Sunday, November 25, 2012

Tutorial:Roti Sardin Gulung Ala Michelin

Salam
Permintaan dari Angah yang betul2 lama tertunggak, kesian kat dia, ngidam nak makan roti sardin gulung ni.. Angah siap bagi nama Roti Michelin, dia teringin sangat2 nak tau cara macam mana bole jadi macam Michelin tu.. Meh angah hari ni, aku bagi tutorial macam mana nak buat roti Sardin Gulung .


1. Sediakan roller Biskut Tart Gulung
2. Kukuskan roti selama 4 hingga 5 minit- aku prefer guna roti Gardenia.
3. Roll kan roller tadi di atas roti yang telah dikukus.
4. Setelah itu, diterbalikkan permukaan roti tersebut.
5. Letakkan inti sardin diatas permukan yang rata.
6. Mula untuk menggulung roti tersebut dan gamkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum yang dicampur dengan air.

Tadaaaa......
Dah siap gulung
Siap untuk digoreng
ni yang siap digoreng, xkan serap minyak tau, sebab kite dah kukus, bila goreng rapuh tau, kalo goreng pagi petang msih rapuh.. Ni resepi dari Kak Sal cuma aku modified skit inti dalam tu.

Resipi inti
2 biji kentang dipotong dadu
1 tin sardin
2 labu bawang besar dimayang
6 biji cili padi
sedikit garam
1/2 kiub pati bilis
limau nipis
sedikit minyak

cara
letakkan minyak ke dalam kuali sehingga panas
masukkan kentang, goreng sehingga kentang layu
masukkan sardin dan kuahnya
perahkan limau nipis dan masukkan garam dan kiub pati blis
bila dah mula mengering tutup api dan masukkan bawang besar yang dimayang beserta dengan cili padi.

Saturday, November 24, 2012

Sedapnya makan Laksam Kuah lemak


Selamat petang semua.....
Lebat betul hujan kat luar rumah ni, hujan-hujan macam ni makan laksam panas2 pulak, aduh sedap sangat....hari ni kira mood masak sudah mari wooo..hahaha.. iyelaa mau tak rajin, siap buat inti untuk sardin gulung, perasan pada diri sendiri,hihihi, buat kulit laksam lagi, kira kerajinan berganda ni... Laksam ni dah lama mak aku request, tapi dok tertangguh2 aja.. tapi hari ni, alhamdulillah rajin sangat, maklumla, xbz sgt dgn tempahan, dok goyang kaki je laa... aku guna  resipi kuah lemak Kak Pah, akak kat ofis . Resipi kak pah mesti laa marvelous, tu yang aku cedok resipi dia ni.. cuma aku guna kulit laksam, homemade n handmade maaa......Resipi asal kuah ni untuk dimakan dengan laksa, kira nama asalnya Laksa lemak versi kak pah... mintak izin naa.. anak murid derhaka cikit tukar versi yeerr makan kuah tu dengan kulit laksam.

Bahan-bahan 
4 cawan tepung beras
sedikit tepung gandum
 5 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak

 Cara

 1)Tepung beras dan tepung gandum  dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air suam.
2)Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam.
3)Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
4)Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg disapukan minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.
5)Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.
6)Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.
7)Angkat dan sejukan barulah digulung.

Resepi Kuah lemak
Bahan
1 kg ikan kembong- direbus dengan asam keping dan garam, dan dikisar halus
50 sen cili kering-direbus dan dikisar bersama dengan 3 labu bawang besar hingga lumat.
3 labu bawang besar
1/2 paket serbuk kari
suku kilo santan 
2,3 keping asam gelugur
segenggam daun kesom
2 batang bunga kantan
garam dan sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis
1 labu bawang merah dimayang
5 biji ulas bawang putih ,dimayang
2inci halia dimayang
2inci lengkuas dimayang

Caranya
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu, bila mula keperangan masukkan halia dan lengkuas.
2. Setelah itu, masukkan cili yang telah kisar tadi, masak sehingga naik minyak, kemudian masukkan rempah kari,masak sehingga rempah kari  masak.
3.Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar bersama2 air rebusan ikan serta asam gelugur.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, garam serta sedikit serbuk perasa. Bila kuah mula mengelegak masukkan santan . Biarkan seketika sehingga mengelegak dan tutup api.

Thursday, November 15, 2012

1st Attempt buat Crepe Durian

 Salam semua..
Ramai betul tengok orang dok update pasal Crepe durian ni, kalau kat fb tu, asyik Crepe2 ajee.... memang jadi fenomena ni.... aku dapat tau pasal crepe ni pun mase adik aku si Atun pi Medan dalam bulan April tahun ni, kat Indonesia diorang panggil Pancake Durian, Atun kata sedap giler, dengan creamy whipped cream dengan durian yang Gred A..Meh nak tayang skit gambar Atun dengan pancake durian.
Tu dia atun dok tayang Pancake Durian
 Adik manja dok tengah pukul non dairy Whipping Cream
 Dah kental Whipping Cream tdi
 Masa nak letak whipping cream dengan isi durian 
tu dia dah siap..hahhahaa..SUKSES... 1st Attempt

