Sunday, December 16, 2012

Ayam Masak Sambal Hitam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam yang telah digoreng sebentar bersama dengan kunyit dan garam
15 tangkai cili kering yng telah direbus, dibuangkan bijinya
3biji bawang besar yang sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
secukup rasa gula & garam
sedikit kicap pekat
sedikit minyak
Ubi kentang- goreng dulu

Cara-caranya:
1.Kisarkan cili kering , bawang besar , bawang putih dan halia
2. Sementara itu, panaskan minyak, setelah panas, bolehlah dimasukkan bahan yang telah dikisarkan tadi
3.Masukkan gula, garam serta kiub ayam, biarkan seketika agar bahan kisar tadi masak
4. Masukkan ayam yang telah digorengkan , ubi kentang dan akhir sekali masukkan kicap pekat.
5. Masak sehingga kuah sambal sehingga memekat serta menyaluti ayam  dan kentang.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...