Saturday, May 28, 2011

Tempahan Puding Laici berkastard

Salam semua...
Semalam Zur, telah berjaya menyiapkan tempahan Puding Laici berkastard untuk Majlis Akad Nikah .. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan bantuan Mak, Dengan cuaca yang panas sekarang ni, sedap makan puding laici berkastard ni, tambahan pula, baru keluar dari fridge.. hilang je rase dahaga...nyaman je rase tekak tu..... 
Sesi menuang puding ke dalam acuan
Selesai dimasukkan ke dalam acuan
Siap diletakkan ke dalam peti sejuk..

Monday, May 23, 2011

SN Live in PENANG

Salam semuaa.. 
N3 hari ni, keluar dari  kebiasaan, kalo selalu masak jee.. ari ni.. N3 mengenai SN Live In Penang. Anda kenal SN@ Saiful Nang? Photographer yang ambik gambar Angkasawan Negara tu..Pada ari sabtu yang lepas, 21 May 2011, Zur ade attend seminar mengenai Fotografi.. That session really insipired me, penuh dengan motivasi dalam kehidupan, saat jatuh bangunnya Saiful Nang...Walaupun dalam masa yang singkat, banyak informasi yang berguna yang Zur dapat... Zur amat mengagumi hasil kerja Saiful Nang dan Crew Candidsyndrome..

Zur Suka kata2 dari Saiful Nang ni....

Kita kaya bila kita mengkayakan orang lain, kita baik bila kita berbuat baik pada orang lain, kita bijak bila kita kongsikan kebijakan kita dgn orang lain, kita mulia bila memuliakan orang lain. Begitu juga sebaliknya, kita buruk bila memburukkan org lain, kita bodoh bila membodohkan org lain, kita hina bila menghina org lain - SN



Thanks utk SN n Crew..mmg terbaek arrr..seorang yg kini berada d tahap yg tinggi tetapi sgt merendah diri..sgt bangga dgn anda..


Pengalaman yang sangat berharga
kena sentiasa berusaha tanpa pernah berputus asa....
Buku ni adikku ..atun yg beli.. simple.. n syok baca.....
Siap beli t shirt Candidsyndrome lagi.....
sesi bergambar.. atun siap duduk sebelah saiful nangg.. punyerla excited si atun tu..... 

Saturday, May 14, 2011

Aktivitiku Di Hari Sabtu..

Salam Semua... 
Hari sabtu ni, Zur dilanda kerajinan yang teramat sangat, pagi tadi bangun awal untuk siapkan sarapan  mihun goreng untuk mak, abah ngan adikku si Nurul... Atun xde, die gi bercuti di Pulau Redang n Pulau Perhentian, Mesti time Zur dok berblog ni die tengah snorkling dengan kengkawan nya... apa2 pun.. Chek Atun, jgn lupe beli ole2 untuk kami na.. eeemmm berbalik kepada cite zur.. lepas je buat breakfast.. rehat jap,pastu  ajak adik Zur sorang ni, Nurul, buat Apom Polka Dot... eemm adikku sorang ni, kalo bab2 buat yang kreatif2 ni, die suke bebenorrr...macam biasa la.. setelah Zur bancuh adunan tu, Zur suruh Nurul laa decorate Apom tu..... jap je buat.... siap, bole kasi dkat jiran ckit,..Lepas buat Apom Polka Dot tu, Zur siapkan bahan2, untuk siapkan Nasi Ayam... ni atas request Mak Zur Malam tadi.. Mak minta Zur wat nasi Ayam.... lagi senang, xpayah nak masak lauk banyak.....Petangnye pulak, Zur wat minuman Fruitcoktail..... Adik Zur, Si Nurul sponsor bahan-bahan, tambah extra buah laici.. sedappp sangat..... panas2 ni, minum fruitcoktail best.. tambah2 letak dalam fridge , siap ade frosting, tu yang wat lagi sedap.....

Mihun Goreng
Apom Polka Dot buatan kami berdua
 Apom polka dot dengan filling coklat N Blueberry
 Nasi Ayam, hidangan tengahhari kami
Set Lengkap Nasi Ayam
 Fruitcoktail yang telah siap dibancuh
Siap untuk diletakkan ke dalam peti sejuk.

Nasi Ayam

Nasi Ayam...
Menu of the day... untuk Lunch Nasi Ayam Zur... Created By me.....


Bahan-bahan Untuk Nasi
3 pot beras yang telah dicuci
1 ulas bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih- dikisar
1 btg kulit kayu Manis
2 biji bunga lawang
 1 batang Serai dititik
2 helai daun pandan
4 pot Stok Air ayam
Minyak untuk Menumis
sedikit serbuk kunyit


* untuk siapkan Stok Air ayam-
11/2 ekor ayam dimasak dengan 2 jag air,diletakkan kulit kayu manis,bunga lawang, halia, kiub pati ayam, secukup rasa garam..... 


