Sunday, June 19, 2011

Sedapnya Menikmati Cucur Jagung Panas

Selamat Malam...
Menu ringkas Malam ni Cucur Jagung cicah sos, eemmm dah lama xbuat cucur jagung, so lepas berbuka puasa, terus zu buat cucur Jagung. Stok udang dah habis, so zu gantikan dengan ikan bilis. 
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 camca besar cili kisar
1 cawan ikan bilis kisar
sedikit garam
sedikit gula
air suam
hirisan bawang
Jagung- zur letak banyak.

Cara-cara:
Campur kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati, kemudian goreng sehingga masak.
Sedapnya makan cucur jagung panas-panas ni, tambahan pula dapat minum Kopi dari TENOM...Peehh terangkat.

Saturday, June 18, 2011

iStImEwA bUat aBaH tErSayAnG- sEmpEnA hArI bApA

Salam Semua...
Zur kembali bersiaran di blog ni, hampir sebulan xupdate blog ni, hari ni baru laa ada masa untuk memasukkan N3 baru.. Sepanjang cuti persekolahan yang  lepas,Zur telah  menerima banyak tempahan kuih-muih dan puding untuk Majlis Perkahwinan dan Majlis Akad Nikah. Baru hari ni, zur rasakan betul2 free dan dapat masukkan N3 terkini. Sempena hari bapa yg akan kunjung tiba, kami seisi keluarga telah menyambutnya terlebih dahulu. Semalam dok terpikir2 nak masak ape la sempena hari bapa ni, banyak senarai yg Zur dah Shortlisted .

Untuk Menu utama
1.Nasi Beriyani
2.Nasi Jagung
3.Nasi Tomato 
4.Nasi Daging

 Untuk Pencuci Mulut
1.Agar-agar Koktail
2.Kek Coklat
3.Puding Laici
4.Puding Roti
5. Agar-agar Gula Merah Bersantan

Pikir punya pikir, last2 Zur decide nak buat Nasi Daging dan Kek Colat aje..... So pagi2 tadi dah gerak Adik Nurul teman Zur g TESCO,nak gi beli barang-barang nak masak Nasi Daging dengan Kek Coklat..... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, siap mengikut timeline yg dikehendaki. Sukernya hati Zur,bila  tengok Abah, Mak Ngan Adik makan Nasi daging tu dengan begitu berselera sekali, diorang kata sedap. Alhamdulillah.... Seronok hati nie, berbunga-bunga cinta.hehehehhehe.....Seronok dapat memasak buat orang yang tersayang ni, ABAH, SELAMAT HARI BAPA ABAH, terima kasih diatas pengorbanan yang telah abah berikan kepada kami adik beradik, TAK TERBALAS JASA YANG TELAH ABAH BERIKAN.TERIMA KASIH ABAH.

Kek Coklat khas buat ABAH yang tersayang
Selamat Menikmati Kek Coklat.. eemmm yummyy...hehehehe
Nasi daging, beserta Air Asam dan Sup daging....
Family ku siap tambah lagi nasi daging ni, diorang kata sedap, air asam tu..peehhh marvelous ..Walaupun hanya hidangan yang ringkas, tapi cukup membangkitkan selera.

Note: Zur akan upload resipi kedua-dua jenis makanan ni, di N3 berikutnya.

Kek Coklat Chenta Strawberry

-
Bahan-bahan & cara

3 biji telur
1 1/2 cawan gula
250g mentega
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
- Pukul kesemua bahan-bahan di atas sehingga kembang

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
- Ayakkan tepung dan serbuk koko

-Adunan yang dipukul sehingga kembang tersebut dicampurkan tepung dan serbuk koko tersebut, masukkan sedikit demi sedikit.
-Semasa mengadun tepung  tambah 1/2 cawan air sejuk.
-Siap di masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega.
-Masak pada suhu 150'c
-Selama 45 minit api bawah sahaja
- tambahan 15 minit untuk api atas bawah

Topping.
500 gm coklat masakan
400 gm whipping cream
100 gm butter

Kaedah, double boiling
-Panaskan whipping cream dahulu, kemudian masukkan coklat masakan dan butter


Nasi Daging

3 pot besar Beras-kalo guna Basmathi lagi bagus-cuci dan toskan
1 kilo daging
1 uncang sup bunjut
3 sudu rempah kurma
2 inci halia- 1 inci utk dimasukkan ke dalam stok daging- 1 inci lagi untk menumis
1 biji bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 helai daun pandan
Kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
sedikit garam
sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
1/2 cawan tomato sup
1 cawan  susu cair
Air 


Cara-cara:
-Rebuskan daging bersama-sama uncang bunjut, hallia dan  serbuk kurma terlebih dahulu, bila daging agak empuk, masukkan garam.
-Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga, diikiti dengan bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
- Setelah itu masukan beras dan helaian daun pandan, kacaukan sebelum memasukkan air air rebusan daging tadi. Untuk 3 pot nasi zu gunakan dalam 4 pot air rebusan daging.
-Bila beras mula mengembang masukkan tomato soup dan susu cair.
- Kacau sehingga nasi kering, setelah itu, perlahankan api, dan biarkan nasi itu masak.

Air asam
- 15 biji Cili Padi
-1 cawan air asam jawa
-sedikit belacan
-1/2 camca garam
-1 camca gula
-air limau nipis
-2 biji hirisan bawang besar
-3 biji hirisan  buah tomato
-3 camca besar kerisik

Cara-cara
-Kisar cili padi, belacan,air asam bersama garam dah gula
-setelah itu campur kan dengan ke semua bahan-bahan yang telah disediakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...