Monday, January 28, 2013

Doorgift Muffin

Anda memerlukan sesuatu untuk dijadikan buah tangan untuk para tetamu....
ZurHeritage akan membantu anda dalam menjayakan Majlis keraikan anda....
Kini ZH membuka tempahan doorgift aneka muffin untuk diberikan kepada tetamu anda.....

Antara mufin yang kami tawarkan adalah seperti berikut:
 Chocolate chips
 Vanilla
Marble
Banana
Blueberry
Strawbery
Pandan

PM ke e mail saya zurheritage@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan doorgift. 

Harga untuk Mufin
Cup S - Rm 1.00
Cup M - Rm 1.40
Cup L -  Rm 1.80



 Contoh Packging untuk 1 biji Muffin.
 Contoh Packaging untuk 10 biji muffin saiz S. Minimum order 10 pack,setiap 1 pack mengandungi 10 biji  aneka muffin. Sesuai untuk dijadikan buah tangan.

Saturday, January 5, 2013

Nasi Ayam buat Mak Abah Tersayang

Salam Semua..rasanya belum terlambat utk aku ucapkan selamat tahun baru kepada rakan2 blogger sekalian... Ini N3 pembuka tirai untuk tahun baru 2013. Request dari mak yang nun jauh di Kuala Lumpur,tapi akan sampai ke rumah pada petang ni..yeaahhhh syoknya, rindu kat mak  ngan abah ni. Diorang balik kejap je, disebabkan masalah yang xdapat dielakkan, mungkin esok atau lusa akan balik KL balik. Takpe laa kejap pun xpe,asalkan masalah ni settle hihihihii......
Sumber :Zurheritage
Resipi Nasi Ayam
Bahan-bahan Nasi
2 pot beras Basmathi
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
11/2 inci halia*
2 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
2 camca besar minyak sapi
air rebusan stok secukupnya
2 batangserai di ketuk
bahan bertanda * perlu dikisar

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi , bila minyak sapi mula mencair tumiskan rempah 4 sekawan.
2. Setelah naik bau, masukkan bahan kisar dan serai.
3. Bila bahan kisar mula kuning kekemasan, masukkan beras, goreng sebentar bersama-sama  bahan kisar dan rempah tadi.
4. Masukkan air stok ayam dan bolehlah dipindahkan ke  dalam rice cooker.

Ayam Panggang lada hitam

Bahan-bahan
Stok
1 ekor ayam
2 inci halia
1 kiub pati ayam
3 biji bunga lawang 
2 batang kulit kayu manis
sedikit serbuk kunyit
secukup rasa garam

Cara.
Masukkan semua kecuali garam dan renehkan dan kemudian masukkan garam. Angkat ayam terlebih dahulu, jangan terlalu lama, takut ayam keras sangat nanti.

Sos ayam panggang
5 camca besar sos tiram
3 camca besar lada hitam
sedikit madu
secukup rasa garam
sedikit serbuk paprika

Caranya.
Masukkan kesemua bahan sos panggang dan digaulkan dengan Ayam yang diangkat tadi, perak dalam setengah jam, dan bolehlah dipanggang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...