Saturday, May 7, 2011

Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Salam  semua..
Desert untuk hari ini, zur buatkan Puding Roti berkaramel, dah lama planning nak buat, cuma cita-cita tergendala dek kesibukan menyiapkan tempahan kuih muih... 
Resipinya dibawah yee.....


Bahan-bahan
12 keping roti di carik-carik
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula
esen vanila
secubit garam
2 biji telur
21/2 sudu tepung kastard

Untuk Karamel
1/2 cawan gula
1 cawan air

Cara-cara
Karamel
1. Masakkan gula ke dalam periuk trerlebih dahulu, setlah kekuningan masukkan air.
2. Tuang ke dalam acuan. ketepikan

Puding
1. Carikkan roti.
2. Putarkan susu cair, air, telur, gula, esen vanila, garam dan tepung kastard.
3. Bila sudah sebati, masukkan roti ke dalam, biarkan seketika...
4. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam acuan yang dipenuhi karamel
5. Kukus sehingga 30 minit.
6. Siap untuk di makan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...