Saturday, November 24, 2012

Sedapnya makan Laksam Kuah lemak


Selamat petang semua.....
Lebat betul hujan kat luar rumah ni, hujan-hujan macam ni makan laksam panas2 pulak, aduh sedap sangat....hari ni kira mood masak sudah mari wooo..hahaha.. iyelaa mau tak rajin, siap buat inti untuk sardin gulung, perasan pada diri sendiri,hihihi, buat kulit laksam lagi, kira kerajinan berganda ni... Laksam ni dah lama mak aku request, tapi dok tertangguh2 aja.. tapi hari ni, alhamdulillah rajin sangat, maklumla, xbz sgt dgn tempahan, dok goyang kaki je laa... aku guna  resipi kuah lemak Kak Pah, akak kat ofis . Resipi kak pah mesti laa marvelous, tu yang aku cedok resipi dia ni.. cuma aku guna kulit laksam, homemade n handmade maaa......Resipi asal kuah ni untuk dimakan dengan laksa, kira nama asalnya Laksa lemak versi kak pah... mintak izin naa.. anak murid derhaka cikit tukar versi yeerr makan kuah tu dengan kulit laksam.

Bahan-bahan 
4 cawan tepung beras
sedikit tepung gandum
 5 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak

 Cara

 1)Tepung beras dan tepung gandum  dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air suam.
2)Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam.
3)Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
4)Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg disapukan minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.
5)Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.
6)Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.
7)Angkat dan sejukan barulah digulung.

Resepi Kuah lemak
Bahan
1 kg ikan kembong- direbus dengan asam keping dan garam, dan dikisar halus
50 sen cili kering-direbus dan dikisar bersama dengan 3 labu bawang besar hingga lumat.
3 labu bawang besar
1/2 paket serbuk kari
suku kilo santan 
2,3 keping asam gelugur
segenggam daun kesom
2 batang bunga kantan
garam dan sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis
1 labu bawang merah dimayang
5 biji ulas bawang putih ,dimayang
2inci halia dimayang
2inci lengkuas dimayang

Caranya
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu, bila mula keperangan masukkan halia dan lengkuas.
2. Setelah itu, masukkan cili yang telah kisar tadi, masak sehingga naik minyak, kemudian masukkan rempah kari,masak sehingga rempah kari  masak.
3.Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar bersama2 air rebusan ikan serta asam gelugur.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, garam serta sedikit serbuk perasa. Bila kuah mula mengelegak masukkan santan . Biarkan seketika sehingga mengelegak dan tutup api.

2 comments:

Angah said...

isyhh haluihnYA urat laksam hang,,,,teliti sunggoh hang buat ann.

ZurHeritage said...

hehehehe kira mood rajin la katakan angah..hahahhahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...