Sunday, March 20, 2011

Nasi Lemak

Assalamualaikum...
Pagi2 sabtu ni, aku bangun awal untuk siapkan nasi lemak.selalu kalo lepas subuh tido balik...hehehehheh.... aku mula masak pukul 7, coz kena berebut dapur dengan mak plak, ari ni mak ada terima tempahan Cucur Badak dengan Kuih Cara untuk Majlis Perkahwinan...so aku siap2kan bahan terlebih dahulu, lepas mak abis buat baru laa aku mulakan operasi di dapur.. Mak aku, lepas habis siapkan  tempahan terus bersiap nak berbasikal dengan abah, siap pesan kat aku.." nanti balik dari berbasikal kami makan nasi lemak.... ".so bermulalah operasi di dapur....

Sumber: Idea sendiri

Bahan-bahan

Bahan untuk nasi
1 1/2 pot beras
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia dihiris
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
Serai diketuk
1/2 cawan santan pekat
Air
Sedikit garam bukit-baik untuk kesihatan.hehehehehhe..garam biasa pun boleh
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat nasi
1.Basuh beras terlebih dahulu
2.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga layu, kemudian masukkan daun pandan.
3.Kemudian masukkan beras, diikuti santan yang dicampur dengan sedikit garam serta air yang mencukupi supaya tidak terlalu keras dan terlalu lembut.
4.Masak dengan api yang perlahan bagi mengelakkan nasi menjadi kerak.

P/s: kalo guna rice cooker lebih senang, tapi sy menggunakan kaedah manual.

Bahan untuk Sambal
20 tangkai cili kering-rebuskan dan buang biji cili 
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1inci belacan
Air asam jawa
3  camca gula
1/2 camca garam
ikan bilis yang telah digoreng
Bahan perasa
Minyak lebihan gorengan ikan bilis.

Cara-cara membuat sambal
1.Kisar Cili, bawang besar, bawang putih , belacan dengan sedikit air.
2.Panaskan minyak, tuangkan bahan kisar.
3.Masak bahan tumis dengan api yang perlahan.
4.Masukkan gula, garam, bahan perasa serta ikan bilis .
5.Masak sehingga naik minyak. 

Bahan Hiasan
Timun
Telur Rebus
Kacang Goreng


Selamat mencuba




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...