Wednesday, December 26, 2012

Kuey Teow Goreng Udang Kering

Salam selamat malam, makan malam hari simple jee.. ingat nak buat Char Kuey Teow, dok tunggu udang yang baru dikeluarkan dalam freezer  xlembut2... Lastly, cari je udang kering bagi menggantikan udang segar,maka terhasillah koey teow goreng udang kering, dinner aku dengan Atun malam ni, yang penting rasanya, sedap sangat kalahkan rasa udang segar tu..hehehehhe..ayat nak coverline ni...  kot2 ada yang nak cuba buat, bolehlah mencuba, hahhaha kot-kot ada yang bosan dengan udang segar.. ade ke yg bosan ni ?

Bahan-bahan
1 paket kuey teow dicuci terlebih dulu
15 tangkai cili kering yg direbus dan dikisar halus
5 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 genggam udang kering, direndam seketika dan ditumbuk kasar
 kek ikan dihiris nipis
2 biji telur ayam
 secukupnya taugeh dan kucai
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
garam  dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
minyak untuk menumis

cara-caranya
1. Panaskan minyak , setelah minyak sudah panas, masukkan bawang putih
2. Bila bawang putih mula kuning keperangan, masukkan cili yang telah dikisar, biarkan cili masak terlebih dahulu
3.Setelah itu, masukkan gula dan garam, diikuti sos cili, kicap dan kiub pati ayam.
4. Biarkan seketika, selepas itu, bolehlah dimasukkan kek ikan serta kuey teow.
5. Sementara menunggu kuey teow masak, pukulkan telur dan tuangkan dikeliling  kuey teow dan  bila telurmula masak, bolehlah digaulkan dengan kuey teow .
6.Kemudian masukkan kucai dan taugeh, masak sekejap je. Boleh lah dihidangkan.

meh zoom ckit..hihihihih

Friday, December 21, 2012

Doorgift Chocolate chips Muffin

Salam..pagi ni just nak update order terbaru...
200 biji Muffin telah siap di "pickup"






Monday, December 17, 2012

Cendawan Kuning Pedas

Bahan-bahan
1 Paket Cendawan Tiram- buangkan bahagian bawahnya
10 biji bebola ikan- dipotong 2
1 keping kek ikan - dihiris nipis
6 biji cili padi
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar dimayang
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit kunyit
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili padi bersama-sama ikan bilis - jangan terlalu hancur
2. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas tumiskan bawang yang telah dimayang
3.Masukkan cili yang telah ditumbuk bersama-sama ikan bilis tadi,
4.Gaulkan cendawan tiram dengan serbuk kunyit. 
5. Masukkan cendawan, bebola ikan dan kek ikan.
6. Setelah itu, masukkan serbuk pati yam serta secukup rasa garam.
7. Bila cendawan mula melayu, boleh lah diangkat
8. Siap untuk dihidangkan

Sunday, December 16, 2012

Ayam Masak Sambal Hitam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam yang telah digoreng sebentar bersama dengan kunyit dan garam
15 tangkai cili kering yng telah direbus, dibuangkan bijinya
3biji bawang besar yang sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
secukup rasa gula & garam
sedikit kicap pekat
sedikit minyak
Ubi kentang- goreng dulu

Cara-caranya:
1.Kisarkan cili kering , bawang besar , bawang putih dan halia
2. Sementara itu, panaskan minyak, setelah panas, bolehlah dimasukkan bahan yang telah dikisarkan tadi
3.Masukkan gula, garam serta kiub ayam, biarkan seketika agar bahan kisar tadi masak
4. Masukkan ayam yang telah digorengkan , ubi kentang dan akhir sekali masukkan kicap pekat.
5. Masak sehingga kuah sambal sehingga memekat serta menyaluti ayam  dan kentang.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 15, 2012

Smoothie Strawberry

N3 yang lama sangat tertunggak ni, dok dalam folder draf jer, lagi 1 mood nak masukkan gambar strawberry smoothie ni kuraang, sbb gambar tak jadi.. tapi xpela, yang penting rasanya amatlaa marveles tauu... my mum fav.... miss u makk.....

