Paprik Ayam dan Tomyam Campur

Salam semua...

Hari ni, Zur nak uploadkan resipi yang mudah sahaja dan sedap...dah lama rasenya, zu xupload resipi dalam blog zur ni.. Zur Xdela pandai sangat bab memasak ni, tapi sekadar untuk berkongsi resipi yang Zur rasakan sedap yang Zur belajar dari Mak Zur....Kepada Mak Zur... di kesempatan ini, Zur nak Ucapan "Selamat Hari Ibu.. Makk... Syang Makk... Terima Kasih Di atas Kasih Syang tidak pernah berbelah bagi Mak!!!!!!.. dan atas Tunjuk Ajar yang Mak telah berikan...Terima Kasih.
Ok berbalik kepada resipi hari ni, Sila rujuk di bawah...


Paprik Ayam

1/2 ekor ayam di potong kecil
Halia dihiris halus
lobak merah
jagung muda
Kacang Panjang
Bunga Kubis
2 batang Serai di titik
Daun Limau Purut
4 Ulas Bawang merah ditumbuk
4 Ulas bawang Putih ditumbuk
2 Labu Bawang Besar hiris bulat
8 biji cili padi ditumbuk
3 biji tomato di belah 4
Sedikit Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram dan Kicap Manis
Sedikit garam
Sedikit Minyak
Sedikit Kiub Pati Ayam

Caranya:
1. Gorengkan ayam terlebih dahulu setelah hampir masak, masukkan bawang merah,bwang putih dan halia
2. Masukkan cili padi yang ditumbuk, serai yang dititik serta daun limau purut,biarkan seketika
3. Setelah itu, Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram , kicap serta kiub pati ayam dan garam,tambahkan sedikit air.
4. Masukkan semua lobak merah dan putik jagung dahulu, kemudian kacang panjang dan diikuti dengan bunga kubis, 
5. Bila agak layu masukkan bawang merah dihiris dan tomato yang dibelah 4.
6. Bila sudah Masakkan taburkan daun sup di atasnya.

Paprik Ayam

Tomyam Campur


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
Sotong
Udang
Lobak merah
Jagung Muda
Bunga kubis
Thai Cili Pes
8 biji Cili padi diketuk
Halia
Lengkuas
Bawang merah ditumbuk
bawang putih ditumbuk
Perahan air limau
Tomato
Bawang besar dihiris bulat
Garam dan bahan perasa
Serai dititik
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Air..

Cara2:
1. letakkan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit lengkuas.
2. Masukkan Thai cili pes, serai,cili padi dan ayam terlebih dahulu
3. Kemudian masukkan air dan daun limau purut.
4. Biar mendidih dahulu, kemudian masukkan garam,bahan perasa, daun limau purut serta air perahan limau.
5. Setelah itu, masukkan lobak merah, Jagung Muda dan Bunga Kubis.
6.  Bila kuah mula mendidih masukkan udang dan sotong,bawang merah dihiris dan tomato dan tutupkan api.
7. siap dihidangkan.






Comments