Saturday, April 14, 2012

Kek Buah Bakar

Assalamualaikum....
Cubaan kedua aku buat kek buah kali ni menjadi, Alhamdulillah. Sebelum ni, aku ada juga buat  Kek Buah, rasa Kek Buah, tapi Buah-buahan abih tenggelam ke dasar Kek ..  tak cantik langsung tau, resipi ni aku blajaq kat akak kat opis tu kire2 tahun 2010, penah buat mase raya, lepas tak jadi, aku dah tak buat Kek Buah. 

Tapi kali ni, aku mencuba sekali lagi, mintak lagi tips kat akak tu, napa akunye buah abih merudum ke bawah, sedangkan cara dah sama, aku ikut satu demi persatu langkah yang akak sal tu kasi, tak tau la kenapa... aku memang peminat  kek buah ni, berbanding kek2 lain. 

Kalau ade orang jual kek buah mesti beli, tapi aku dah jatuh cinta dengan kek buah kak sal, dia pun selalu bawak mai kat opis kek buah..heheeh akulaa orang FIRST die offer Kek Buah ni, sampai abis laa aku makan ..hehheheh sodaapp..that's why aku mintak resipi Kek ni dari die....  First Trial tak berjaya, yang kedua.. SUKSES... yeehaaaaaaa....

Yahoooo... buah-buah berselerakan, tak merudum jatuh, bestnyeeeee..
Pujian untuk Aku..hihiihii..Puji diri sendiri lagi..

Sumber : Kak Sal BDSP


Bahan-Bahan
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap.
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat


Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukkan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut.
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.

Siap untuk di bakar
Siap Sudah, tunggu nak makan saja

Nota: Buat kek tu semalam, hari ni.. hehhehe abis sudaaa..ramai peminat kek buah kt umah ni, siap aku buat 2 biji extra untuk aku kasi kat adik dengan adik iparku.


Friday, April 13, 2012

Roti John Ala ZH

Assalamulaikum...
Dah lama betul xmakan Roti John, last makan RJ mase puasa last year. Teringin pulak nak memakan RJ. So semalam aku decide nak buat sendiri RJ. Lepas je balik keje, trus la singgah jap kt Tesco beli barang2 buat RJ, pusing mau 1 jam nk beli bhn buat RJ je tu..heeheehh banyak cuci mata  je tu. tapi yang ralat nye, punyer la lama aku p, terlupa jgak nk beli Mayonis dgn black pepper sos,, eeemm nampaknye dah makin tua aku ni, makin lupa lakk,, mase mula nak pi tesco punyer laa ingt nk beli ape, tp sebaliknyaa.. dah blik umah bru teringat.. aku ingat nak cancel buat, tpi mak nak makan jugak, so aku mintak laa, ikhsan atun untuk belikan barang2 tu, Alhamdulillah dia belikan, tetapi mood aku plak tetiba hilang nak buat, tapi rasa kesian plak kat Atun, penat2 die belikan barang tu, so aku pun buangkan laa sindrom M aku tu, kuatkan semangat, ceewahhh macam berat aje nak buat RJ tu.. padahal mudah aje, dh sindrom M datang, kadang2 yg ringkas pun xnak buat....


RJ Ala ZH
Bahan2
3 keping daging burger yang di cincang2
Telur 4 biji
Roti 5 biji- aku guna roti hotdognyer- di potong dibahagian tengah, jangan sampai putus.
1 camca besar serbuk kari ayam 
1 labu  bawang merah
Sedikit garam
Sos Black pepper
Sos Cili
Mayonis
sedikit minyak


Cara2
1. Pecahkan telur ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk kari dan garam kacau sehingga sebati.
2. Masukkan  daging Burger yang dicincang tadi serta hirisan bawang merah. biarkan seketika
3. Panaskan kuali, tuangkan beberapa sudu bancuhan telur tadi, dan kemudian  buka roti dan letakkan ke atas bancuhan telur tdi, biarkan sehingga  masak. Bolelah la diangkat dan diletakkan Mayonis, Black Pepper Sos dan Sos cili. Siap untuk dimakan.


letak banyak sos n Mayo lagi sedapp... eemm yummy222

P.s: Korang Ignore ye bahagian yang agak hangit kt pic tu, bukan hangit cume terlebih masak,, hehehehehe, yang pasti sedap . 

Thursday, April 5, 2012

Lagi lagi Pauuu....



Ayat yang paling membosankan yang aku dengar sepanjang minggu lepas.... mentang2 la aku baru dapat resipi mudah Pau yang gebu, lembut dari akak kat opis tu.... trus sepanjang minggu buat pau , g opis pun diorng buat pau, balik rumah pun buat pau... hellooo..... muka aku ni pun dah makin serupa dengan pau yang kembang gebu... sebelum ni , akak kat opis dah penah ajaq tapi aku xambik port sangat, tapi tetiba mood nak menge'PAU' semakin berkobar-kobar. First trial = Fail, adunan cantik, tapi disebabkan salah pendengaran masa menunggu kembang..kui22..kembang giler, pastu lpas je kukus.. turun rapat hingga nampak inti.. kui22.... tersalah dengar info laa plak... rupanya dalm 20 ke 1/2 jam, aku tunggu sampai ke 1 jam.. mak aiihhh... hehehe... aku tak putus asa, aku buat lagi ke 2, Alhamdulillah SUKSES, berjaya membuat pau kampung yang gebu dan lembut..... waaaweeee, best giler.. Pujian untuk diri sendri.. COZ XDE YANG NAK PUJI, AKU PUJI LAA DIRI SENDIRI..., aku buat pau inti kacang merah yang aku beli kat kedai bakery.. lagi laa sedap... Abah siap puji kata sedap, leh wat niaga ni.. hahahahha busines minded laa abah aku ni....Abah punyer laa suka, awal pagi dah kukus semula pau lebihan malam yang aku buat tu......lepas ni abah request pau inti kelapa plak.. ..ABAH next time plak eekk..bukan ape, pau yang akak kak kat opis buat inti kelapa dah jemu chek ni dengan pau... kire dalam seminggu 2 kali buat pauu.... tu xtermasuk kat umah.. aduhh .. lagi-lagi pauuu. Pau yang aku buat ni, pau kampung jaa... xde guna tepung pau , so tekstur die xdela macam PAU NUSANTARA atau sewaktu dengan nya. Tapi aku jamin memang gebu dan lembut.

Kat bawah ni Resipi Mudah Pau
Jom Follow

Sumber: Kak Sal BDSP

30 biji-ikut saiz yang kite suke

Resipi Kulit Pau
500g tepung gandum
1/2 paket  yis kering- dicampur dengan 1/2cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 camca kecil garam
air secukupnya

cara2nya
1.Campurkan tepung, minyak, garam dan gaulkan
2. Masukkan yis yang telah dicampurkan air, adun seketika
3. Masukkan air secukupnya, adun sehingga adunan tepung tidak melekat  di tangan anda.


Dalamnye lembut dan gebu sangat

Bahan untuk Inti

1 biji kelapa parut ambil putih sahaja atau kelapa muda
2 cawan Gula merah
1 senduk gula putih, kalo xsuke manis, anda bole kurangkan
Secubit garam
1 camca besar tepung gandum

Cara Membuat Inti

1.Masukkan Kelapa parut ke dalam periuk beserta dengan gula merah, gula putih dan secubit garam.
2.Masakkan dengan api yang agak kuat pada awalnya, selepas agak kering, masak dengan api yang sederhana pula dan masukkan tepung gandum, kacau sehingga kering.
Masih dalam periuk pengukus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...