 Hasil rembatan masa melawat ke Cameron baru-baru ni... eemm warnanya sungguh menggoda
 pilih jangan tak pilih cik zu
Plan asal nak buat strawbery cheese cake, disebabkan bz, serta mengelakkan buah strawbey jadi rosak, maka terhasil la smootie ni...

Bahan2
1 bekas buah Strawbery yang telah dibersihkan
1 cawan plain yogurt
2 cawan ais kiub
2 camca gula 
sedikit air

Cara:
Masukkan ke dalam Blender  semua bahan2 tersebut.kisar sehingga hancur.then siap laa....Senangkan?

Makan nie je laaa ....

Salam....
Mood aku sekarang rasa sunyi sangat bila Mak ngan Abah xde kat umah, kalo x, balik keje leh sembang ngan mak ngan abah..tpi bslik2 dok melayan tv xpun layan jer lappy... bosannyee.. nak tunggu atun blik keje, kul 10 bru sampai umahh..huhuhuhuhu bosan, xde org nk sembang, atun sampai2 je umah trus ja tido, esoknya, awal2 pagi dah kluar..huhuhuuhuh..... xpelaa, SABAR jela zu....Mood nak masak pun xbrape nak mari, masak pun xabis, iyeaa berdua aje nak  makan , bukan nk makan byk pun, aku masak yang ringkas2 ajelaaa.... 
Tapi kena masak jugak, makan kat kedai selalu JEMUUUUU.....
ni menu aku hari ni:
Masak 1 jenis lauk 1 jenis sayur cukup la tu kan?
Ayam Masak Sambal Hitam.. Favourite ni, mak suka sangat masak ayam ni

Sunday, November 25, 2012

Tutorial:Roti Sardin Gulung Ala Michelin

Salam
Permintaan dari Angah yang betul2 lama tertunggak, kesian kat dia, ngidam nak makan roti sardin gulung ni.. Angah siap bagi nama Roti Michelin, dia teringin sangat2 nak tau cara macam mana bole jadi macam Michelin tu.. Meh angah hari ni, aku bagi tutorial macam mana nak buat roti Sardin Gulung .


1. Sediakan roller Biskut Tart Gulung
2. Kukuskan roti selama 4 hingga 5 minit- aku prefer guna roti Gardenia.
3. Roll kan roller tadi di atas roti yang telah dikukus.
4. Setelah itu, diterbalikkan permukaan roti tersebut.
5. Letakkan inti sardin diatas permukan yang rata.
6. Mula untuk menggulung roti tersebut dan gamkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum yang dicampur dengan air.

Tadaaaa......
Dah siap gulung
Siap untuk digoreng
ni yang siap digoreng, xkan serap minyak tau, sebab kite dah kukus, bila goreng rapuh tau, kalo goreng pagi petang msih rapuh.. Ni resepi dari Kak Sal cuma aku modified skit inti dalam tu.

Resipi inti
2 biji kentang dipotong dadu
1 tin sardin
2 labu bawang besar dimayang
6 biji cili padi
sedikit garam
1/2 kiub pati bilis
limau nipis
sedikit minyak

cara
letakkan minyak ke dalam kuali sehingga panas
masukkan kentang, goreng sehingga kentang layu
masukkan sardin dan kuahnya
perahkan limau nipis dan masukkan garam dan kiub pati blis
bila dah mula mengering tutup api dan masukkan bawang besar yang dimayang beserta dengan cili padi.

