepada anda, sekira ada sukakan pedas bolehlah banyakkan lada hitam.
5. Setelah itu bentukkan adunan BERGEDIL tersebut.
6. Setelah dibentuk celup ke dalam telur yang telah dipukul
7. Kemudian gorengnya sehingga masak.

Cara membuat Sambal kicap

Bahan-bahannya
Cili padi- ikut selera anda sekiranya ada sukakan pedas lebihkan cili padi
Bawang putih
Kicap
Gula
Garam secukup rasa
bawang goreng
Sedikit air

Cara membuatnya..
1. Masukkan semua bahan tersebut dalam pengisar, kisarkan sehingga halus
2. Masakkan di atas api yang sederhana.

Hidangkan  bersama-sama nasi impit, mee, bihun ,atau koey teow

Bahan Hiasan Tambahan
Isi ayam yang dicarik-carikkan
Su'un Goreng
Kacang Goreng,
Bawang Goreng,
Daun Sup dan Daun Bawang.

Inilah hasil yang x seberapa... tp aku hanya buat koey teow soto je... bahan hiasan pun xdelaa aku masukkan semua.Aku xmasukkan fucuk, carik ayam,kacang dengan Su'un.tapi InsyaAllah sedap.. baru2 ni aku dapat tempahan soto ni daripada akak yang penah keje kt ofis aku ni,katanya untuk majlis harijadi anaknya. Dia kata asyik teringat2 je... tp disebabkan faktor kawasan yang gak jauh, aku terpaksa menolak tempahan tersebut..so sorry Kak Miza.. ada rezeki saya buatkan eekkk...

 Koey teow Soto
Lebih enak kalau dimakan bersama-sama bergedil






Saturday, February 5, 2011

Spaghetti Bakar

Spaggheti Bakar Ala Zur Anne

Bahan-Bahan
1 Paket Spagetti
3 labu bawang besar
10 ulas bawang 
1 tin Tomato Puri
Ayam Cincang
Kiub Pati Ayam
Cendawan Butang
Sosej Lada Hitam
Oregano
Serbuk lada hitam
Garam Secukup rasa
Keju Mozarella


Topping
1 ketul Mentega
1 tin susu cair
Tepung Jagung


Cara Membuatnya

1.Rebuskan spagetti dengan minyak zaitun setelah masak, Toskan
2. Tumiskan Bawang merah, bawang putih bila gak kekuningan masukkan isi ayam cincang.
3. Masukkan tomato puri, stok ayam , secukup rasa garam, tunggu seketika.
4. Kemudian masukkan Sosej, cendawan butang,serbuk lada hitam serta serbuk oregano setelah masak biarkan sejuk seketika.
5. Sediakan Toping dengan memasukkan  mentega, susu cair dan tepung jagung, masakkan dengan api yang perlahan sehingga menjadi likat.
6.Kemudian campurkan kuah spagetti yang agak sejuk  bersama-sama spagetti ke dalam loyang,
7.Sapu rata adunan toping ke atas spageti , taburkan keju mozarella ke atas adunan tersebut
8. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit.
9. Siap untuk dihidangkan









Puding Roti

Puding Roti Bonda

Bahan-bahan
4 Cawan Susu Segar
16 Keping roti
8 sudu gula kastor
4 sudu mentega
4 biji telur ayam
Esen Vanila
2 sudu tepung jagung
Kismis


Bahan Sos Kastard


2 Tin Susu Cair
4 Sudu Tepung Castard
4 sudu gula


Cara membuatnya:

1.Koyakkan roti dan rendamkan dengan susu segar, biarkan seketika.
2.Pukul Mentega dengan gula sehingga kembang,kemudian masukkan telur serta esen vanila,setelah sebati masukkan tepung jagung
3.Kemudian dicampurkan roti yang telah direndam dengan susu tersebut ke dalam adunan yang telah dipukul serta masukkan kismis dan tuang ke dalam loyang
4.Bakar pada suhu 180'c sehingga masak.
5.Untuk membuat sosnya, campurkan bahan-bahan sos kastars dan masakkan di atas api yang sederhana. 


Siap untuk dihidangkan

Menu Tahun Baru Cina

Sempena tahun baru cina ni, eemm mula laa terfikir di kepala apa laa menu yang akan ku masak untuk seisi keluarga... iyela, bagi memenuhi semangat satu Malaysia, aku turut memeriahkan tahun baru cina dengan menu-menu masakanku.... Alhamdulillah dengan bantuan, adik-adikku serta bakal adik iparku, semua berjalan dengan lancar...Amin...Tambahan pulak, ada tetamu yang nak datang rumah, mula laa kami seawal pagi memulakan aktiviti di dapur...eeemm mula laa riuh rendah kt dapur tu... Nak tau menu apa yang kami masak Sempena Tahun Baru Cina? 

Berikut Menu-Menu Tahun Baru Cina:-

Menu Makan Tengah hari
1.Nasi Putih
2.Kari Kepala Ikan
3.Ayam Goreng Berempah
4.Sayur Campur
5.Sambal Belacan
6.Ikan kering(Gelama Masam)favourite seisi keluarga terutaman mkn ngan nasi kosong
7.Ulam-ulaman

Menu Sampingan
1.Laksa
2.Spagetti Bakar-habis licin ..ahahhaha..cedap2
3.Puding Roti-habis licin jgakk.... tetamu suke sangat.. tambah makan dengan sos nye..waaalaaaaaahhhh...
4.Puding Jagung
5.Kek Batik

Alhamdulillah, semua sempat dimasak sebelum tetamu sampai... thanks to adik2ku.. berjaya kita siapkan masakan mengikut timeline....

Tapi aku xsempat nak snap gambar untuk menu tengahhari...
tapi aku sempat snap pic gambar menu sampingan.

Puding Roti yang baru dikeluarkan dari ketuhar
Puding roti dihidangkan dengan sos kastard
Spagetti yang siap untuk dimasukkan ke dalam ketuhar
Inilah hasilnya:Spagetti bakar yang baru saja dikeluarkan dari dalam ketuhar

Kek Batik yang siap untuk disimpan dalam peti sejuk
 Kek Batik yang siap dihidangkan
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...