Thursday, September 15, 2011

Bihun Singapore vs Bihun Goreng biasa


eeemmmm  Laparrnyaaa..........Terasa nak makan bihun goreng plak, eemm tapi nk makan bihun ape eeekkk.. Bihun Singapore? Bihun Goreng biasa?.... 

" Bihun Singapore VS Bihun Goreng Biasa"

Monday, September 12, 2011

Mee Rebus buat Ibuku & Para Tetamu

Dah lama aku xupload resipi2 terbaru.... Baru2 ni, Raya ke 3 aku sempat hidangkan Mee Rebus kegemaran Ibuku dan buat para tetamu kami..Abis licin mee Rebus tu, sedap kata diorang... Ni la makanan paling favourite ibuku selain daripada ayam goreng. Resipi ni pun aku blajar dari Ibuku..Thanks Mak...Love u...
Di sini resipi Mee Rebus Ibuku...

Hidangan untuk 30 orang.

Bahan-Bahan
50g cili kering- direbus dan dikisar. Sekiranya anda sukakan lebih pedas boleh tambahkan lgi.
2 Kg Daging
500g Udang Basah- Rebus udang dengan 1 jag air, bila masak biar sejuk terlebih dahulu kemudian kisar halus bersama2 air rebusan tersebut.
1 labu bawang putih untuk menumis
11/2 inci halia
Ubi Keledek yang telah rebuskan dan dikisar halus
Tepung Jagung untuk memekat@ kacang tanah- Zur xguna kacang tanah, takut ada yg xmakan alergik dengan kacang
Air 2 jag besar- kalo anda buat ckit boleh kurangkan. Biasa buat byk2, jarang wat ckit2...
7 sudu besar Udang Kering direndam terlebih dahulu dan ditumbuk
Gula
Garam
Mee Basah Dicelur
Bahan Perasa.
Mee yang telah dicelur.

Hiasan
Taugeh yang Telah Dicelur
Cili besar yang dipotong nipis
Hirisan Telur
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Tauhu Goreng
Hirisan Daging- Daging yang direbus tadi.

Cara-cara
1. Letakkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bila bawang putih mula kekuningan masukan hirisan halia.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan cili tersebut masak dan masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
3. Setelah itu masukkan air rebusan udang dan daging yang dipotong besar ke dalam periuk tersebut beserta air.
4. Bila mendidih, masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus bersama-sama dengan gula, garam dan bahan perasa.
5.Biarkan kuah mereneh  dengan api yang perlahan.Ketika mereneh kuah, isi daging perlulah diangkat terlebih dahulu bagi mengelakkan daging menjadi terlalu empuk.
6. Masukkan tepung jagung @kacang tanah untuk memekatkan kuah.
7. Siap untuk dihidangkan bersama-sama bahan hiasan.

p/s: kuah mee rebus ni, kalo direneh makin lama akan makin sedap.

"Selamat Mencuba"

Thursday, September 8, 2011

Puding Roti lagi Permintaan Mr. Vladimir Tsargenzki

Permintaan Mr. Vlad untuk makan Puding Roti dengan sos kastard pada Raya ke 2 telah ditunda pada hari raya ke 5. Sori ye Mr. Vlad xsempat nak buat, terlalu sibuk buat menu lain. Tapi demi mu adikku, aku buat jgak.... Pukul 5 pagi dah bangun, untuk siapkan bahan2 buat puding roti tu... Alhamdulillah, atas bantuan Adik Bongsu kesayanganku, aku berjaya siapkan, cuma xsempat nk tgok sampai masak, coz dok kelam kabut nak gi keje, nasib baik ade assistantku ni, leh die tgok sampai puding masak, n die jugakla la wat sos kastard..GOOD EFFORT DEAR.....Tapi aku sempat jugakla SNAP pic puding roti yang di dalam Oven.

Puding Roti  yang masih di dalam oven.. blom masak lagi

Friday, September 2, 2011

Raya kedua antara Aku, Dia dan Dia..........

