Friday, December 23, 2011

Terung Goreng Pedas

Sekali lagi aku meng"Upload"kan resepi mudah, tetapi sedap, aku salah seorang pengemar terung, tambahan pula masak sambal terung letak dengan udang kering. Tapi kali ni, aku nak Upload resepi Terung Goreng Pedas kegemaran cik atun(my adik). Si atun ni kalo xde lauk lain pun xpe, asalkan ade terung  Satu lagi kegemaran die bendi, buat la masakan ape pun  asal ade bendi die xperlukan lauk lain, kalo aku tengok bendi xberape nak minat, tp kalo peria.. is number one in my heart..hahahahhaha..Ok kt bawah ni resipi mudahnye... Jom Follow..


Bahan2
Terung dihiris mennyerong secara berselang seli
Ikan bilis- ikut banyak mana yang kite suke
1 labu bawang besar dipotong nipis
7 biji cili padi dipotong nipis
Minyak untuk menumis
Bahan perasa dan garam secukup rase

Cara2
- Tuangkan minyak ke dalam kuali, setelah panas tumiskan  bawang besar , ikan bilis dan cili padi sehingga laju.
- Kemudian masukkan terung , garam dan bahan perasa.
- Tutup kuali  agar terung cepat masak.
- Bila sudah masak bolehla dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA

Thursday, December 22, 2011

Ayam Masak Halia

uuiii lamanya xupdate pasal masak-masak ni. Sekarang ni dah xsempat nak masak sangat, dan xsempat nak attend class, rase2 next year aku kena luangkan lebih masa kat masak ni. Hari ni aku nak update satu masakan yang simple, but sedap... tapi bagi yang dah terror mesti cakap pejam mata je dah boleh buat..hihihihiihi......

Bahan2
Hirisan isi ayam-kuantiti terpulang kepada kehendak
2 inci halia
5 ulas Bawang Putih
5 camca besar Sos Tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit air
11/2 camca besar tepung jagung untuk memekatkan kuah
10 biji cili padi dibelah dua
secukup rasa garam.

Cara2
1. Letakkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih serta halia, biar seketika kemudian masukkan sos tiram.
2. Selepas tu masukkan sedikit air dan kemudian diikut dengan hirisan isi ayam, dan secubit garam, biarkan ayam empuk, tidak perlu masak terlalu lama.
3. Masukkan hirisan cili padi , biarkan cili layu, dan kemudian bancuh tepung jangung dengan air dan masukkan ke dalam ayam tadi, biar seketika dan boleh la diangkat dan dihidangkan.


.

Saturday, December 17, 2011

@ VM tengok Mission Imposibble: Ghost Protocol


Dah lama x tengok wayang.... lepas ja balik dari kenduri kawan aku, Pn. Zana Rasdi.. terus jaaa tengok wayang @ Village Mall.. Best jugak, last movie aku tengok dengan Kak Zira, kitorang tengok cite Ong Bak.. Petang tadi aku dengan Ain tengok cite Mission Impossible:Ghost Protocol.. Seriously Best giler, coz dah lama aku xtengok wayang  dan xsempat aku nak tertido dalam panggung, selalu kalo cite boring aku mesti terlelap, so kire cite ni best laa .....Rasa letih sangat la.. rase2 esok baru leh update majlis perkahwinan member baikku Pn.Zana Rasdi....

Wednesday, December 14, 2011

Kejohanan Bowling BDSP

Abis sakit urat kaki, betis dan lengan dek kerana kejohanan Bowling ..Maklumla pakai main baling jaa x warm up langsung... pastu baru kena padahnye, mau 2,3 hari jugak sakit urat ni.nak duduk sakit, bila dah duduk nak bangun plak sakit. aduyaaiii...muda2 dah sakit urat. Walaupun sakit2 best jugak, dah lama x baling..hihihihii..... last aku main bowling masa lawan Inter jabatan Kerajaan. 

Trofi cenderahati yang aku dapat
ni pulak hamper yang aku dapat..hihihihi dapat no.13... 
dengan rakan sepejuangan BDSP

Nota Kaki: Warm Up dulu sebelum melakukan aktiviti sukan.

Saturday, December 3, 2011

Nasi campur @ Singgahsana Restaurant(Sabah)

Teringat Nasi campur kat restoran ni, kat restoran ni laa baru ku jumpa makanan yang menepati citarasa, baru jumpa makanan yang pedas2.... Ni pun last day kat sana baru jumpa restoran ni... aku ambik lauk simple jaa, ayam goreng, sayur kangkungn ulam bendi  dengan kuah asam pedas tumis, sedap sangat...


Aku mengegarkan 1 Tanjung Aru..

hehehheheheh... Tanjung Aru Bergegar? betul ke?

dek kerana tuan blog ni (aku yang oversized bole melompat), melompat tinggii ... hihihihi tinggi ke lompatan tu? 
uuiiii ... Chaiyok2....

Percubaan Pertama


percubaan pertama gagal....

yahoo berjaya jugak, sukses..hahahahaha
usaha tangga kejayaan.. xkira kite oversize ke? tetap boleh... YAKIN BOLEH...

P/S: walaupun xlompat tinggi bole laa tu kan..hihihihihhi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...