Friday, August 16, 2013

Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Lahir ADAM

Salam semua....
Pada 11.8.2013 bersamaan 4 Syawal 1434H Zur sekeluarga telah mengadakan Majlis Rumah  terbuka bersama-sama dengan majlis sambutan hari lahir Adam yang pertama. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, ramai betul tetamu yang datang memeriahkan majlis rumah terbuka kami yang bermula dari pukul 12.00tghri sehingga pukul 7.00 mlm. Terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami ini.. Mak dengan abah tak menang tangan melayan tetamu yang hadir...Terima kasih jugak kepada saudara mara yang jauh datang berkunjung ke rumah kami, semoga hubungan silaturahim sesama kita semakin erat. Buat sahabat ku, Mas Ibrahim thanks sudi datang walapun tak sihat. 

Di bawah ni, gambar sekitar majlis rumah terbuka kami




Suke betul  dapat menikmati ais krim Malaysia


Tetamu kami sedang menikmati Sheped Pie dengan Spageti bakar




Antara Hidangan Kami pada hari tersebut
1. Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Timun
2. Laksa Lemak
3. Sate Ayam 500 cucuk
4.Nasi Impit dengan Kuah Kacang
5. Nasi Impit dengan Kuah Lodeh bersama dengan Sambal Manis Ikan Bilis
6.Ketupat Palas dengan Rendang Ayam
7. Spagetti Bakar
8. Sheperd Pie
9. Puding Koktail
10. Tiramisu
11. Strawberry Cheese Tart
12. Choc Moist Cupcake
13. Ais krim Malaysia : Perisa Asam Boi Merah, Asam Boi Putih,Keladi, Bandung dan Laici
14. Gula-gula & Jajan
15. Kuih Raya dan Kerepek
16. Kek Harijadi 
17. Minuman : Sejuk - Air Anggur , Panas - Air Kopi








Dalam pukul 2.00 ptg pula, Sambutan Hari Lahir Adam yang pertama dimulakan dengan acara memotong kek hari jadi.. ikut perancangan asal, Zur yang akan siapkan kek birthday tu, tapi sebab kekangan masa, Mak long Adam ni terpaksa lah mintak ayah dengan dengan Ibu Adam aje yang belikan..Mak long tak sempat nak buatkan untuk Adam.. Maybe next year, maklong akan try buat...  Korang tengok kek Adam tahun nii.. hihihihi GANGNAM STYLE lagi.. Budak-budak punya laa suka tengok kek tu, tambahan pula diorang dapat bawak balik belon yang kami sediakan(mestila diorang sukakan)... Mood Zur heppi sangat bila tengok tetamu kecil gembira...

heheheheh kek birthday Adam.. Gangnam Style nyer
Adam dah bersiap sedia nak potong kek
Yeaayyy Adam dah potong kek
Ibu dan Adam  selesai sudah memotong kek.. Adam posing jap ngadap camera mak ngah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...