Saturday, March 31, 2012

Apam Pisang Coklat



Assalamualaikum...
Lama betul aku xmasukkan resipi kat blog aku ni. Lets pic talk! projek masak-masak yang aku buat semalam untuk minum petang buat mak, abah, adik n also my prenz Ain.....
hari khamis lepas, abah ade belikan pisang emas, so dalam pikiran dok memikir macam nak buat apam pisang yang aku tengok dalam buku resipi 1HARI 1 RESIPI - oleh Chef Hanieliza, resipi ni mudah sangat2, yang paling penting tekstur apam tu gebu  dan lembut sangat2 .... Cuma aku terkurang letak  soda bikarbonat dengan baking powder, so xdelaa merekah cantik sangat apam ni, hehehehe kadang2  rupa xpenting, rasa perlu diutamakan.....
AYAT COVER COZ APAM XBERAPA MEREKAH.....  

kAT bawah ni ade resipi Apam Pisang Coklat ni
jOm fOlLoW

BAHAN A
2 cawan  tepung Gandum
2 sudu  serbuk koko- aku letak 1 sudu je
1 sudu kecil soda bikarbonat- aku letak 1/2 sudu
1 sudu kecil baking powber- aku letak 1/2 sudu
secubit garam

BAHAN B
1 cawan Pisang Emas
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur(dipukul sedikit dengan garpu)

CARA MEMBUAT
1. Ayakkan bahan A ke dalam Mangkuk
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata
3.Masukkan ke dalam acuan kecil
4. kukuskan selamat selama 20 minit ataupun sehingga masak.
tadaaaaa.. siap sudaa....
sekarang Non Adoooo.. abis licin...

Friday, March 16, 2012

Chicken Wing @ Medan Selera Tanjung Aru

Mood hari ni...rasa teringin nak makan Chicken Wing  Tanjung Aru ... aku dok cari kat SP ni, xdak laa.....Chicken Wing susah nak jumpa kt sini, aku heran sesangat pasai apa..... Kalo kt Sabah, nak dapat Chicken Wing ni, cukup senang, kat mana2 ade.siapkan duit jaaa... masa aku kt sana, abang angkat aku, ada jgak blanja makan Chicken Wing kt area Sembulan,, eeemmm bole tahan sedapnya, tapi xdapat la nak lawan Chicken Wing kat Medan selera Tanjung Aru.. hehehhe.. yang membuatkan dia sedap bahan perapan serta sambal cicah dia..wah2 sedap, ni dok cite dah kecur air liur, benar2 sedap, huhuhuhuh kat mana aku nak cari chicken wing macam tu kat SP ni.... xkan nak Fly kt Sabah kot....
cuba tengok gambar atas ni, eeemmm yummy2, segar dari ladang..waaaaa.. yang penting harga chicken wing ni, murah giler.... 

1st Impression

Assalamualaikum.. selamat malamm...
Hari ni aku nak cite ckit pasal 1st Impression
Apa pandangan korang tentang gambar di atas?

Nampak menarik bukan, sama seperti aku, 1st impression aku tentang makanan ni gerenti sedap, tengok gambar menu makanan ni dgn nama yang begitu BOMBASTIC membuatkan aku dgn adikku teruja untuk mencubanya.. tapi indah khabar dari rupa, aduyaaiii sungguh manis berkrim.. agak2 berapa kati gula yang diletaakkan, dan rasa dia weird sgt.....xberupaya untuk menghabiskan makanan ni, selalunya, aku ni bab makan xdala memilih sangat kecuali betul2 xsedap n xbest aku xleh telan, kekadang 1st impression kite tersasar dari landasannya...cara die impress tu dah cukup baik, tapi perlaksanaan rasa agak kurang... wahhh22.. mengomen la plak aku ni..hahahahha..

p/s: makanan yg xsantek xsemestinya xsedap...try dulu then buat keputusan.. heheheh.. 

Sunday, March 4, 2012

Mufin Strawberi

Salam..N3 yang baru dpt update.. sekali lagi projek masak2 aku dengan Adik Manja sebelum berangkat pulang ke UPM...huhuhuh so sad... sunyi laa akak dia lepas ni..huhuhuhu.. tapi nak buat macam mana pelajaran perlu diutamakan....tapi sebelum Adik manja berangkat pulang, kami telah buat projek mufin strawberi. Sedap sangat, aku jumpa kt page blogger. Bahan2 semua dah ada, so apa lagi buat la, nasib baik ada Adik Manja yang nak Tolong..
huhuhuhuhuhu sedey.....
 Ingat kat Adik... lama lgi nk tunggu dia MidTerm Exam....
Nanti Adik Manja Balik kite wat projek masak2 yang lain lakk yee....

Saturday, March 3, 2012

Tempahan Cheese Tart 2012

Salam...
Alhamdulillah dalam bulan Februari rezeki melimpah ruah... terlalu bz sejak kebelakangan ni. Aku banyak menerima tempahan Choc Chips Cookies, Cornflakes Crunchy Cookies  dengan Cheese Tart. Kepada customer yang tempahan yang aku terpaksa tolak, harap maaf yer, ada skit kekangan yang menyebabkan tempahan aku terpaksa tolak, tpi insyaAllah anda boleh membuat tempahan semula.

Aku ada buat sedikit pembaharuan pada topping atas Cheese tart aku..

Strawberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart
Tempahan   13. February 2012- Puan Mastura 100 Biji
Tempahan 23 Februari 2012- Puan Rashidah (PKMD Kuala Muda) 200 Biji
Design Lama Cheese Tart
Tempahan Dari Kak Maya , Puan Nurul dan CC Aishah, setiap seorang menempah 30 biji pada 26 Februari 2012

Yang terkini aku baru saja menyiapkan tempahan pada 1Mac 2012 untuk kak Shidah, Kak Rubiah(PKMD Kuala Muda), dan seorang lagi Puan Anum dari Sungai Dua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...