Masa cepat betul berlalu , xsangka dah 4 hari dah beraya...masih teringat2 beraya 2 syawal 1432H, eeemmm org sibuk beraya ke rumah saudara mara, jiran dan sahabat taulan,tp AKU, DIA dan DIA(Aku,Mas & Wdad), beraya di atas Bukit Bendera, saja nak menyemakkan diri gi sana. Tahun ni tahun ke 2 kami beraya sekali, last year kami beraya kt Alor Setar, hampir semua tempat nak teroka, tp last year kami sempat ke Kubu Perang Kt Kuala Kedah tu, tp tahun ni, xde pun beraya kt umah org, terus beraya je kt Bukit Bendera, mase nak naik Bukit Bendera tu, xde langsung orng kite, yang ade, org cina, india, serta dengan pelancong asing dengn pekerja asing, spt orang Bangladesh, Vietnam, Indonesia etc....hihihihihi..ramai tull..tu nsib baek kawan aku sorng ni, planning kuar dari rumah awal sket, leh sampai awal, tu pun dah ramai dah... issshhh ramai tul, aku ni dah ler xsuke org sesak mcm ni, mula laa nk pening kpala, dah laa lapau, xmakan lgi...huhauahuahuaaa lapauuuu... eemmm xpelaaa, dalam pikiran aku mungkin jap jee.Sampai kat atas tu, peehh sejuk tulll angin kuat, mungkin nak ujan kot,Pusing2 kat atas tu adalah dalam 30 minit kot,then nak balik,aku  ni, xdelaa brapa minat sangat, tp aku tengok kwn aku sornag tu, minat giler tgok landscape kt situ,, yelaaa budak landscape architecture , minat ler landscape2 ni..hihihihi lain leer aku ngan Mas, kami tengok semua sama jee..hihihihih.. dah abis ronda2... mase nak turun tu,, MasyaAllah ramainye org... aduiiii, makin berdenyut kpala aku ni,...Beratur nak Naik Train Lak, Adoiyaaaiiii..... tension, dah laa makin panas,ramai betul orng beratur ni,,ish22222, ni  kami saja cari nahas beraya atas bukit Bendera..hahahaha.. xpelaaa,,, pengalaman beraya atas sana.....punyer laaa lama beratur, sampai jgak turn kami naik train, nasib baik ler, kawan aku, wdad ni pandai cari port duduk, dapat jgak kami dudukk..peeehhh semputtt.....uuuiiii lapau makin tahap gaban ni, mmg lapau giler, mula2 kami planning nak beli tapau McD makan kat taman Botani Penang, tapi last2 sudah tukar plan laa... kami singgah Plaza Gurney cari tempat nak makan, coz dah terlalu lapau sgt, xjdi tapau makan trus je kt sana... dah decide makan sana, xtau laa plak nk makan kt ne.. aduiiii...... mula2 ingt nak makan McD, then nk mkn kt Kenny Rogers, xjdi jgak, last2 kami makan kat "SEOUL GARDEN",kat situ makan Korean Food, bole makan banyak mana yang kite suka, sampai kenyang. Sampai2 je, kami bertiga trus ambik pinggan isi makanan, punyer laa byak stok mcm sebulan xmakan,,isshhh tamak tul, padahal bukannye xleh ambik ckit2, lapar sgt2 ler.. nasib baik ler xdelaa membazir sangat, The morale of story:jangan terlalu ikutkan nafsu, hihihih tpi apa2 pun, best experience antara Aku, Dia dan Dia.. semoga tahun depan masih boleh beraya bersama lagi eekk.. tu pun kalo xde sapa antara kite kawin tahun depan..SEMOGA PERSAHABATAN KITE KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.....Aku,Dia dan Dia... Aku sayang kamu.... 
Aku,Mas & Widad-berposing b4 naik Tren

Chewah sempat lagi eeekk
hahahhaha,aku yang control ayu....kuii..kuiiii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...