Wednesday, March 23, 2011

Peria Masak Lemak Udang

Assalamualaikum wbt....
Hari ni, Zur nak uploadkan resipi Peria Masak Lemak Udang, makanan Feverat Zur..Zur kalo makan peria masak lemak udang ni, ratah aje, xpayah nak makan dengan nasi dah.. sedappp,,resipi ni zu blajar dari mak, pantang beli peria mesti buat masak lemak ni, kadang-kadang beli peria katak untuk buat ulam cicah dengan sambal belacan, sedappp.. zur suka sangat makan peria ni... Kadang2 kalo mak yang masak mesti tinggal stok lebih untuk Zur..hehehhehehehe...Zur dan Peria xdapat dipisahkan..hehheheheh.
Peria Masak Lemak Udang

Sumber : Bonda

Bahan-bahan
1 biji Peria yang dibersihkan dan dibuang biji, 
3 biji Cili merah
2 labu bawang besar  saiz sederhana-dikisar bersama cili merah
100gm udang kering- ditumbuk
200gm udang basah
1/2 cawan santan pekat
sedikit  kunyit
secukup rasa garam
Bahan Perasa
sedikit minyak
1/2 cawan air 

Cara-cara membuat:
1.Kisar cili merah dan bawang besar.
2.Masukkan minyak, biarkan panas, kemudian masukkan bahan kisar tadi.
3 Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk.
4.Masukkan peria, kunyit serta santan pekat dan air.
5. Setelah itu, masukkan udang basah,garam serta bahan perasa.
6.Jangan masak udang terlalu lama, kemudain bolehlah diangkat dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba

6 comments:

cik Dil said...

sedapnyaa..dah lame x mkn periaa...

Dil da follow akk..=)

ZurHeritage said...

eemm mmg sdap adik Dil..feverate akak.. walaupun pahittt....thanks follow akak...

silumankembarahati said...

udang tu sedapp..tapi peria sy tak makan..

ZurHeritage said...

laaa xmakan peria kaa..sedap tauuu..walaupun pahit, baik untuk kesihatan..yelaa.masing2 ada kegemaran masing2 kan... tpi udang mmg sedapp..tmbah2 kalo yg bru angkat..manis jaaa

Liz said...

Liz memang suka dengan peria...emm sedap nampak nanti Liz cuba yer Insyaallah

ZurHeritage said...

cuba laaa lizz...mmg sdap tauu..walaupun pahit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...