Sunday, November 11, 2012

Smoothie Epal Hijau

Salam....
Di atas request mak aku yang teringin minum something refreshing ,kebetulan plak plain yogurt banyak lagi, tambahan pulak stok untuk epal hijau banyak , so aku decide ler nak buat smoothie epal hijau  cara aku daa.... sedap sangat, alaa2 minuman yogurt gitu..hahhahaha... siap stok simpan dalam freezer  lg.. tapi bila aku nk cari pulak smoothie tu, alamakkk habis sudaaa... mak ngan abah sudah habiskan..hehhehe, xpe, yang penting mak ngan abah suke...Mak request ni, selepas dah rase smoothie Strawberi yang aku buat sebelum ni, rasa nak tayang gambaq Smoothie pun malu, sebab gambaq xcantik, dah laaa ambik gambar masa buat cupcake orang order, so xdelaa menarik gambar tu, tapi aku nk tayang jugakkk..... nanti yee....


Ni cara die:

Bahan2
2 biji epal hijau - buang kulit yerr.. tapi kalau tak nak buang kulit pun ok
1 cawan plain yogurt
2 cawan ais kiub
2 camca gula - madu pun ok
sedikit air

Cara:
Masukkan ke dalam Blender  semua bahan2 tersebut.kisar sehingga hancur.then siap laa....Senangkan?


Friday, November 9, 2012

Tempahan doorgift telah kembali dibuka

Salam semua...
Setelah lama berehat dari menerima tempahan doorgift serta kuih muih, kini ZH telah kembali untuk menerima tempahan doorgit dan kuih muih. Sepanjang minggu ni, ZH menerima tempahan Choc Moist Cupcake dari MPSP Penang,akak Thuwaibah dan Syanaz  , serta menerima tempahan Cheese Tart sebanyak 300 biji cheese tart blueberry dan Strawberry. Thanks kepada yang membuat tempahan. Jangan serik tempah lagi k...



Sunday, November 4, 2012

Majlis Kenduri Kesyukuran dan Aqiqah Muhammad Adam

Salam
Aku kembali mengemaskini blog aku, sekarang ni aku  dah kurang mengambil tempahan, rasa kesihatan kurang mengizinkan sedikit, terpaksa menolak beberapa tempahan. So kuranglah nak "update" pasal tempahan ni. Mungkin selepas ni, tempahan akan dibuka kembali. Hari ni just nak cerita pasal kenduri kesyukuran dan Aqiqah anak sedara aku(buat kenduri kecik-kecik je). Walaupun memenatkan tetapi sangat berbaloi rasa puas hati sangat2, coz dapat siapkan ape yang dirancang di kepala ni.. Sehari sebelum Kenduri berlangsung, rambut Muhammad Adam telah dicukurkan...kesian pulak tengok kepala Adam dibotakkan, tetapi Adam kan goodboy, akhirnya selamat jugak Adam dibotakkan walaupun mengambil masa yang lama..hehhehehe....
macam-macam aksi Muhammad Adam ni..last2 botak jugak..Alhamdulillah, lepas je bercukur rambut tidur lena dia, mungkin sebab kepala dah jadi ringan, tido pun lena ja....

Sehari sebelum kenduri kecil kami berlangsung, aku sempat siapkan beberapa hidangan untuk kenduri tu.. Tapi sayang seribu kali sayang, dek kerna terlalu sibuk menyiapkan hidangan sampai terlupa nak ambik gambar, tapi xpela, asalkan tetamu yang datang berpuashati dengan menu yang disediakan.Antara menu yang ada sempat aku buat hari tu adalah seperti di bawah ni:
1.Mee Rebus 
2.Spagetti 
3.Rendang Ayam dan Rendang Daging
4.Pulut Kuning
5.Aneka Muffin : Chocolate chips Muffin , Nestum with Chocolate chips Muffin dan Orange mixfruit muffin.
6. Kek Buah
7.Puding Laici kastard

Menu utama, order je, mak order Nasi Bukhari dan berlaukkan Ayam kuzi, Gulai daging dan tulang dengan kentang, acar timun serta ada buah tembikai. Aku sempat juga tempah ketupat untuk majlis tersebut serta aneka kuih muih tradisional.


Pada majlis tersebut dimulakan dengan Tahlil dan diikuti dengan Tahnik Muhammad Adam b. Muhammad Firdaus .Tahnik maknanya menggosok kunyahan kurma dengan telunjuk kanan pada gusi dan langit-langit bayi yang baru lahir. Gerakan ke kiri dan ke kanan bahagian dalam mulut bayi hendaklah dilakukan dengan lembut sehingga sampai manisan kurma itu ke semua bahagian dalam mulut. Jika tidak ada kurma (tamar), boleh juga digunakan benda-benda manis lainnya seperti madu. Alhamdulillah, majlis Kenduri Kesyukuran dan Majlis Aqiqah berjalan dengan lancar. Ramai betul tetamu yang datang, terima kasih kepada yang bertandang ke rumah kami. Harap-harap semua tetamu yang hadir berpuashati dengan juadah yang disediakan. 


Imam Surau Al Falah sedang mengosokkan kurma di bibir Adam

 Tempat hidangan disediakan

Antara tetamu yang hadir
Hepi Adam yeee... maklumla dok atas riba untie Mas... 
sama tak senyum Mak long Adam ngan Adam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...