Buat 'comeback' berbloging

Assalamualaikum. Rasanya sudah bertahun-tahun blog saya dibiarkan usang dan bersawang. Untuk tahun 2020 ini, rasanya saya akan membuat 'comeback' diruangan yang pernah saya tinggalkan. Kalau sebelum ini, ruangan saya ini lebih saya fokuskan untuk urusan perniagaan, tapi untuk tahun ini saya akan lebih kepada 'post' yang santai-santai saja . Alhamdulillah syukur awal tahun 2020 ini ,saya dikurniakan dengan rezeki perniagaan saya semakin melimpah ruah satu permulaan yang baik untuk saya tahun ini. Cuma di akhir² tahun 2019,saya telah pun di 'diagnose' dengan penyakit 'HYPOTHYROID'. Semoga saya terus kuat menangani penyakit saya ini. 

Gambar terbaru saya setelah sedari kecik saya memiliki bentuk badan plussize, alhamdulillah saya telah dapat menurunkan berat saya dari 130 kg kepada 91kg. Saya masih dalam usaha untuk menurunkan berat badan saya, cuma sejak 3,4 bulan ini saya merasakan badan saya tidaklah sekuat dulu dan sentiasa dalam keadaan keletihan. Rasanya cukup sekadar ini sahaja, sebagai buah mula mengarang blog ini sebagai permulaan .

Comments