Wednesday, December 26, 2012

Kuey Teow Goreng Udang Kering

Salam selamat malam, makan malam hari simple jee.. ingat nak buat Char Kuey Teow, dok tunggu udang yang baru dikeluarkan dalam freezer  xlembut2... Lastly, cari je udang kering bagi menggantikan udang segar,maka terhasillah koey teow goreng udang kering, dinner aku dengan Atun malam ni, yang penting rasanya, sedap sangat kalahkan rasa udang segar tu..hehehehhe..ayat nak coverline ni...  kot2 ada yang nak cuba buat, bolehlah mencuba, hahhaha kot-kot ada yang bosan dengan udang segar.. ade ke yg bosan ni ?

Bahan-bahan
1 paket kuey teow dicuci terlebih dulu
15 tangkai cili kering yg direbus dan dikisar halus
5 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 genggam udang kering, direndam seketika dan ditumbuk kasar
 kek ikan dihiris nipis
2 biji telur ayam
 secukupnya taugeh dan kucai
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
garam  dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
minyak untuk menumis

cara-caranya
1. Panaskan minyak , setelah minyak sudah panas, masukkan bawang putih
2. Bila bawang putih mula kuning keperangan, masukkan cili yang telah dikisar, biarkan cili masak terlebih dahulu
3.Setelah itu, masukkan gula dan garam, diikuti sos cili, kicap dan kiub pati ayam.
4. Biarkan seketika, selepas itu, bolehlah dimasukkan kek ikan serta kuey teow.
5. Sementara menunggu kuey teow masak, pukulkan telur dan tuangkan dikeliling  kuey teow dan  bila telurmula masak, bolehlah digaulkan dengan kuey teow .
6.Kemudian masukkan kucai dan taugeh, masak sekejap je. Boleh lah dihidangkan.

meh zoom ckit..hihihihih

2 comments:

Angah said...

Amboi2...sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Cinta hazanis said...

lapar bila tgk mkanan ni. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...