Wednesday, December 26, 2012

Kuey Teow Goreng Udang Kering

Salam selamat malam, makan malam hari simple jee.. ingat nak buat Char Kuey Teow, dok tunggu udang yang baru dikeluarkan dalam freezer  xlembut2... Lastly, cari je udang kering bagi menggantikan udang segar,maka terhasillah koey teow goreng udang kering, dinner aku dengan Atun malam ni, yang penting rasanya, sedap sangat kalahkan rasa udang segar tu..hehehehhe..ayat nak coverline ni...  kot2 ada yang nak cuba buat, bolehlah mencuba, hahhaha kot-kot ada yang bosan dengan udang segar.. ade ke yg bosan ni ?

Bahan-bahan
1 paket kuey teow dicuci terlebih dulu
15 tangkai cili kering yg direbus dan dikisar halus
5 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 genggam udang kering, direndam seketika dan ditumbuk kasar
 kek ikan dihiris nipis
2 biji telur ayam
 secukupnya taugeh dan kucai
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
garam  dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
minyak untuk menumis

cara-caranya
1. Panaskan minyak , setelah minyak sudah panas, masukkan bawang putih
2. Bila bawang putih mula kuning keperangan, masukkan cili yang telah dikisar, biarkan cili masak terlebih dahulu
3.Setelah itu, masukkan gula dan garam, diikuti sos cili, kicap dan kiub pati ayam.
4. Biarkan seketika, selepas itu, bolehlah dimasukkan kek ikan serta kuey teow.
5. Sementara menunggu kuey teow masak, pukulkan telur dan tuangkan dikeliling  kuey teow dan  bila telurmula masak, bolehlah digaulkan dengan kuey teow .
6.Kemudian masukkan kucai dan taugeh, masak sekejap je. Boleh lah dihidangkan.

meh zoom ckit..hihihihih

Friday, December 21, 2012

Doorgift Chocolate chips Muffin

Salam..pagi ni just nak update order terbaru...
200 biji Muffin telah siap di "pickup"






Monday, December 17, 2012

Cendawan Kuning Pedas

Bahan-bahan
1 Paket Cendawan Tiram- buangkan bahagian bawahnya
10 biji bebola ikan- dipotong 2
1 keping kek ikan - dihiris nipis
6 biji cili padi
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar dimayang
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit kunyit
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili padi bersama-sama ikan bilis - jangan terlalu hancur
2. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas tumiskan bawang yang telah dimayang
3.Masukkan cili yang telah ditumbuk bersama-sama ikan bilis tadi,
4.Gaulkan cendawan tiram dengan serbuk kunyit. 
5. Masukkan cendawan, bebola ikan dan kek ikan.
6. Setelah itu, masukkan serbuk pati yam serta secukup rasa garam.
7. Bila cendawan mula melayu, boleh lah diangkat
8. Siap untuk dihidangkan

Sunday, December 16, 2012

Ayam Masak Sambal Hitam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam yang telah digoreng sebentar bersama dengan kunyit dan garam
15 tangkai cili kering yng telah direbus, dibuangkan bijinya
3biji bawang besar yang sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
secukup rasa gula & garam
sedikit kicap pekat
sedikit minyak
Ubi kentang- goreng dulu

Cara-caranya:
1.Kisarkan cili kering , bawang besar , bawang putih dan halia
2. Sementara itu, panaskan minyak, setelah panas, bolehlah dimasukkan bahan yang telah dikisarkan tadi
3.Masukkan gula, garam serta kiub ayam, biarkan seketika agar bahan kisar tadi masak
4. Masukkan ayam yang telah digorengkan , ubi kentang dan akhir sekali masukkan kicap pekat.
5. Masak sehingga kuah sambal sehingga memekat serta menyaluti ayam  dan kentang.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 15, 2012

Smoothie Strawberry

N3 yang lama sangat tertunggak ni, dok dalam folder draf jer, lagi 1 mood nak masukkan gambar strawberry smoothie ni kuraang, sbb gambar tak jadi.. tapi xpela, yang penting rasanya amatlaa marveles tauu... my mum fav.... miss u makk.....

 Hasil rembatan masa melawat ke Cameron baru-baru ni... eemm warnanya sungguh menggoda
 pilih jangan tak pilih cik zu
Plan asal nak buat strawbery cheese cake, disebabkan bz, serta mengelakkan buah strawbey jadi rosak, maka terhasil la smootie ni...

Bahan2
1 bekas buah Strawbery yang telah dibersihkan
1 cawan plain yogurt
2 cawan ais kiub
2 camca gula 
sedikit air

Cara:
Masukkan ke dalam Blender  semua bahan2 tersebut.kisar sehingga hancur.then siap laa....Senangkan?

Makan nie je laaa ....

Salam....
Mood aku sekarang rasa sunyi sangat bila Mak ngan Abah xde kat umah, kalo x, balik keje leh sembang ngan mak ngan abah..tpi bslik2 dok melayan tv xpun layan jer lappy... bosannyee.. nak tunggu atun blik keje, kul 10 bru sampai umahh..huhuhuhuhu bosan, xde org nk sembang, atun sampai2 je umah trus ja tido, esoknya, awal2 pagi dah kluar..huhuhuuhuh..... xpelaa, SABAR jela zu....Mood nak masak pun xbrape nak mari, masak pun xabis, iyeaa berdua aje nak  makan , bukan nk makan byk pun, aku masak yang ringkas2 ajelaaa.... 
Tapi kena masak jugak, makan kat kedai selalu JEMUUUUU.....
ni menu aku hari ni:
Masak 1 jenis lauk 1 jenis sayur cukup la tu kan?
Ayam Masak Sambal Hitam.. Favourite ni, mak suka sangat masak ayam ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...