Saturday, May 14, 2011

Nasi Ayam

Nasi Ayam...
Menu of the day... untuk Lunch Nasi Ayam Zur... Created By me.....


Bahan-bahan Untuk Nasi
3 pot beras yang telah dicuci
1 ulas bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih- dikisar
1 btg kulit kayu Manis
2 biji bunga lawang
 1 batang Serai dititik
2 helai daun pandan
4 pot Stok Air ayam
Minyak untuk Menumis
sedikit serbuk kunyit


* untuk siapkan Stok Air ayam-
11/2 ekor ayam dimasak dengan 2 jag air,diletakkan kulit kayu manis,bunga lawang, halia, kiub pati ayam, secukup rasa garam..... 


Nota: 1 Ekor ayam di reneh seekor, manakala 1/2 ekor dipotong kecil untuk dijadikan sup


Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak beserta kulit kayu manis dan bunga lawang di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan serai yang telah dititik , kunyit dan seterusnya masukkan air stok Ayam.
3. Masukkan beras dan daun pandan.
4. Masak  dengan api sederhana, supaya bawahnya, tidak hangit... Zur masih menggunakan teknik lama memasak nasi, xguna periuk elektrik. 




Bahan-bahan untuk ayam bakar
1 ekor ayam yang telah direneh tadi.. reneh sekejap aje. coz nak bakar jap lgi..
2 paket kecil lada hitam kasar yang ditumbuk
kicap manis-ikut suka 
sos tiram


Cara-cara
Perap ayam yang telah direneh tadi bersama-sama semua bahan, biar seketika, agar bahan perapan meresap ke dalam. setelah 1/2 jam , bolehla di panggang di dalam oven.


Sos hitam
1 1/2 cawan air stok ayam
4 camca besar sos tiram
3 camca lada hitam
4camca kicap manis
1 1/2 camca besar tepung jagung untuk memekatkan


Cara:
Campurkan kesemua, bahan di atas dengan api yang perlahan sehingga masak.


Sos Cili
5 biji cili hidup
5 ulas bawang putih
sedikit air
secukup rasa garam
3 camca besar gula- boleh tambah dan kurangkan, ikut apa yang ada suka
2 camca besar cuka
1 camca besar tepung jagung untuk memekatkan.


Cara membuatnya: campurkan cili hidup, bawang putih, air, gula, dan garam, kemudian kisar sehingga halus, setelah itu masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan cuka serta tepung jagung yang telah dicampur dengan air dengan api yang perlahan sehingga cili tersebut masak.


Bahan Untuk sup
air stok ayam 
1 bunjut rempah sup
bawang goreng
daun sup dan daun bawang


Cara-cara
1. Masukkan   bunjut rempah sup  ke dalam air stok ayam  tadi,
2. Bila sup tersebut mula mendidih masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. 


Hidangkan:
hidangkan nasi ayam bersama sup beserta dengan timun, salad dan tomato.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...