Saturday, November 24, 2012

Sedapnya makan Laksam Kuah lemak


Selamat petang semua.....
Lebat betul hujan kat luar rumah ni, hujan-hujan macam ni makan laksam panas2 pulak, aduh sedap sangat....hari ni kira mood masak sudah mari wooo..hahaha.. iyelaa mau tak rajin, siap buat inti untuk sardin gulung, perasan pada diri sendiri,hihihi, buat kulit laksam lagi, kira kerajinan berganda ni... Laksam ni dah lama mak aku request, tapi dok tertangguh2 aja.. tapi hari ni, alhamdulillah rajin sangat, maklumla, xbz sgt dgn tempahan, dok goyang kaki je laa... aku guna  resipi kuah lemak Kak Pah, akak kat ofis . Resipi kak pah mesti laa marvelous, tu yang aku cedok resipi dia ni.. cuma aku guna kulit laksam, homemade n handmade maaa......Resipi asal kuah ni untuk dimakan dengan laksa, kira nama asalnya Laksa lemak versi kak pah... mintak izin naa.. anak murid derhaka cikit tukar versi yeerr makan kuah tu dengan kulit laksam.

Bahan-bahan 
4 cawan tepung beras
sedikit tepung gandum
 5 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak

 Cara

 1)Tepung beras dan tepung gandum  dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air suam.
2)Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam.
3)Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
4)Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg disapukan minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.
5)Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.
6)Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.
7)Angkat dan sejukan barulah digulung.

Resepi Kuah lemak
Bahan
1 kg ikan kembong- direbus dengan asam keping dan garam, dan dikisar halus
50 sen cili kering-direbus dan dikisar bersama dengan 3 labu bawang besar hingga lumat.
3 labu bawang besar
1/2 paket serbuk kari
suku kilo santan 
2,3 keping asam gelugur
segenggam daun kesom
2 batang bunga kantan
garam dan sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis
1 labu bawang merah dimayang
5 biji ulas bawang putih ,dimayang
2inci halia dimayang
2inci lengkuas dimayang

Caranya
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu, bila mula keperangan masukkan halia dan lengkuas.
2. Setelah itu, masukkan cili yang telah kisar tadi, masak sehingga naik minyak, kemudian masukkan rempah kari,masak sehingga rempah kari  masak.
3.Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar bersama2 air rebusan ikan serta asam gelugur.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, garam serta sedikit serbuk perasa. Bila kuah mula mengelegak masukkan santan . Biarkan seketika sehingga mengelegak dan tutup api.

Thursday, November 15, 2012

1st Attempt buat Crepe Durian

 Salam semua..
Ramai betul tengok orang dok update pasal Crepe durian ni, kalau kat fb tu, asyik Crepe2 ajee.... memang jadi fenomena ni.... aku dapat tau pasal crepe ni pun mase adik aku si Atun pi Medan dalam bulan April tahun ni, kat Indonesia diorang panggil Pancake Durian, Atun kata sedap giler, dengan creamy whipped cream dengan durian yang Gred A..Meh nak tayang skit gambar Atun dengan pancake durian.
Tu dia atun dok tayang Pancake Durian
 Adik manja dok tengah pukul non dairy Whipping Cream
 Dah kental Whipping Cream tdi
 Masa nak letak whipping cream dengan isi durian 
tu dia dah siap..hahhahaa..SUKSES... 1st Attempt

Sunday, November 11, 2012

Smoothie Epal Hijau

Salam....
Di atas request mak aku yang teringin minum something refreshing ,kebetulan plak plain yogurt banyak lagi, tambahan pulak stok untuk epal hijau banyak , so aku decide ler nak buat smoothie epal hijau  cara aku daa.... sedap sangat, alaa2 minuman yogurt gitu..hahhahaha... siap stok simpan dalam freezer  lg.. tapi bila aku nk cari pulak smoothie tu, alamakkk habis sudaaa... mak ngan abah sudah habiskan..hehhehe, xpe, yang penting mak ngan abah suke...Mak request ni, selepas dah rase smoothie Strawberi yang aku buat sebelum ni, rasa nak tayang gambaq Smoothie pun malu, sebab gambaq xcantik, dah laaa ambik gambar masa buat cupcake orang order, so xdelaa menarik gambar tu, tapi aku nk tayang jugakkk..... nanti yee....


