Tuesday, November 30, 2010

RESIPI KUIH MUIH TRADISIONAL

eeem malam ni tergerak lak hati masukkn beberapa resipi kuih muih tradisional.  Resipi-resipi kuih ni bukan saja mudah malahan sedap lagi dimakan. Kalau tidak kita yang memelihara kuih muih tradisional kite ni, sape lgi..di sini Zur sediakan beberapa resipi kuih muih utk pengunjung blog Zur ni..



Abok-abok Sagu
Bahan-Bahan:
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
2 tsp rata garam halus
Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya
Cara:
1 Basuh sagu biji.Tapis & biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.
Tambahan:
Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya.


Badak Berendam
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.


Tepung Pelita
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 ½ cawan santan pekat
5 cawan air panas
½ cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)
Cara:
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.




Buah Melaka Special
Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

1 comment:

cik hani said...

Thanks for the resepi..leh try nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...