Monday, March 28, 2011

Puding Laici Berkastard

Salam
Pada malam yang syahdu dengan rintik-rintik ujan jatuh menyimbah bumi ni, Zur nak uploadkan resipi puding Laici berkastard..Zur dah buat puding ni ari sabtu lepas, ari ni baru ada kesempatan nak masukkan resipi ni, bukan apa, terpaksa berebut pc ngan adik yang bz ngan keje die, so sebagai seorang kakak, xpelaa,,zur kasi je dia guna... Hari ni, pukul 7.00 malam  Tok, Tok wan, Mak cik dengan Pak cik  berserta sepupuku mai umah Zur.. so apa lagi! bersiap sediala ke dapur untuk siapkan menu ringkas untuk dimakan... nasib baik, ari sabtu lepas dah buat puding laici berkastard, ahad pulak Zur buat Blueberry chesse Tart, bolehlah zu hidangkan sekali...zur hanya gorengkan kuih frozen yang mak jual, karipap daging dengan samosa...sekarang ni, dah senang ckit, kalo ada tetamu datang boleh ja terus goreng kuih frozen ,ada cucur badak,kuih kacang, donut, onde-onde, karipap ayam, daging, sardin dan samosa... akan datang nak tambah popia...Tok, Tok wan ngan mak sedara suka betul puding laici ni, suka zur tengok diorang makan, ishhh melalut pulak zu ni..kata nak upload resipi puding laici, dok sembang yang lain pulak...


Puding Laici Berkastard


30g agar-agar
200 g gula pasir
1 tin laici
1 tin susu cair
1 biji telur
secubit garam
1 sudu tepung kastard


Cara Membuatnya:


1.Masak agar-agar sehingga larut.
2.Masukkan gula dan kacau hingga mendidih
3.Kisarkan buah laici beserta sedikit sirapnya.
4.Kisarkan tepung kastard bersama susu cair dengan secubit garam.
5. Masukkan bahan Kisar ke dalam agar-agar tadi.
6.Kacau 5minit dan angkat
7. Masukkan ke dalam acuan.


Selamat mencuba




p/s:lagi sedap kalo hidangkan sejuk...Tok kata tadi sedapp... selamat mencuba..

3 comments:

aimaz said...

susu di kisar dengan susu cair? kastrad di masukkan waktu mana?

aimaz said...

nak masuukkan kastard time bila??

susu dikisar dengan susu cair?

ZurHeritage said...

aimaz
so sorry typing error tu, tepung kastard dikisar bersama-sama dengan susu cair serta secubit garam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...