Ni cara die:

Bahan2
2 biji epal hijau - buang kulit yerr.. tapi kalau tak nak buang kulit pun ok
1 cawan plain yogurt
2 cawan ais kiub
2 camca gula - madu pun ok
sedikit air

Cara:
Masukkan ke dalam Blender  semua bahan2 tersebut.kisar sehingga hancur.then siap laa....Senangkan?


Friday, November 9, 2012

Tempahan doorgift telah kembali dibuka

Salam semua...
Setelah lama berehat dari menerima tempahan doorgift serta kuih muih, kini ZH telah kembali untuk menerima tempahan doorgit dan kuih muih. Sepanjang minggu ni, ZH menerima tempahan Choc Moist Cupcake dari MPSP Penang,akak Thuwaibah dan Syanaz  , serta menerima tempahan Cheese Tart sebanyak 300 biji cheese tart blueberry dan Strawberry. Thanks kepada yang membuat tempahan. Jangan serik tempah lagi k...



Sunday, November 4, 2012

Majlis Kenduri Kesyukuran dan Aqiqah Muhammad Adam

Salam
Aku kembali mengemaskini blog aku, sekarang ni aku  dah kurang mengambil tempahan, rasa kesihatan kurang mengizinkan sedikit, terpaksa menolak beberapa tempahan. So kuranglah nak "update" pasal tempahan ni. Mungkin selepas ni, tempahan akan dibuka kembali. Hari ni just nak cerita pasal kenduri kesyukuran dan Aqiqah anak sedara aku(buat kenduri kecik-kecik je). Walaupun memenatkan tetapi sangat berbaloi rasa puas hati sangat2, coz dapat siapkan ape yang dirancang di kepala ni.. Sehari sebelum Kenduri berlangsung, rambut Muhammad Adam telah dicukurkan...kesian pulak tengok kepala Adam dibotakkan, tetapi Adam kan goodboy, akhirnya selamat jugak Adam dibotakkan walaupun mengambil masa yang lama..hehhehehe....
macam-macam aksi Muhammad Adam ni..last2 botak jugak..Alhamdulillah, lepas je bercukur rambut tidur lena dia, mungkin sebab kepala dah jadi ringan, tido pun lena ja....

Sehari sebelum kenduri kecil kami berlangsung, aku sempat siapkan beberapa hidangan untuk kenduri tu.. Tapi sayang seribu kali sayang, dek kerna terlalu sibuk menyiapkan hidangan sampai terlupa nak ambik gambar, tapi xpela, asalkan tetamu yang datang berpuashati dengan menu yang disediakan.Antara menu yang ada sempat aku buat hari tu adalah seperti di bawah ni:
1.Mee Rebus 
2.Spagetti 
3.Rendang Ayam dan Rendang Daging
4.Pulut Kuning
5.Aneka Muffin : Chocolate chips Muffin , Nestum with Chocolate chips Muffin dan Orange mixfruit muffin.
6. Kek Buah
7.Puding Laici kastard

Menu utama, order je, mak order Nasi Bukhari dan berlaukkan Ayam kuzi, Gulai daging dan tulang dengan kentang, acar timun serta ada buah tembikai. Aku sempat juga tempah ketupat untuk majlis tersebut serta aneka kuih muih tradisional.


Pada majlis tersebut dimulakan dengan Tahlil dan diikuti dengan Tahnik Muhammad Adam b. Muhammad Firdaus .Tahnik maknanya menggosok kunyahan kurma dengan telunjuk kanan pada gusi dan langit-langit bayi yang baru lahir. Gerakan ke kiri dan ke kanan bahagian dalam mulut bayi hendaklah dilakukan dengan lembut sehingga sampai manisan kurma itu ke semua bahagian dalam mulut. Jika tidak ada kurma (tamar), boleh juga digunakan benda-benda manis lainnya seperti madu. Alhamdulillah, majlis Kenduri Kesyukuran dan Majlis Aqiqah berjalan dengan lancar. Ramai betul tetamu yang datang, terima kasih kepada yang bertandang ke rumah kami. Harap-harap semua tetamu yang hadir berpuashati dengan juadah yang disediakan. 


