BEGEDILKU

15 Januari 2011

Macam biase la,pagi nie aku bangun awal dari semalam... pukul 4.00pgi dah bangun.. semalam aku dah prepair barang utk mak ngan aku buat kuih..memandangkan hari ni, cuti aku bangun awal utk buat kuih-kuih aku, awal dari selalu. Hari nie mak aku mintak aku wat extra kuih ketayap.. katenya ramai pelanggan hari ni, so aku xpayah laa nk pi execise  coz ari nie byk aktiviti melenggang ketayapp..hehehehehehe..... aku ni merapu lakkk....maka siaplah kuih satu persatu, mula-mula kuih ketayap,kemudian kuih badak, kuih cara,kuih lompang, kuih kacang,burger malaysia dengan kuih donut.. dijamin sedap.eeeeeeemmm....perasan sedap plak aku..tp mmg tidak dinafikan lagi kesedapannya pun...kalo x, xdelaa ramai peminat...plan aku nk wat frozen utk semua jenis kuih..insyaAllahh..sekarang pun aku dengan mak dah mula buat frozen untuk donut..Di Pejabat aku pun ada permintaan untuk frozen kuih kacang dan onde-onde...opss melalut pulak....selesai aje buat kuih, aku nk rest laa dlm bilik, tiba..tut..tut..tuut..tuuuutt... Hp ku berbunyi, aku tengok ade org call aku, rupenye puan Sharifah Noor Azimah rakan sekerja ku yang call, dia minta resepi BEGEDIL yang aku buat utk soto yg selalu aku buat untuk staff Bengkel..tp aku tak nafikan memang sedap..hihihiihih....... aku nieee.... untuk Puan Sharifah Noor Azimah(Kakakku) untukmu ku persembahkan resipi BEGEDIL istimewa buatan Adik zue mu..hehehehehe

Bahan-bahan

6 Biji Ubi Kentang
3 ketul isi Ayam  dan dicincang/Daging Cincang
Lada Hitam
Cili Padi
Daun Sup dan Daun Bawang
Bawang Gorang
Telur
Sedikit Tepung Gandum
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Rebuskan ubi kentang yang telah dikupas kulitnya bersama-sama dengan sedikit garam
2. Setelah empuk ubi tersebut, kemudian lecekkan ubi tersebut.
3. Kemudian masukkan, sedikit tepung, Ayam cincang,cili padi,Daun sup & Daun Bawang,   Bawang Goreng dan Gaulkan.
4.Setelah rata kesemua bahan masukkan lada hitam, terpulang kepada anda, sekira ada sukakan pedas bolehlah banyakkan lada hitam.
5. Setelah itu bentukkan adunan BERGEDIL tersebut.
6. Setelah dibentuk celup ke dalam telur yang telah dipukul
7. Kemudian gorengnya sehingga masak.


BEGEDILKU


Comments

azi said…
Zu..Begedil yang zu buat sedap..ngapa bila Kak Pah buat tak rasa macam tu...hu..hu...