Friday, February 18, 2011

Mee Bandung Che Endon



Pada hari rabu yang lepas, aku ade siapkan mee bandung untuk dimakan oleh ahli keluarga kesayanganku...Teringat aku, Kali pertama aku mula belajar masak mee Bandung..ceritanya begini'MAK  menjana pendapatan melalui meniaga kuih secara kecil-kecilan...ramai pelanggan tetap yang sentiasa mengidam-idamkan kuih MAK' mengikut kata mereka susah nak cari kuih sesedap kuih Makku.Alhamdulillah, Tp adat berniagalah, kadang2 habis, kadang2 tidak.Kalo xhabis,sama-sama la saling tukar menukar kuih, nasi lemak, mee atau bihun goreng yang tak habis tulaa aku gunakan  untuk membuat:


Nasi Lemak-aku jadikan Nasi Goreng
Mee Goreng-aku jadikan Mee Bandung 


Semuanya bermula ketika aku berumur 10tahun, aku mengambil mee goreng yang tak habis tu dengan memanaskan kuali  aku masukkan mee yg xhabis dijual tu, ditambah dengan air,sos cili dengan kicap..so jadi laaa mee bandung Versi aku, tu pun dah cukup sedap bagi akuuu.... Itu lah pengalamanku dengan Mee Bandung,walaupun ia mudah..tp ia terlalu bermakna untuk ku..permulaan langkah pertama aku dalam bidang masakan....



Bahan-bahan
1 Bungkus mee kuning-Dicelur
10 tangkai cili kering- dikisar
1 labu bawang besar-dimayang
5 ulas bawang putih-Dimayang
Air rebusan ayam @ daging
Udang-ikut kesuaian
Isi ayam atau daging
Bunga Kobis-Dipotong agak besar
Jagung Muda- 
2 batang Lobak Merah
Bebola Ayam
Sos Cili
Kicap..paling best guna kicap MUDIM sedap!!!!...
Bawang Goreng
1 1/2 camca besar gula
1 camca garam,ikut kesuaian @secukup rasa anda
Daun sup Daun Bawang
Cili Besar-mayang halus
Sedikit minyak untuk menumis
3 biji telur
2camca besar tepung jagung untuk memekatkan kuah.


Cara-caranya


1.Panaskan minyak, bila sudah panas masukkan  bawang merah dahulu dan diikuti oleh  bawang putih yang dimayang. Bila kekuningan masukkan cili kering yang dikisar. Biar cili tersebut masak.
2.Bila Cili tersebut agak masak masukkan garam,gula, sos cili serta kicap.Biarkan seketika.
3.Masukkan Isi ayam ataupun isi daging, kemudian masukkan air rebusan ayam atau pun daging.
4.Setelah itu, masukkan Sayur-sayuran yang keras seperti lobak merah, diikuti oleh Bunga kubis dan Jagung muda. Bila kuah mula mendidih masukkan udang serta bebola ayam.
5.Kemudian kita bole terus pecahkan telur ayam di dalam kuah yang sedang mendidih tersebut.
6. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kacau terlebih dahulu,seterusnya masukkan air tepung jagung tersebut ke dalam kuah bandung dan kacau sehingga nampak agak pekat.
7.Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk, masukkan kuah tersebut dan kemudian hiaskan dengan baawang goreng, cili, daun bawang dan daun sup.Siap untuk dihidangkan untuk keluarga.


Cara Membuat Air Rebusan Ayam atau Daging


Rebuskan ayam@daging bersama-sama halia,Kulit Kayu Manis,Bunga lawang, serta Sup bunjut. Perasakan dengan sedikit garam. Masakkan dengan api yang perlahan.


Inilah hasil air tangan Aku




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...