Imam Surau Al Falah sedang mengosokkan kurma di bibir Adam

 Tempat hidangan disediakan

Antara tetamu yang hadir
Hepi Adam yeee... maklumla dok atas riba untie Mas... 
sama tak senyum Mak long Adam ngan Adam


Thursday, October 25, 2012

Friday, October 19, 2012

Nasi Arab HomeMade

Selamat petang semua kepada semua rakan2 blogger dah makan tengahari ka, aku baru je selesai.. ... alhamdulillah segala pujian pada Allah yang telah memberikan rezeki kepada kita semua. Hari ni, menu in da house Nasi Arab Ayam yang aku belajar mase reunion lepas..korang boleh tengok ENTRY ni.. Alhamdulillah semuanya menjadi.. terima kasih yang tidak terhingga buat Cahaya Cinta Alia coz bagi resipi  Nasi Ayam yang marvelous ni, aku minta maaflah sebab menganggu pagi-pagi mintak pengulangan resipi.heheh maklumlah, anak murid perasan pandai,padahal dah lupa sikit resepinya. 

Nasi Arab 

Bahan Stok Ayam
1 ekor ayam - potong 4
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar Jintan Manis
1 inci halia
air secukupnya..jangan banyak sangat
garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, masak sehingga kuah menggelegak, setelah masak, angkat keluar ayam untuk diperap.

Bahan Nasi
2 pot beras Basmathi - dicuci dan ditoskan
Bahan tumis untuk nasi
4 ulas bawang merah-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang,
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
3 camca besar  minyak sapi
tambah sedikit garam sekirnya anda rasa kurang masin
sedikit buah kismis
air stok ayam secukupnya
sedikit pewarna kuning- ganti saffron

Caranya:
Panaskan kuali, setelah itu masukkan minyak sapi. Bila minyak sapi mula mencair, bolehla dimasukkan rempah 4 sekawan, biar seketika, dan bila bau mula naik masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, bila bahan tersebut mula hendak garing, masukkan kismis, goreng seketika. Masukkan beras basmathi yang telah ditoskan digaul seketika bahan yang ditumis dengan beras, bila sudah rata masukkan air stok ayam, sekiranya anda rasa kurang masin, boleh la ditambah sedikit garam.  Bila sudah mesra bolehlah dipindahkan beras dan stok ke dalam periuk nasi. 

Bahan perapan ayam
ayam yang dibuat stok tadi
1 sudu besar serbuk ketumbar-dikisar
1 sudu besar Jintan Putih-dikisar
1 sudu besar Jintan Manis-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halia-dikisar
3 sudu besar madu
garam secukup rasa

Caranya:
Kisar kesemua bahan2 seperti serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam bekas yang besar tambahkan madu serta secukup rasa garam. Kemudian ratakan pada ayam tersebut, dan perapkan. Setelah diperap bolehlah dipanggang.

Bahan Salatoh
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 batang timun dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
2 1/2 camca besar gula
sedikit garam
1/2 biji buah lemon

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan seperti lobak merah,timun dan tomato dengan jus lemon, gula dan sedikit garam. Gaul sehingga rasanya masam manis.

Bahan Sambal cicah
5 biji cili merah aka cabai besaq
5 biji cili padi aka cabai melaka
1 biji tomato
suku biji air lemon
3 camca besar gula- mengikut citarasa anda
secukup rasa garam.

Caranya:
Kisarkan cili merah, cili padi, tomato, jus lemon, gula dan garam . Setelah itu, masukkan ke dalam "pan" dan masak.  Biakan sehingga kuah memekat. 
p/s: kalau resipi asal, kuah sambal ni tak perlu dimasak.

