Lagi lagi Pauuu....



Ayat yang paling membosankan yang aku dengar sepanjang minggu lepas.... mentang2 la aku baru dapat resipi mudah Pau yang gebu, lembut dari akak kat opis tu.... trus sepanjang minggu buat pau , g opis pun diorng buat pau, balik rumah pun buat pau... hellooo..... muka aku ni pun dah makin serupa dengan pau yang kembang gebu... sebelum ni , akak kat opis dah penah ajaq tapi aku xambik port sangat, tapi tetiba mood nak menge'PAU' semakin berkobar-kobar. First trial = Fail, adunan cantik, tapi disebabkan salah pendengaran masa menunggu kembang..kui22..kembang giler, pastu lpas je kukus.. turun rapat hingga nampak inti.. kui22.... tersalah dengar info laa plak... rupanya dalm 20 ke 1/2 jam, aku tunggu sampai ke 1 jam.. mak aiihhh... hehehe... aku tak putus asa, aku buat lagi ke 2, Alhamdulillah SUKSES, berjaya membuat pau kampung yang gebu dan lembut..... waaaweeee, best giler.. Pujian untuk diri sendri.. COZ XDE YANG NAK PUJI, AKU PUJI LAA DIRI SENDIRI..., aku buat pau inti kacang merah yang aku beli kat kedai bakery.. lagi laa sedap... Abah siap puji kata sedap, leh wat niaga ni.. hahahahha busines minded laa abah aku ni....Abah punyer laa suka, awal pagi dah kukus semula pau lebihan malam yang aku buat tu......lepas ni abah request pau inti kelapa plak.. ..ABAH next time plak eekk..bukan ape, pau yang akak kak kat opis buat inti kelapa dah jemu chek ni dengan pau... kire dalam seminggu 2 kali buat pauu.... tu xtermasuk kat umah.. aduhh .. lagi-lagi pauuu. Pau yang aku buat ni, pau kampung jaa... xde guna tepung pau , so tekstur die xdela macam PAU NUSANTARA atau sewaktu dengan nya. Tapi aku jamin memang gebu dan lembut.

Kat bawah ni Resipi Mudah Pau
Jom Follow

Sumber: Kak Sal BDSP

30 biji-ikut saiz yang kite suke

Resipi Kulit Pau
500g tepung gandum
1/2 paket  yis kering- dicampur dengan 1/2cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 camca kecil garam
air secukupnya

cara2nya
1.Campurkan tepung, minyak, garam dan gaulkan
2. Masukkan yis yang telah dicampurkan air, adun seketika
3. Masukkan air secukupnya, adun sehingga adunan tepung tidak melekat  di tangan anda.


Dalamnye lembut dan gebu sangat

Bahan untuk Inti

1 biji kelapa parut ambil putih sahaja atau kelapa muda
2 cawan Gula merah
1 senduk gula putih, kalo xsuke manis, anda bole kurangkan
Secubit garam
1 camca besar tepung gandum

Cara Membuat Inti

1.Masukkan Kelapa parut ke dalam periuk beserta dengan gula merah, gula putih dan secubit garam.
2.Masakkan dengan api yang agak kuat pada awalnya, selepas agak kering, masak dengan api yang sederhana pula dan masukkan tepung gandum, kacau sehingga kering.
Masih dalam periuk pengukus

Comments