Apam Gula Hangus

Assalamualaikum. Posting kedua setelah 2 tahun tidak menaip diruangan ini. Kebanyakan 'entry' banyak saya pamerkan di facebook dan instagram saja, kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mengarang. Ok lah , berbalik kepada entry saya malam ini iaitu  Apam Gula Hangus. Saya amat mengemari kuih tradisional ini dan memang menjadi kegemaran saya seisi keluarga. Resipi yang sangat mudah dan yang pastinya sangat-sangat sedap. Resipi Apam Gula Hangus ini saya ambil daripada Group Masak Apa Hari ini , saya tidak pasti siapa pengirimnya yang pasti resipi ini mudah, sedap dan menjadi. Resipi di bawah ye:

APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan
1 cwn gula..
1 cwn air panas..
Masak gula smpai perang, kemudian masukkan air panas  , kacau sehingga gula hangus larut dan biarkan air gula ni suam² kuku..
2 bji telor(Jangan guna telor dari petisejuk )
2 sdb susu pekat
2 sdb majerin
1/2 cwn minyak
Kisarkan sehingga kembang dan kemudian masukkan pula 1 sdt baking powder dan 1 sdt baking soda. Kemudian masukkan air gula hangus td yg suam² kuku
Akhir sekali masukkan 1½ cawan tepung gandum. Kalau adunan anda nampak cair tambah lagi1 sdb tepung.
Kukus api besar 15@20 minit..

Comments