Saturday, January 28, 2012

Tempahan Mini Choc moist Cupcake

28 Januari2012  aku menerima tempahan untuk Mini Choc Moist Cupcake. Alhamdulillah sume settle dalam pukul 4 pagi. Aku sempat wrapping choc moist cupcake untuk dijadikan barang hantaran, yang selebihnya untuk dimakan. Kepada yang berminat bole call zu utk order ..019-4771408

selepas di piping coklat dan ditabur coklat urai
untuk pek kecil ini dijual dengan harga RM 1.60 - setiap pek ada 4 biji mini cupcakes
Baru selesai packing dalam kotak untuk wat hantaran
ni rupenye hantaran mini choc moist
Minimum order utk mini cupcake ni 100 biji- RM40.00

Tuesday, January 24, 2012

Menu Lunch yang simple

Lunch hari ni masak yang simple2 jee....dengan bantuan adik bongsu ku, jap je dah siap.... TERIMA KASIH ADIK.... Menu hari ni, Sambal Tumis Ikan Tongkol, Sayur Campur, Cendawan masak tiram berkunyit dengan ikan kembong goreng. Kat bawah menu2nya.... Jom cuci mata kt bawah ni....




Muffin Blueberry

Planning buat Muffin bluberry ni dari semalam lagi, tapi xjadi buat, so ari ni, aku bulatkan tekad utk buatkan muffin bluberri utk dijadikan breakfast pagi ni. Aku gunakan muffin blueberri instant mix yang menyenangkan aku, cuma aku tambah filling blueberri je ...heehhhe... pejam je mata dh siapp... tadaaa....... siap jgak mufin ku ni..... mak aku ni suke betull... dah 4 cup mufin mak makan, kire sedap laa jgak walaupun instant mix..... menu bfast hari ni, mufin dengan cekodok mak bikin, sedappp ooooooo........ cekodok yang paling sedap aku rase.hihiihhi... biasela, xde mkanan sesedap makanan ibu.....



Thursday, January 19, 2012

Tempahan Hamper Tahun Baru Cina

Baru dapat menghelakan nafas lega, aku baru selesai menyiapkan Mini Hamper  CNY  yang telah di tempah oleh Puan Anum..... dari Sungai Dua,Pulau Pinang. Alhamdulillah, aku dapat menyiapkan tempahan mengikut masa yang ditetapkan, walaupun  dalam masa 2 hari je... 
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah Mini Hamper untuk ape2 Ocassion bole lah menghubungi saya Zu- 019-4771408 atau emailkan di zircon_aanz@yahoo.com.

 


Mini Hamper yang sudah di packing


Telah siap untuk dihantar ke Sg.Dua

Tuesday, January 17, 2012

Doorgift di Sungai Petani

Anda memerlukan Doorgift untuk diberikan kepada Tetamu?
Kini di Zurheritage, kami  menerima tempahan Doorgift comel utk diberikan pada tetamu.


Antara produk2 kami adalah seperti :-
Mini Choc Chips RM 1.40 8pcs
Mini Cornflakes Cookies Crunchy RM 1.40 - 8pcs
Choc Moist Cupcake RM 1.60
Puding  Laici RM 0.70
Apom Polka Dot- bole request colour.. RM 30.00 unutk 100 biji
Filling pun bole request: blueberry, strawberry, coklat, peanut butter, red bean dan kaya.
Cheese Tart 1 pcs RM 0.90 saiz sederhana, RM 0.50 saiz kecil
Filling blueberry, strawberry,orange n chocolate.
minimum order: untuk RM 0.90- 50 biji
untuk RM 0.50 - 100 biji

Monday, January 9, 2012

Seronoknye hati ade peminat setia Blog ni.. Sain Ambo ore Klate..hihihih

Seronoknye hati ambo bilo, ado peminat setia yang minat dok baco blog ambo ni setiap ari.. dio kato dok minat  tengok ambo dok masok, sampai ambo buat dio kecur air lior.. hihihiih.. xpo buat peminat setia yang ambo kasihi, nanti ambo buat apo demo tringin nok make tu... cumo loo ni, ambo bz ckit jaahh.. ado maso ambo masok ke demo la...
Noh kawe hadiah  special cake ko demo... demo suko x?
OK TAK LOGHAT KELATE SAYA.. 
ORG KEDAH CAKAP KELANTAN

Buncis Goreng berUdang

Semalam lepas siapkan biskut dalam kul 4 pagi, aku godek2 la folder masakan aku dalam PC ni jap,  tetiba tertinggal satu masakan yang belum aku uploadkan ke dalam Blog aku.. Satu lagi resipi mudah buat kengkawang yang rase2 malas sangat nak masak. Senang dan gerenti sedap, mau xsedap, jenuh dengan Udang, tapi udang tu, aku hanya buang bahagian kepalaa  je...

Bahan yang diperlukan hanya :
Kacang Buncis di potong nyerong
Udang saiz sederhana, kecik pun ok jgak
serbuk kunyit 
1 labu bawang besar untuk menumis
7 biji cili padi dipotong dua
minyak untuk mengoreng
1/2 kiub pati ayam 
garam secukup rasa

Cara-cara:
- gaulkan terlebih dahulu udang dengan kunyit dan sedikit garam
-tuangkan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu
- setelah layu masukkan kacang buncis dan tudungkan kuali sebentar kemudian masukkan kiub pati ayam dan cili padi.
-Kemudian Masukkan udang yang telah digaulkan dengan kunyit tadi, masak sekejap  aje. Dan siap untuk dihidangkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...