Mee Rebus buat Ibuku & Para Tetamu

Dah lama aku xupload resipi2 terbaru.... Baru2 ni, Raya ke 3 aku sempat hidangkan Mee Rebus kegemaran Ibuku dan buat para tetamu kami..Abis licin mee Rebus tu, sedap kata diorang... Ni la makanan paling favourite ibuku selain daripada ayam goreng. Resipi ni pun aku blajar dari Ibuku..Thanks Mak...Love u...
Di sini resipi Mee Rebus Ibuku...

Hidangan untuk 30 orang.

Bahan-Bahan
50g cili kering- direbus dan dikisar. Sekiranya anda sukakan lebih pedas boleh tambahkan lgi.
2 Kg Daging
500g Udang Basah- Rebus udang dengan 1 jag air, bila masak biar sejuk terlebih dahulu kemudian kisar halus bersama2 air rebusan tersebut.
1 labu bawang putih untuk menumis
11/2 inci halia
Ubi Keledek yang telah rebuskan dan dikisar halus
Tepung Jagung untuk memekat@ kacang tanah- Zur xguna kacang tanah, takut ada yg xmakan alergik dengan kacang
Air 2 jag besar- kalo anda buat ckit boleh kurangkan. Biasa buat byk2, jarang wat ckit2...
7 sudu besar Udang Kering direndam terlebih dahulu dan ditumbuk
Gula
Garam
Mee Basah Dicelur
Bahan Perasa.
Mee yang telah dicelur.

Hiasan
Taugeh yang Telah Dicelur
Cili besar yang dipotong nipis
Hirisan Telur
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Tauhu Goreng
Hirisan Daging- Daging yang direbus tadi.

Cara-cara
1. Letakkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bila bawang putih mula kekuningan masukan hirisan halia.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan cili tersebut masak dan masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
3. Setelah itu masukkan air rebusan udang dan daging yang dipotong besar ke dalam periuk tersebut beserta air.
4. Bila mendidih, masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus bersama-sama dengan gula, garam dan bahan perasa.
5.Biarkan kuah mereneh  dengan api yang perlahan.Ketika mereneh kuah, isi daging perlulah diangkat terlebih dahulu bagi mengelakkan daging menjadi terlalu empuk.
6. Masukkan tepung jagung @kacang tanah untuk memekatkan kuah.
7. Siap untuk dihidangkan bersama-sama bahan hiasan.

p/s: kuah mee rebus ni, kalo direneh makin lama akan makin sedap.

"Selamat Mencuba"

Comments