Friday, October 19, 2012

Nasi Arab HomeMade

Selamat petang semua kepada semua rakan2 blogger dah makan tengahari ka, aku baru je selesai.. ... alhamdulillah segala pujian pada Allah yang telah memberikan rezeki kepada kita semua. Hari ni, menu in da house Nasi Arab Ayam yang aku belajar mase reunion lepas..korang boleh tengok ENTRY ni.. Alhamdulillah semuanya menjadi.. terima kasih yang tidak terhingga buat Cahaya Cinta Alia coz bagi resipi  Nasi Ayam yang marvelous ni, aku minta maaflah sebab menganggu pagi-pagi mintak pengulangan resipi.heheh maklumlah, anak murid perasan pandai,padahal dah lupa sikit resepinya. 

Nasi Arab 

Bahan Stok Ayam
1 ekor ayam - potong 4
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar Jintan Manis
1 inci halia
air secukupnya..jangan banyak sangat
garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, masak sehingga kuah menggelegak, setelah masak, angkat keluar ayam untuk diperap.

Bahan Nasi
2 pot beras Basmathi - dicuci dan ditoskan
Bahan tumis untuk nasi
4 ulas bawang merah-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang,
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
3 camca besar  minyak sapi
tambah sedikit garam sekirnya anda rasa kurang masin
sedikit buah kismis
air stok ayam secukupnya
sedikit pewarna kuning- ganti saffron

Caranya:
Panaskan kuali, setelah itu masukkan minyak sapi. Bila minyak sapi mula mencair, bolehla dimasukkan rempah 4 sekawan, biar seketika, dan bila bau mula naik masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, bila bahan tersebut mula hendak garing, masukkan kismis, goreng seketika. Masukkan beras basmathi yang telah ditoskan digaul seketika bahan yang ditumis dengan beras, bila sudah rata masukkan air stok ayam, sekiranya anda rasa kurang masin, boleh la ditambah sedikit garam.  Bila sudah mesra bolehlah dipindahkan beras dan stok ke dalam periuk nasi. 

Bahan perapan ayam
ayam yang dibuat stok tadi
1 sudu besar serbuk ketumbar-dikisar
1 sudu besar Jintan Putih-dikisar
1 sudu besar Jintan Manis-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halia-dikisar
3 sudu besar madu
garam secukup rasa

Caranya:
Kisar kesemua bahan2 seperti serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam bekas yang besar tambahkan madu serta secukup rasa garam. Kemudian ratakan pada ayam tersebut, dan perapkan. Setelah diperap bolehlah dipanggang.

Bahan Salatoh
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 batang timun dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
2 1/2 camca besar gula
sedikit garam
1/2 biji buah lemon

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan seperti lobak merah,timun dan tomato dengan jus lemon, gula dan sedikit garam. Gaul sehingga rasanya masam manis.

Bahan Sambal cicah
5 biji cili merah aka cabai besaq
5 biji cili padi aka cabai melaka
1 biji tomato
suku biji air lemon
3 camca besar gula- mengikut citarasa anda
secukup rasa garam.

Caranya:
Kisarkan cili merah, cili padi, tomato, jus lemon, gula dan garam . Setelah itu, masukkan ke dalam "pan" dan masak.  Biakan sehingga kuah memekat. 
p/s: kalau resipi asal, kuah sambal ni tak perlu dimasak.

Selamat mencuba

p.s: Untuk serve Nasi Arab, carik2 sedikit isi ayam ke dalam nasi yang telah masak, dan kaup- kaupkan.




4 comments:

Angah said...

amboi nasik arab pulakkk

Qasey Honey said...

sedapnye tgk nasi arab tu..myelerakan

ZurHeritage said...

Angah
mai mood rajin bole ler masak..hahahha..kalo malas datang..hahahaha.. berhabuklaa blog ni..

ZurHeritage said...

QH
kena rasa dulu, baru tau sedap ke x..hehhe malu laa kat QH, QHkan pandai masak.. mknn QH lg nmpk sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...