Kek Buah Bakar

Assalamualaikum....
Cubaan kedua aku buat kek buah kali ni menjadi, Alhamdulillah. Sebelum ni, aku ada juga buat  Kek Buah, rasa Kek Buah, tapi Buah-buahan abih tenggelam ke dasar Kek ..  tak cantik langsung tau, resipi ni aku blajaq kat akak kat opis tu kire2 tahun 2010, penah buat mase raya, lepas tak jadi, aku dah tak buat Kek Buah. 

Tapi kali ni, aku mencuba sekali lagi, mintak lagi tips kat akak tu, napa akunye buah abih merudum ke bawah, sedangkan cara dah sama, aku ikut satu demi persatu langkah yang akak sal tu kasi, tak tau la kenapa... aku memang peminat  kek buah ni, berbanding kek2 lain. 

Kalau ade orang jual kek buah mesti beli, tapi aku dah jatuh cinta dengan kek buah kak sal, dia pun selalu bawak mai kat opis kek buah..heheeh akulaa orang FIRST die offer Kek Buah ni, sampai abis laa aku makan ..hehheheh sodaapp..that's why aku mintak resipi Kek ni dari die....  First Trial tak berjaya, yang kedua.. SUKSES... yeehaaaaaaa....

Yahoooo... buah-buah berselerakan, tak merudum jatuh, bestnyeeeee..
Pujian untuk Aku..hihiihii..Puji diri sendiri lagi..

Sumber : Kak Sal BDSP


Bahan-Bahan
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap.
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat


Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukkan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut.
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.

Siap untuk di bakar
Siap Sudah, tunggu nak makan saja

Nota: Buat kek tu semalam, hari ni.. hehhehe abis sudaaa..ramai peminat kek buah kt umah ni, siap aku buat 2 biji extra untuk aku kasi kat adik dengan adik iparku.


Comments

cheaa_nurou said…
salam kak, buah yang direndam dlm oren jus tu, dibersihkan dulu ke sebelum cmpurkn dlm adunan? atau masukan skali dgn oren juice tu?
cheaa_nurou said…
salam kak,
nak tanya la, buah yang di rendam dlm jus oren tu, perlu dibersihkan terlebih dahulu ke, atau pun masukkn skali dengan jus oren tu?