Thursday, January 20, 2011

Macaroni Goreng

Hari nie tiba giliran aku untuk masak pulak... lebihan bahan masakan semalam banyak lagi, so hari nie masak macaroni goreng aje la....Semua bahan dah ada kecuali cili kisar, lobak merah dengan bunga kubis, nasib baik mummy  Aishah bawa bahan-bahan tu, bole laa aku mulakan masakanku hari..... eeemm xsampai 15 minit pun dah siap dah macaroni goreng....Thanks to Puan Sharifah , Mummy Aishah and also Sally  coz helping me ..hehhehehe...

Nak tengok hasil masakan Aku, tengok ler kt bawah nie:







Simple aja simple macaroni goreng aku hari ni....

ni resipinya

Bahan-bahan

10 ulas Bawang Putih
Cili Kisar
5 camca besar Tomato Puri
Lobak Merah di potong kiub
Bunga Kobis
Udang basah
Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula
Daun sup
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
2. Masukkan cili kisar dan tomato sup dan masak sehingga naik minyak
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, dan masukkan kiub pati ayam
4. Setelah itu, masukkan udang basah dan bunga kobis
5. Masukkan macaroni sehingga sebati dengan kuah
6. Kemudian masukkan lobak merah , dan akhir sekali masukkan daun sup.
7. Siap untuk dihidangkan.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...