Nota: 1 Ekor ayam di reneh seekor, manakala 1/2 ekor dipotong kecil untuk dijadikan sup


Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak beserta kulit kayu manis dan bunga lawang di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan serai yang telah dititik , kunyit dan seterusnya masukkan air stok Ayam.
3. Masukkan beras dan daun pandan.
4. Masak  dengan api sederhana, supaya bawahnya, tidak hangit... Zur masih menggunakan teknik lama memasak nasi, xguna periuk elektrik. 




Bahan-bahan untuk ayam bakar
1 ekor ayam yang telah direneh tadi.. reneh sekejap aje. coz nak bakar jap lgi..
2 paket kecil lada hitam kasar yang ditumbuk
kicap manis-ikut suka 
sos tiram


Cara-cara
Perap ayam yang telah direneh tadi bersama-sama semua bahan, biar seketika, agar bahan perapan meresap ke dalam. setelah 1/2 jam , bolehla di panggang di dalam oven.


Sos hitam
1 1/2 cawan air stok ayam
4 camca besar sos tiram
3 camca lada hitam
4camca kicap manis
1 1/2 camca besar tepung jagung untuk memekatkan


Cara:
Campurkan kesemua, bahan di atas dengan api yang perlahan sehingga masak.


Sos Cili
5 biji cili hidup
5 ulas bawang putih
sedikit air
secukup rasa garam
3 camca besar gula- boleh tambah dan kurangkan, ikut apa yang ada suka
2 camca besar cuka
1 camca besar tepung jagung untuk memekatkan.


Cara membuatnya: campurkan cili hidup, bawang putih, air, gula, dan garam, kemudian kisar sehingga halus, setelah itu masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan cuka serta tepung jagung yang telah dicampur dengan air dengan api yang perlahan sehingga cili tersebut masak.


Bahan Untuk sup
air stok ayam 
1 bunjut rempah sup
bawang goreng
daun sup dan daun bawang


Cara-cara
1. Masukkan   bunjut rempah sup  ke dalam air stok ayam  tadi,
2. Bila sup tersebut mula mendidih masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. 


Hidangkan:
hidangkan nasi ayam bersama sup beserta dengan timun, salad dan tomato.


Tuesday, May 10, 2011

Kuih Muih Kami....

Salam semua....
Ini Produk yang Mak dengan Zur Buat....

Cucur Badak siap untuk di goreng
Siap Digoreng
Kuih Cara Manis Ranggup
Cara  Manis Ranggup
Apom Gula Merah
popia goreng
Kuih Ketayap
karipap
Seri Muka
Kuih Kacang@ Kasturi
Donut Kentang
Burger Malaysia..

Nanti Zur akan Uploadkan Kuih Muih yang Lain Pulak....

Saturday, May 7, 2011

Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Salam  semua..
Desert untuk hari ini, zur buatkan Puding Roti berkaramel, dah lama planning nak buat, cuma cita-cita tergendala dek kesibukan menyiapkan tempahan kuih muih... 
Resipinya dibawah yee.....


Bahan-bahan
12 keping roti di carik-carik
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula
esen vanila
secubit garam
2 biji telur
21/2 sudu tepung kastard

Untuk Karamel
1/2 cawan gula
1 cawan air

Cara-cara
Karamel
1. Masakkan gula ke dalam periuk trerlebih dahulu, setlah kekuningan masukkan air.
2. Tuang ke dalam acuan. ketepikan

Puding
1. Carikkan roti.
2. Putarkan susu cair, air, telur, gula, esen vanila, garam dan tepung kastard.
3. Bila sudah sebati, masukkan roti ke dalam, biarkan seketika...
4. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam acuan yang dipenuhi karamel
5. Kukus sehingga 30 minit.
6. Siap untuk di makan


Paprik Ayam dan Tomyam Campur

Salam semua...

Hari ni, Zur nak uploadkan resipi yang mudah sahaja dan sedap...dah lama rasenya, zu xupload resipi dalam blog zur ni.. Zur Xdela pandai sangat bab memasak ni, tapi sekadar untuk berkongsi resipi yang Zur rasakan sedap yang Zur belajar dari Mak Zur....Kepada Mak Zur... di kesempatan ini, Zur nak Ucapan "Selamat Hari Ibu.. Makk... Syang Makk... Terima Kasih Di atas Kasih Syang tidak pernah berbelah bagi Mak!!!!!!.. dan atas Tunjuk Ajar yang Mak telah berikan...Terima Kasih.
Ok berbalik kepada resipi hari ni, Sila rujuk di bawah...