Selamat mencuba

p.s: Untuk serve Nasi Arab, carik2 sedikit isi ayam ke dalam nasi yang telah masak, dan kaup- kaupkan.




Saturday, October 13, 2012

Chocolate Chips Muffin


Mendung-mendung macam ni dapat makan muffin panas-panas mesti sedapkan. Apa khabar rakan blogger yang dikasihi semua, harap-harap semua sihat... Hari ni, bole dikira mood aku agak rajin la, bukan apa siap bu at muffin tu.. hehehhe rajin tul, anak sapa laa tu.. waahh ngada2 tul zu ni kan... yang bole mai mood nak buat muffin sebab nak habiskan stok chocolate chips lebihan buat chocolate chips cookies untuk raya lepas, bagi untuk  tidak membazir kena la buat, walaupun xdelaa rajin sangat, ni pun baru je lpas habis siapkan tempahan mini choc cupcakes(malam ni insyaAllah aku update pasal order lpas).Resipi ni aku ambik dari MyResipi , senang dan ringkas. Thanks to junjs11 share resipi ni.

siap untuk di masukkan ke dalam oven
taaa daaa siap sudaa....

ni resipinya,


Bahan-bahannya:

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar- aku letak susu cair
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
Gaulkan bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 40min suhu 160c. 
 Zu dapat dalam 21biji  mufin. ikut oven masing-masing, aku tak brani nak bagi suhu tinggi kang atas bawah je masak, dalamnya tak masak pulak.

Friday, September 21, 2012

Restaurant Review : Spices Of Penang

 Salam Jumaat....
Hari ni, aku nak review skit restaurant yang aku baru je pegi..
kalau tak silap restoran ni baru je buka dekat Village Mall  Sg Petani , ramai sangat  orang, kebetulan aku teman Mas cari bengkel untuk ketuk dan cat kereta dia, terasa lapar sangat,so kita orang decide untuk makan je kat Sini.  Maklum la breakfast pun belum ambik, apa lagi mula laa order, tengok menu kat Spices of Penang macam sedap2 belaka jee....  Mas order Dragon Fruit Juice dengan Ayam Panggang Nasi Kunyit  dan aku order Tom Yam Seafood Beehoon dan Soursop Ice blended..eeemmm yummy2, die punyer tom yam sedap sangat, pekat dan pedas.. tapi tak tau laa next time aku pegi masih rasa yang sama atau tak, siap berapi2 lagi tom yam aku dalam pot tu... best! setakat ni, rase2 macam sedap lagi dari Secret Recipe, Soursop ice blended memang super Marvelous tau, rase macam tengah menikmati buah Durian Belanda yang sebenar...
 tu dia Tom Yam Seafood beehoon super pedas , masam dan sedap
 Ayam panggang dan nasi kunyit yg Mas order.. sedap jgak, tapi seperti biasa kalau aku kluar dengan Mas, makan tak pernah nya nak habis, aku laa tukang habiskn makanan dia..hihhihihihi...
 hahhahahaha..habis sudah...Alhamdulillah

Wednesday, September 19, 2012

Pakej lengkap jalan2 ke KL

Fuhh macam lama je tak menjengah blog ni... aku baru je balik jalan2 ke KL..mesti orang gelak punyer..alaa cite pasal pegi KL pun nk cite, tapi aku nak cite jugak ni. Kire2 dkat 11 bulan aku tak pegi KL, pegi pun coz nak ambik flight kat KLIA..tapi kali ni, trip aku ke KL amat2 berbaloi, coz jumpe kawan lama kt KL, sempat buat Reunion xroomate GREEN(Khazanah Nasional) kebetulan xroomate aku ni, baru lepas operate buang cysts dan sekaligus melawat anak sedara aku yg dah sebulan lebih lahir.  Rasa berterima kasih tidak terhingga kepada kawan lama aku yang sudi berkorban masa dan duit,hihihihi coz blanja aku makan, makan dan makan . Puashati dengan layanan anda ye.....lain kali jangan lupa blanja lagi yer... dia bawak aku makan fastfood kat SUBWAY.. first time aku makan kt SUBWAY punyerlaa  Gabra(maklumla kat sg petani takde SUBWAY lagi k), aku ikut jer ape yg die order..eemm yummy sedap k.. rase nak cari lagi, tpi.....:( ...

