Akhirnya......

Pada N3 lepas, aku ada mention pasal kehilangan Card Reader menyukarkan aku untuk download picture2 masakan aku .... Pada N3 kali ini, akan ku kotakan janjiku untuk memasukkan resipi2 yang aku sediakan.. Pada  15. Mac 2011 aku telah menerima Parcel  dari Sweet Siti Shop, aku beli Cheese Dip  Premix dari adik CT..percubaan pertama aku merasa kesedapan yang digambarkan oleh adik CT ni.. .. masa terima parcel tu, tak sabar rasanya aku, untuk mencuba...sampai je kat rumah, apa lagi, aku memulakan aktiviti membuat makanan petang untuk mak, abah dgn adikku.. sebelum terima parcel ni, aku mmg dah plan nak buat Twister ala KFC..so aku dah siap beli Tortilla Kentang, Ayamas Popcorn,Salad n tomato..Cheese Dip Premix ni, aku campurkan dengan air panas dan kacau rata agar mendapat tekstur yang menarik supaya nampak tidak berketul-ketul.

mayonis disapu rata atas permukaan tortilla... susun salad, tomato, serta ayamas popcorn..jangan lupa letakkan cheese dip premix..siap untuk digulungkan....
Twister ala Zur ketika dipotong..sedap sangat..
 mak kata sedapppp....
Twister ala Zur dinikmati bersama-sama dengan Cheese Dip Premix.. waaalaaaaaa... yummy.

Pada hari yang berikutnya, aku ada gorengkan Fries untuk dimakan bersama-sama sos ini... aduhhh sedapnya. tapi lagi sedap kalau makan dengan potato wedges... planning aku nak buat potato wedges..cuma xtahu bila aku akan buat...Kentang dah ada, nanti untuk entri selanjutnya, akan aku uploadkan cara membuat potato wedges..buat sementara ini, aku uploadkan picture french fries yang dihidangkan bersama2,mayo serta cheezy...

Creammy sgt, tapi aku xbole makan banyak2, 
bole merosakkan diet..hehheheheh.......

Buat adik2ku, yang membaca N3 ni..
hehheheh jgn jeleous nooooo..hehheheh balik..kak an buat....

Comments

Pemikir Serabut said…
BESTTTTTNYERRR.. SUKA SUKA SUKA.... HUHUHU...
ZurHeritage said…
ct cuba laa..bukan susah pun.. yang pasti sedap ct..mai jengok blog akak selalu k