Friday, June 29, 2012

Kelapa Nan Sebatang


Salam Jumaat,
 Hari ni aku nak publish semua draft yang tertangguh penerbitannya. Kali ni, nak upload skit gambar kelapa Nan Sebatang yang ditaman di kebun kami, di Kampung Sungai Jagung. Hasil penanaman abahku yang suka berkebun. Tu la kata berbudi kepada tanah,tengok hasilnya, makk aiiihhhh sampai jenuh kami sekeluarga minum air kelapa muda. Untuk pengetahuan semua, setandan pokok kelapa ni, ade laaa sampai 15 hingga 18 biji, sampai terlentor laa tandannya...Picture ni, abah yang capture guna mobile phone je.. so quality xdela ok sangat, air kelapa die sedap sangat tau, manis bersari. Tambahan pulak letak dalam fridge, walaaaweiii...sedap xingatt..... 

Banyakkan buahnya...

Siap jugak tempahan

Salam Jumaat
N3 ni sambungan dari entry lepas, yang mana , aku kan kata badan aku xberapa nak sihat. Alhamdulillah diberikanNya kekuatan untuk menyiapkan cookies nie. Aku bersyukur sangat, diberi kekuatan olehNya untuk menyiapkkan semua ni. Hari rabu tu, struggle ckit berdepan dengan sakit badan dengan keadaan yg mengantuk sangat, iyela lepas2 kerje terus ja ke dapur, thanks to adik coz tolong aku. Sempat siapkan Crust. Kat bawah ni, pic crust yg sempat aku capture.


dah siap packing, tunggu customer mai ambik.
Hari ni, aku dok buat preparation untuk tempahan untuk doorgift cookies plak....untuk kawan adik aku plak.Nanti aku update plak, next order k.

Tuesday, June 26, 2012

Kek Lapis Chesse Nestum

Salam semua.... 
Lama betul xupdate resipi dalam blog aku ni, rindu jgak nak letak resipi, tapi asyik tertangguh aje.  Bila nak update ade je yang masalah, pc kt umah dok buat hal laa plak, aduhai  macam2 la... semakin jauh la aku dari internet ni, tapi nasib baik Adik Manja balik dari UPM  cuti 3 bulan. 

Baru semalam dia sampai, siap die perli aku, xsabar nak jumpa die ka, atau xsabar nak jumpa Laptop die... dah tentula xsabar nak jumpa adik manja, mintak2 laa boleh spent time kat die,  dah ada teman utk berjalan-jalan, dan yang paling penting, aku dah ade pekerja utk siapkan tempahan biskut aku..yahoooo.....upah kautim kemudian  yerr... tak pun, adik tolong ikhlas kann..hihihihihih... isshhh ambik kesempatan tu, tenggok laa nanti k...sepatutnya adik manja aku ni kena praktikal cuti ni, tpi die prefer nak praktikal akhir semester depan, Mak aku syok ler, bukan ape coz ade adik, boleh tolong mak berniaga untuk bulan pose ni, siap mak aku kata, adik praktikal dengan mak la ye..hihihihih....adik mesti nak punyekan..r...don't shy2 cat k....

Aku baru je recover dari demam, aaiii asyik demam ja ni, dah laa ada tempahan cheese tart untuk hari khamis ni, xbuat pastry lagi ni,, aduhhh, bila nk buat ni, semalam aku MC ingat larat la nak buat, bawak keluar butter ..tup2..badan rasa xlarat ni, bawak masuk balik dalam fridge... Semoga Allah memberikan ku kekuatan untuk siapkan tempahan ni. Minggu depan aku kena siapkan Tempahan doorgift yang kawan adik aku tempah.  Masa aku MC semalam sahabat aku kol, ada la nak  story mory kt aku, dia ingat aku keje, die agak terkejut bila dengar aku demam lgi, siap dia kata aku ni workholic sgt..hahahahah, mau nk gelak terbahak2 aku dngar, macam la workholic sgt, xde pun workholic, kuat tido adala ,,, hahahhaha...Anyway,thanks for your concern my dear friend.  

Wow tersasar jauh dari objektif asal iaitu utk memasukkan resipi. Kali ni, Aku nak upload resipi Kek lapi Chesse Nestum, resipi ni aku ambik kat majalah Rasa tahun lepas, sempat salin dalam Buku koleksi resipi aku, cuma sampai sekarang cari majalah tu xjumpa, kat mana la aku letak majalah RASA tu, eemm nasib baik aku sempat copy, sedap tau kek lapis ni(tapi aku ni tak suka sangat makanan2 yang berasaskan Chesse ni, buat bole la), siap ada rakan opis aku tempah kek lapis ni,aku betul2 tolak nak buat kek ni aku kata senang je nak buat, siap aku bagi resipi kat die, kata akak ni nak bagi kat kawan die, siap dok Pls...Plss..Plss kat aku, rasa tak sampai hati laa pulak, buat laa jugak... Ok kt bawah ni resipi nye k....Jom Follo
Kek Lapis Chesse Nestum
sumber : Majalah Rasa

Bahan-bahan:
500gm Cream Cheese
400gm biskut keju- aku guna biskut marie, coklat dan original
1/2 tin susu pekat
300gm Nestum
500 ml susu cair


Cara:
1. Pukul krim keju sehingga kembang
2. Masukkan susu pekat manis, pukul sehingga sebati,
3.Celupkan biskut ke dalam susu cair yg dipanaskan(sekejap aje), susunkan ke dalam loyang
4. Tuangkan adunan krim chesse dan ratakan dia atas permukaan biskut tadi, 
5.Kemudian taburkan nestum di atas permukaan krim chesse yang telah di ratakan.
6.Ulang proses sehingga adunan habis.
7. Kisarkan lebihan biskut marie, taburkan dipermukaan krim cheese yang paling atas.



Sunday, June 3, 2012

Tempahan Doorgift Choc Moist Cupcake

Assalamualaikum...
Agak lama rasanya xupdate Blog aku ni, sangat bz dengan tempahan Doorgift untuk sepanjang minggu cuti persekolahan A.K.A minggu2 orang yang nak mendirikan Masjid. Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakanNya, tak putus2 sampaikan aku sekarang dalam MODE : Tengah demam. Terima Kasih kepada para pelangganku yang sentiasa meyakini Produkku... Harap Anda semua berpuas hati dengan Doorgift yang telah saya siapkan. Terima Kasih yang tidak terhingga jugak buat Mak n Abah coz membantuku, aku dah tender  Abah untuk packing  Choc Moist ni ke dalam kotak. Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah Choc Moist untuk dijadikan Doorgit bolehlah menghubungi saya Zur:019-4771408.


Meh kite cuci mata ckit, tengok Choc Moist Cupcake 

korang ignore ye, sepah2 kat belakang tu eek.

 kita zoom ckit Choc Moist Cupcake ni.... creamy dan sangat2 moist





p.s: Kepada pelanggan cookies ZurHeritage,  diharap bersabar yer, tak lama lagi tempahan cookies akan dibuka berserta dengan tester nye sekali. Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...