Monday, December 17, 2012

Cendawan Kuning Pedas

Bahan-bahan
1 Paket Cendawan Tiram- buangkan bahagian bawahnya
10 biji bebola ikan- dipotong 2
1 keping kek ikan - dihiris nipis
6 biji cili padi
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar dimayang
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit kunyit
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili padi bersama-sama ikan bilis - jangan terlalu hancur
2. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas tumiskan bawang yang telah dimayang
3.Masukkan cili yang telah ditumbuk bersama-sama ikan bilis tadi,
4.Gaulkan cendawan tiram dengan serbuk kunyit. 
5. Masukkan cendawan, bebola ikan dan kek ikan.
6. Setelah itu, masukkan serbuk pati yam serta secukup rasa garam.
7. Bila cendawan mula melayu, boleh lah diangkat
8. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...