Lepat Liat

Assalamualaikum, selamat petang.
Alhamdulillah setelah lama tidak hujan,hari ni bumi Sungai Petani telah disimbahi dengan hujan. Hujan itu rezeki dan rahmat, salah satunya adalah ia rezeki untuk kita berdoa kerana ketika hujan itu  adalah antara waktu mustajab berdoa. Alhamdulillah syukur rezeki yang tidak pernah putus. Semoga kami terus bersyukur atas nikmat ini. 
Hujan-hujan ini sedap kalau dapat makan lepat liat kan?  Hari ini saya akan 'share' resipi lepat liat yang sedap dan mudah.

Lepat Liat
500 gm Tepong pulut 
 2cawan Gula melaka/gula merah 
2 cawan Gula pasir 
Daun pandan
 300gm santan segar 
Sedikit minyak masak(sapu pada daun pisang)
Sedikit garam
Daun pisang yg dilayur

Cara²
Campurkan gula merah ,gula pasir, daun pandan dan 4 cwn air.
Masak sampai hancur ,ditapis dan dibiarkan sejuk seketika.

Cara
Campurkan santan,garam dan1cwn air.
Masak sampai mendidih dan dibiarkan sejuk.

Cara bancuhan lpt liat.
Masuk tpg pulut dlm bekas dan campurkan air gula dan juga asantan yang telah dimasak tadi. Gaul sehingga sebati dan tak melekat pada senduk.

Inti
Kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara buat 
A
Sapukan minyak pada daun pisang agar tidak melekat apabila masak nanti. Letakkan adunan,rataknan dan letak kelapa parut tadi dan tutup adunan dan bungkuskan

Nota : adunan jangan terlalu keras atau terlampau lembik
Kukus kena ambil masa..

Comments