Saturday, September 1, 2012

Aku dan Raya

Salam...
Selamat Hari raya buat semua, dah lama tak bersiaran,lama jgak dah xjalan2 menziarahi rumah kengkawan maya ni, amboi2 beraya sakan noo.... hehehe aku macam biasa, baru habis dari kesibukan membantu kengkawan dan pelanggan untuk berhari raya. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan, sampaikan aku terlupa untuk menyiapkan cookies kat umah aku kali ni. Dalam sejarah, tahun ni, aku tak sempat nak siapkan tat nenas kat umah, sepatutnya, azam aku tahun ni, aku nk mengurangkan ambik order tapi xsangka, dalam dok ambik order sikit2 pun, last2 jadi banyak jugak.
 Gara-gara menyiapkan cookies dan segala jenis hidangan dipagi raya, kire-kire 2 hari aku tak tido, kalo dapat tido pun, tido2 ayam..Untuk hari raya tahun ni, sempat jugak aku siapkan, laksa , kek buah, puding koktail dan kira2 dalam 5 jenis cookies, picture utk raya pertama Non Ado.. huhuhuh .. orang sibuk beraya, bersalam-salaman, ziarah menziarahi aku dok sedap2 buat taik mata, mak aku yg betul2 memahami keletihan anaknya, membiarkan aja aku tidor sampai puas, tido yg betul2 lena, tanpa mengetahui sapa tetamu yang datang. Tahun ni xde pun, pic kenangan bersama keluarga ku,eemmm so sad.. sob.. sob.. sob....Jeles tau tengok orang lain beraya, cantik je, tengok gambar keluarga beraya dengan pakaian yang sedondon, aku jangan kata nak sedondon, baju raya pun xsempat pakai . Lain jer raya aku tahun ni, hari raya kedua, baru berkesempatan bersalam-salam dengan Mak dengan Abah memohon keampunan dan kemaafan, xpelaa raya kedua pun ok jgakkan.

kat bawah ni, antara makanan yang sempat aku capture, banyak yg xsempat nk ambik gambar.. jom cuci mata... xdelaa menarik .  Kawan-kawan kat blog ni, lagi buat menu yang  gempakkan.. tengok kecur air liur tauu....
Menu raya ke berapa entah, tak ingat dahh


Biskut Denmark
kek coklat lahar gunung berapi.. kt tengah tu..lava yg tunggu masa untuk meletus aje..hahahhahaha...

Super Duper Moist Chocolate Cake
Snopy Oat
Choco Ball cookies
mee kari cik zur
 Biskut Samprit, sedap weiii, resipi asal dari Kak Sal, ade anak kawan adik aku, suke tul makan biskut ni
Rendang Ayam Che Endon



Pulut sekaya dan cheese tart

2 comments:

Angah said...

amboii sedapnyaa...

ZurHeritage said...

tahun nie, xbalik beraya kt sp kaaa...kalao tak leh singgah umah aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...