Paprik Ayam

1/2 ekor ayam di potong kecil
Halia dihiris halus
lobak merah
jagung muda
Kacang Panjang
Bunga Kubis
2 batang Serai di titik
Daun Limau Purut
4 Ulas Bawang merah ditumbuk
4 Ulas bawang Putih ditumbuk
2 Labu Bawang Besar hiris bulat
8 biji cili padi ditumbuk
3 biji tomato di belah 4
Sedikit Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram dan Kicap Manis
Sedikit garam
Sedikit Minyak
Sedikit Kiub Pati Ayam

Caranya:
1. Gorengkan ayam terlebih dahulu setelah hampir masak, masukkan bawang merah,bwang putih dan halia
2. Masukkan cili padi yang ditumbuk, serai yang dititik serta daun limau purut,biarkan seketika
3. Setelah itu, Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram , kicap serta kiub pati ayam dan garam,tambahkan sedikit air.
4. Masukkan semua lobak merah dan putik jagung dahulu, kemudian kacang panjang dan diikuti dengan bunga kubis, 
5. Bila agak layu masukkan bawang merah dihiris dan tomato yang dibelah 4.
6. Bila sudah Masakkan taburkan daun sup di atasnya.

Paprik Ayam

Tomyam Campur


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
Sotong
Udang
Lobak merah
Jagung Muda
Bunga kubis
Thai Cili Pes
8 biji Cili padi diketuk
Halia
Lengkuas
Bawang merah ditumbuk
bawang putih ditumbuk
Perahan air limau
Tomato
Bawang besar dihiris bulat
Garam dan bahan perasa
Serai dititik
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Air..

Cara2:
1. letakkan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit lengkuas.
2. Masukkan Thai cili pes, serai,cili padi dan ayam terlebih dahulu
3. Kemudian masukkan air dan daun limau purut.
4. Biar mendidih dahulu, kemudian masukkan garam,bahan perasa, daun limau purut serta air perahan limau.
5. Setelah itu, masukkan lobak merah, Jagung Muda dan Bunga Kubis.
6.  Bila kuah mula mendidih masukkan udang dan sotong,bawang merah dihiris dan tomato dan tutupkan api.
7. siap dihidangkan.






Tuesday, May 3, 2011

Home Made Fried Chicken, Lengat Pisang & Koey Teow Goreng Lagi....

Salam semua...
Hampir 2 minggu zu xupdate blog Zur ni...Sepanjang 2 minggu ni cbuk menyiapkan tempahan kuih muih di samping menyiapkan kuih muih frozen untuk pelanggan-pelanggan yang Zur kasihi sekalian... Baru hari ini ada kesempatan untuk updatekan blog ni....Malam ni, Zur just nak share beberapa gambar yang sempat Zur Snap walaupun cbuk sangat.....hanya untuk tatapan kawan2 blog Zur ni.. Xdelaa menarik sangat..... resipi ringkas-ringkas je.. bermula dari pagi ahad, zu buat koey teow goreng, guna apa yang ada dlm fridge aje.... sayur taugeh je yang ade.. boleh laaa..kire masak apa yang ade jee... udang dengan chicken ball pun ade..kire ok lerrr.. siap satu menu.... Pada tengah harinyaaa, planning nak masak Nasi Ayam je.. tp mak ngan abah kata kenyang lagi... so postpone niat nak wat nasi ayam... kire dalam petang tu baru terasa lapar semula, tapi masa tu, dah rasa xde mood nak masak nasi ayam dah..ingt nak tapau KFC je, sbb Mak Zur mmg pengemar KFC No. 1..hehhehehee....tapi perancangan dari tapau telah berubah kepada buat sendri Fried Chicken... lagipun ayam dah ade, tepung instant untuk fried chicken pun dah ada.... zur just perapkan kejap ayam dengan serbuk PASTI SEDAP Knorr.... pastu celur dgn  telur n then dgn tepung instant tu... ingt nak guna jgak breadcrumb.. tapi dok cari kat mana zur letak breadcrumb tuu.. xjumpe punn.. so niat tu pun tergendala.. so buat Original Home Made Fried Chicken je....Petang pulak, Mak Zur buat lengat pisang, ooo tu makanan kesukaan zue, lengat pisang dengan lepat pisang....xde lepat lengat pisang pun ok jgakk..hhehehehee


HomeMade Fried Chicken-kire semalam xmakan nasi, ratah ayam ni jer

Koey Teow Goreng untuk sarapan

Lengat Pisang yang menjadi kegemaran ku.. sedaapppp.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...