Saturday, March 12, 2011

Lempeng susu

Salam Ukhwah...
Untuk breakfast pagi ni, aku ada telah menyiapkan lempeng susu untuk mak, abah ngan adikku.. semua bahan-bahan sudah tersedia ada di dalam peti sejuk, cuma perlukan kerajinan untuk menyiapkan lempeng nie... cuma kebelakangan ni, aku sibuk sangat, nak masak pun xsempat, selalunya hujung minggu baru leh masuk dapur lama ckit,tp kebetulan kena attend banyak plak klass, so xdela kesempatan nk upload resipi-resipi. Tapi sempat jugak aku buat lempeng ni, walaupun senang tapi sedap, xmanis sangat sesuai sangat dengan mak dgn abah yang dah mula kurangkan makan yang manis2..rasa lempeng ni,manis-manis buah aje..lagi enak dihidangkan bersama-sama sos kastard ataupun madu, tapi aku prefer sos kastard, xpun letak 1 scoop aiskrim vanila or cokolate..hehhehe.. marvelouss....

Bahan-bahan
240gm tepung gandum
90g gula kastor
2 biji telur'1 sudu besar mentega cair
1sudu teh baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
250ml susu rendah lemak-boleh tukar kepada santan
garam secukup rasa



Cara-caranya
1.putar telur bersama gula sehingga kembang
2.Masukkan tepung sedikit semi sedikit, dan putar.
3.Kemudian masukkan baking powder,garam serta esen vanilla dan mentega cair. kacau sampai sebati.
4.Masukkan susu rendah lemak.
5.Panaskan minyak dan sendukkan adunan. Biarkan masak.
6.bolehlah hidangkan bersama sos kastard ataupun ais krim.

Hidangkan bersama-sama sos kastard - ihsan uncle google.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...