Apam Pisang Coklat



Assalamualaikum...
Lama betul aku xmasukkan resipi kat blog aku ni. Lets pic talk! projek masak-masak yang aku buat semalam untuk minum petang buat mak, abah, adik n also my prenz Ain.....
hari khamis lepas, abah ade belikan pisang emas, so dalam pikiran dok memikir macam nak buat apam pisang yang aku tengok dalam buku resipi 1HARI 1 RESIPI - oleh Chef Hanieliza, resipi ni mudah sangat2, yang paling penting tekstur apam tu gebu  dan lembut sangat2 .... Cuma aku terkurang letak  soda bikarbonat dengan baking powder, so xdelaa merekah cantik sangat apam ni, hehehehe kadang2  rupa xpenting, rasa perlu diutamakan.....
AYAT COVER COZ APAM XBERAPA MEREKAH.....  

kAT bawah ni ade resipi Apam Pisang Coklat ni
jOm fOlLoW

BAHAN A
2 cawan  tepung Gandum
2 sudu  serbuk koko- aku letak 1 sudu je
1 sudu kecil soda bikarbonat- aku letak 1/2 sudu
1 sudu kecil baking powber- aku letak 1/2 sudu
secubit garam

BAHAN B
1 cawan Pisang Emas
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur(dipukul sedikit dengan garpu)

CARA MEMBUAT
1. Ayakkan bahan A ke dalam Mangkuk
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata
3.Masukkan ke dalam acuan kecil
4. kukuskan selamat selama 20 minit ataupun sehingga masak.
tadaaaaa.. siap sudaa....
sekarang Non Adoooo.. abis licin...

Comments

Anonymous said…
sedapnyaaaa