then jejalan2 pusing shopping Mall, kitorang singgah kat SEOUL GARDEN kt area mana pun aku tak ingat, aku ni mana la familiar sangat KL ni, tapi kalo area Bandar baru Sentul N Cheras agak2 terror la jgak ..ingat dah xnak makan kat SEOUL GARDEN coz orang pack giler ... sampai kena tunggu kat luar dulu, iyelaa  time lunch hour  plak tu.. hasil bersabar Alhamdulillah dapat jgak makan....dah lama xmakan kt Seoul Garden ni,last mkn pon mase kt branch penang...Aku makan sampai rase nak termuntah,padahal bukan byk sangat makan, mungkin sebab dah makan kt SUBWAY buat aku rasa kekenyangan, kalo xmakan rasa tak berbaloi plak member aku bayar RM 70++ untuk 2 org makan, aku gagahkan jgak makan, kata orang berhenti sebelum kenyang, dek sebab nak bagi rasa berbaloi makan, terpaksa la makan walaupun, perut n mulut tak leh trime, nanti korang tgok ade muke aku yg berkerut menahan kekenyang dan paksa makan jugak..
 hehehehem==,muka menahan kekenyangan
hahahhaha muka tgah berlagak rileks, walhal.. nak telan pun susah masa ni...

Dah selesai semua, aku pun  beransur pulang ke umah xroomate aku, terima kasih buat Noorzuliana coz ko sudi tumpangkan aku kat umah ko, even baru lepas operate u sudi masak2 yang sedap2 untuk i..thanks a lot my dear.....Alhamdulillah planning kita kali ni, untuk wat reunion kecil xroomate GREEN berjaya...walaupun u tak sihat, u sudi menerima kehadiran kami kat rumah u.... u sudi sediakan RED VELVET for ur birthday, Nasi Arab Kambing Dan Ayam dan Macaroni cheese Baked,, sedap sangat, dah lama tak berkumpul macam ni, banyak cerita yang nak kami ceritakan. Terima kasih jugak buat zaidatul Ismah dan Salfizah Samar sbb meluangkan masa korang.

lia tekun men'decorate'kan red velvet cake
menu pada hari tu
salatoh..aku buat..hhiihh jangan marah ye lia.. ngaku jaapppp aku buat, padahal potong jeee
nasi arab kambing
nasi arab kambing dan ayam
macoroni cheese baked
meraikan hari lahir kami dan si kecik
kami geng bilik 118 GREEN -Khazanah Nasional

Abis je reunion kat umah kawan aku tu, aku mintak adik lelaki aku pickup kat rumah lia. Aku dah tak sabar2 nak tengok anak sedara aku Muhammad Adam, lahir pada 4 hb ogos, hihihihi adam xsabar nak tengok ayah dan ibu dia,kalau tak boleh celebrate dengan Mak long, 10 hari je lagii..eemmm ape2 pun alhamdulillah, adik ipar aku selamat melahirkan baby boy yg comel ni,, mase duduk rumah adik aku, sempat jugak aku shopping kat IKEA... aduh rambang mata, macam semua aku nak beli.... murah dan moden sangat, bestnya, memandangkan aku naik bas, so belilaa ala kadar jee, aku dah ambik catalogue dari IKEA nnti aku order kat adik ajelah senang....kat bawah ni, kenangan aku dan Adam.


Muhammad Adam=muka tengah merah giler, nak susu laa tuuu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...