Ayam Masak Halia

uuiii lamanya xupdate pasal masak-masak ni. Sekarang ni dah xsempat nak masak sangat, dan xsempat nak attend class, rase2 next year aku kena luangkan lebih masa kat masak ni. Hari ni aku nak update satu masakan yang simple, but sedap... tapi bagi yang dah terror mesti cakap pejam mata je dah boleh buat..hihihihiihi......

Bahan2
Hirisan isi ayam-kuantiti terpulang kepada kehendak
2 inci halia
5 ulas Bawang Putih
5 camca besar Sos Tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit air
11/2 camca besar tepung jagung untuk memekatkan kuah
10 biji cili padi dibelah dua
secukup rasa garam.

Cara2
1. Letakkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih serta halia, biar seketika kemudian masukkan sos tiram.
2. Selepas tu masukkan sedikit air dan kemudian diikut dengan hirisan isi ayam, dan secubit garam, biarkan ayam empuk, tidak perlu masak terlalu lama.
3. Masukkan hirisan cili padi , biarkan cili layu, dan kemudian bancuh tepung jangung dengan air dan masukkan ke dalam ayam tadi, biar seketika dan boleh la diangkat dan dihidangkan.


.

Comments