Thursday, August 29, 2013

Testimonial Customer

Salaam...
ahaaaaaa... Entry macam hebat benar ajekn.. 
Alhamdulillah sebelum ni, Zur xpernah pun bukak booking order guna fb, ape2 pun melalui blog x pun dekat mudah.com je.. tetiba saja nk bukak order kt fb, sambutan Alhamdulillah sangat2 memberansangkn, ramai yang order ... ade yang order dalam kuantiti besar , tpi agak menyedihkan Zur xdapat menerima tempahan tersebut kerana kekangan masa, maklumlah, niaga partime  keje 8 - 5 ptg, so malam je la yg free... InsyaAllah jika diizinkanNya, semua akan menjadi fulltime,..kat bawah ni adela 2 testimonial pelanggan kat fb Zur....



Saturday, August 17, 2013

Tempahan Choc Moist Cupcake Raya Ketiga

Salam
Tempahan 300 biji Choc Moist cupcake size M dari pelanggan dari Jitra untuk raya ketiga.
Terima kasih kerana sudi menempah dari Zurheritage.



Friday, August 16, 2013

Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Lahir ADAM

Salam semua....
Pada 11.8.2013 bersamaan 4 Syawal 1434H Zur sekeluarga telah mengadakan Majlis Rumah  terbuka bersama-sama dengan majlis sambutan hari lahir Adam yang pertama. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, ramai betul tetamu yang datang memeriahkan majlis rumah terbuka kami yang bermula dari pukul 12.00tghri sehingga pukul 7.00 mlm. Terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami ini.. Mak dengan abah tak menang tangan melayan tetamu yang hadir...Terima kasih jugak kepada saudara mara yang jauh datang berkunjung ke rumah kami, semoga hubungan silaturahim sesama kita semakin erat. Buat sahabat ku, Mas Ibrahim thanks sudi datang walapun tak sihat. 

Di bawah ni, gambar sekitar majlis rumah terbuka kami




Suke betul  dapat menikmati ais krim Malaysia


Tetamu kami sedang menikmati Sheped Pie dengan Spageti bakar




Antara Hidangan Kami pada hari tersebut
1. Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Timun
2. Laksa Lemak
3. Sate Ayam 500 cucuk
4.Nasi Impit dengan Kuah Kacang
5. Nasi Impit dengan Kuah Lodeh bersama dengan Sambal Manis Ikan Bilis
6.Ketupat Palas dengan Rendang Ayam
7. Spagetti Bakar
8. Sheperd Pie
9. Puding Koktail
10. Tiramisu
11. Strawberry Cheese Tart
12. Choc Moist Cupcake
13. Ais krim Malaysia : Perisa Asam Boi Merah, Asam Boi Putih,Keladi, Bandung dan Laici
14. Gula-gula & Jajan
15. Kuih Raya dan Kerepek
16. Kek Harijadi 
17. Minuman : Sejuk - Air Anggur , Panas - Air Kopi








Dalam pukul 2.00 ptg pula, Sambutan Hari Lahir Adam yang pertama dimulakan dengan acara memotong kek hari jadi.. ikut perancangan asal, Zur yang akan siapkan kek birthday tu, tapi sebab kekangan masa, Mak long Adam ni terpaksa lah mintak ayah dengan dengan Ibu Adam aje yang belikan..Mak long tak sempat nak buatkan untuk Adam.. Maybe next year, maklong akan try buat...  Korang tengok kek Adam tahun nii.. hihihihi GANGNAM STYLE lagi.. Budak-budak punya laa suka tengok kek tu, tambahan pula diorang dapat bawak balik belon yang kami sediakan(mestila diorang sukakan)... Mood Zur heppi sangat bila tengok tetamu kecil gembira...

heheheheh kek birthday Adam.. Gangnam Style nyer
Adam dah bersiap sedia nak potong kek
Yeaayyy Adam dah potong kek
Ibu dan Adam  selesai sudah memotong kek.. Adam posing jap ngadap camera mak ngah

Tuesday, August 13, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga
Maaf Zahir Dan Batin


Tempahan Kuih raya 2013

Salam semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Lama xupdate blog, dah sebulan rasanya, baru hari ni, berkesempatan nak update...
Memang super Bz, bermula 10 Ramadhan sehingga 4 Syawal.. Alhamdulillah rezeki tahun ni  sampai ke 3 Syawal masih di dapur.... Thanks to my Adik Manja coz menjadi Assistant yang terbaik...Semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang, cuma tak sempat nak capture picture hasil jualan...

Antara Pic yang sempat  di SNAP kan.













Psst: ada banyak lagi benda nak cerita ni, sambung entry lain la plak yeee....te
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...