Saturday, October 13, 2012

Chocolate Chips Muffin


Mendung-mendung macam ni dapat makan muffin panas-panas mesti sedapkan. Apa khabar rakan blogger yang dikasihi semua, harap-harap semua sihat... Hari ni, bole dikira mood aku agak rajin la, bukan apa siap bu at muffin tu.. hehehhe rajin tul, anak sapa laa tu.. waahh ngada2 tul zu ni kan... yang bole mai mood nak buat muffin sebab nak habiskan stok chocolate chips lebihan buat chocolate chips cookies untuk raya lepas, bagi untuk  tidak membazir kena la buat, walaupun xdelaa rajin sangat, ni pun baru je lpas habis siapkan tempahan mini choc cupcakes(malam ni insyaAllah aku update pasal order lpas).Resipi ni aku ambik dari MyResipi , senang dan ringkas. Thanks to junjs11 share resipi ni.

siap untuk di masukkan ke dalam oven
taaa daaa siap sudaa....

ni resipinya,


Bahan-bahannya:

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar- aku letak susu cair
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
Gaulkan bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 40min suhu 160c. 
 Zu dapat dalam 21biji  mufin. ikut oven masing-masing, aku tak brani nak bagi suhu tinggi kang atas bawah je masak, dalamnya tak masak pulak.

2 comments:

Angah said...

mana sandwich gulung yang berjalur2 tu punya demo...tringin aku nak buat ni....anyway muffin awak nampak sgt lazat haha

ZurHeritage said...

aduhaiiii.... tu laa dok ingt nk buat, eeemm nanti aku buat k.. jgn marah daa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...