Tuesday, March 29, 2011

Mini Pita Burger

Salam Semua...


Hari ni ada masa kelapangan yang teramat sangat, Zu ambik cuti hari ni. So apa lgi, nak masukkan N3 baru la....,..., zu nak masukkan resipi mudah, untuk dimakan, senang dan sedap.... Baru2 ni, zu ada pegi shopping di TESCO bersama mak ngan si Atun ni, jalan2 kat bahagian roti, tetiba ternampak laa roti pita bijan, dan datang ilham zu nak buat mini Pita Burger,lagipun teringat Premix Dip Cheese yang masih ada lagi dalam stok, apa lagi, Zu pun Beli Roti Pita Bijan, Mixed VEGE, dengan Daging Burger...Keesokkan harinya, baru zu buat, zu hidangkan ketika  makan petang, untuk mak, abah dan si Atun ...

Bahan-bahan


2 Roti Pita Bijan- dipotong 2 bahagian
Mixed Vege-Kukus terlebih dahulu
Daging burger- zu guna ayam
Mayonis
Premix Dip Cheese- bancuh dengan air panas
Sos Masam manis


Cara-cara:
1.Roti pita yang telah dipotong 2,hendaklah di potong bahagian tengahnya, bagi menampakkan seperti poket.
2.Kemudian, campurkan Mixed VEGE dengan Mayonis.
3.Masakkan daging burger terlebih dahulu.
4. Setelah siap dimasak, daging burger tersebut bolehla, dimasukkan ke dalam poket roti pita tersebut,
5.Setelah itu, masukkan mixed vege yang telah dicampur ke dalam poket pita.
6. Kemudian, bolehlah, dipaipkan mayonis, Premix Dip Cheese serta sos masam manis. 
7. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...