Saturday, July 2, 2011

HomeMade Lasagna

Salam semua......
Atas permintaan atun, Zu telah siapkan Lasagna Khas untuk sahabatnya, Mai.... sebagai membalas bekas yg cik Mai dah kasi.. TQ mai...
Lasagna yang siap untuk dimasukkan ke dalam oven, dan untuk difrozenkan di dalm fridge..

resipi ni zu olah sendiri...
 Pasta Lasagna

Sos Daging
Bawang merah dicincang
bawang putih dicincang
1 tin sos prego
500gm daging cincang
sedikit serbuk oregano
Sedikit serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam 
sedikit garam
minyak untuk menumis

Sos Keju
1 tin susu cair
125gm butter
2 sudu besar tepung jagung
1 kiub pati ayam

Topping
mozarella cheese
parmesan cheese

Cara membuat.
1. Rebuskan bersama sedikit minyak  pasta lasagna sehingga separuh masak.
2. Untuk sos daging: Masukkan sedikit minyak , tumiskan bawang merah dan bawang putih, bila agak layu masukkan sedikit serbuk oregano, dan masukkan daging cincang, bila air daging mulai kering, masukkan sos prego , sedikit garam dan kiub pati ayam. Masak sehingga sos daging agak kering..
3.Sos Keju: campurkan kesemua bahan-bahan untuk sos keju, masakkan diatas api yang perlahan.
4. Lapiskan sos daging ke dalam bekas aluminium terlebih dahulu, diikuti dengan sos keju  dan pasta lasagna, ulangi langkah ini sehinga 3 lapisan pasta lasagna, di atas sekali sapukan sos keju, dan taburkan  mozarella cheese dengan parmesan cheese. Bole disimpan di dalam peti sejuk mahupun terus dibakar di dalam oven.

lasagna yang telah di"pack".. dan tunggu masa untuk dimasukkan ke dalam fridge
lasagna yang telah siap dibakar.









2 comments:

b said...

nyam nyam nak cikittttt

ZurHeritage said...

b suke kna.. hheheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...