Macaroni with Tomato Soup

Hari ini aku ingin berkongsi satu resipi yang aku baru dapat dari rakan sekerja aku, Puan Sharifah Noor Azimah. Terima kasih kerana masakkan untuk kami.. Alhamdulillah sedap sangat macaroni hari ni. Bukan saja sedap, malahan makanan sihat, kurang minyak banyak sayur-sayuran sesuai sangat-sangat untuk anak-anak kecil dan sesuai sangat untuk orang yang hendak berdiet.Hanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan makanan yang sedap lagi menyihatkan.

Macaroni with Tomato Soup

Bahan-bahan

Macaroni
10 ulas Bawang merah
10 ulas Bawang putih
i inci Halia
2 Biji Kentang
Brokoli
2 batang Lobak Merah
1/2 tin Tomato Sup
Ayam
Udang Basah
1 Sup Bunjut
2 Kiub Pati Ayam
1 Jag air
Minyak untuk menumis dann merebus Macaroni

Untuk hiasan

Daun Sup dan Bawang Goreng

Cara-caranya

1.Rebuskan Macaroni dengan air dan sedikit minyak, setelah masak tos kan

Sup
1. Tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang puith dan halia, masak sehingga naik bau dan keperangan
2. Masukkan Isi ayam, bila agak masak tuangkan air.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam serta sup bunjut
4.Kemudian masukkan kentang serta lobak merah
5.Masukkan Udang basah
6. Akhir sekali masukkan brokoli
7. Hidang kan macaroni bersama-sama Sup Tomato ini beserta dengan daun sup dan bawang goreng

Inilah hasil dari resipi di atas..Sedap sangat








Comments

azi said…
Sedap ke Zu...kalau sedap terima kasih le...kalau tak..nanti kak pah masak yang lain ye..he..he..
ZurHeritage said…
Mesti la sedap.... nak cuba buat nnti