Bihun goreng cili padi kaw-kaw punyer

Salam....
Dalam sedar tak sedar, sudah 14 hari kita berpuasa, pejam celik dah nak dekat 15 hari, dah hampir setengah bulan kita berpuasa, sejak berpuasa ni, aku tak de kesempatan langsung untuk masukkan entry tentang Iftar aku n kluarga aku, iyela mana nk sempat balik2 je keje trus sambung berniaga, nak masak pun xsempat, kalo sempat pun, masak yg ringkas2 aje la, tu dah memadai bagi kami, cukup bersederhana, karang takut membazir plak, lagipun, bila dah makin meningkat umoq, makan pun xbrape nak selera...Sepanjang 13 hari berpuasa ni, aku rasa baru 3, 4 kali kitorng makan nasi, yang lain, just masak yang ringkas2 je.. Wahhh..wahhh cik zu membebel laa pulakkk......hihihihiih,
N3 hari ni pasal menu ringkas yang sedap hihihih puji diri sendiri laa pulak yang di request oleh mommy aku iaitu Bihun goreng cili padi kaw giler, pehh nama ckit punye panjang da...walaupun namanya panjang, insyaAllah senang nak buat n rasanya sedap... 
Resipi ni aku blajar masa dok kt Taman Universiti, aku blajar dari Che Rod, atau namanya che rodziah. Kitorng pggl rod jeee.. tp seriuosly dia mmg pndai masak, tambah lagi guna rice cooker, cukup terror dia, tp skrg dah lost contact xtau nk cari kt nee, cuma resipi die membuatkan aku sentiasa tak pernah lupa kat dia, thanks to che Rod.Kalo nak ikutkan resipi die mcm nak iras2 je macam bihun singapore cuma masukkan cili padi je,.....baru pedas kaw-kaw punyerrrr dah tu kasi taruk lada hitam banyak2, kalo x pedas jgak ikut cara si Atun, jadikan cili padi sebagai ulam-ulaman, kalo korang nak tau, adik aku sorang ni, mmg hantu cili padi, kalo xde cili padi@cabai melaka xsedap n xselera laa dia nak makan.


Bahan-bahan
Bihun 400gm- direndam dalam air terlebih dahulu
10-15 tangkai cili padi, diketuk atau pun ditumbuk
6 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
udang
lobak merah di potong memanjang dan nipis
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawang putih ditumbuk
minyak untuk menumis
sedikit air
Fishball dan fishcake-dihiris nipis
lada hitam ditumbuk-aku guna lada hitam sarawak


Cara
1. Tuangkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bila agak garing masukkan cili padi yang ditumbuk
2.Masukkan sos tiram, gula, garam dan kiub pati ayam. Tambahkan secawan air.
3.Kemudian masukkan lobak merah, fishball dan fishcake serta lada hitam yang ditumbuk tunggu sehingga mendidih, setelah mendidih masukkan udang
4. Masukkan bihun yang direndam dgn air, tos terlebih dahulu.
5. Masak dengan api yg perlahan, biar bihun betul2 masak, kemudian siap untuk dihidangkan,

Comments