Tuesday, March 29, 2011

Mini Pita Burger

Salam Semua...


Hari ni ada masa kelapangan yang teramat sangat, Zu ambik cuti hari ni. So apa lgi, nak masukkan N3 baru la....,..., zu nak masukkan resipi mudah, untuk dimakan, senang dan sedap.... Baru2 ni, zu ada pegi shopping di TESCO bersama mak ngan si Atun ni, jalan2 kat bahagian roti, tetiba ternampak laa roti pita bijan, dan datang ilham zu nak buat mini Pita Burger,lagipun teringat Premix Dip Cheese yang masih ada lagi dalam stok, apa lagi, Zu pun Beli Roti Pita Bijan, Mixed VEGE, dengan Daging Burger...Keesokkan harinya, baru zu buat, zu hidangkan ketika  makan petang, untuk mak, abah dan si Atun ...

Bahan-bahan


2 Roti Pita Bijan- dipotong 2 bahagian
Mixed Vege-Kukus terlebih dahulu
Daging burger- zu guna ayam
Mayonis
Premix Dip Cheese- bancuh dengan air panas
Sos Masam manis


Cara-cara:
1.Roti pita yang telah dipotong 2,hendaklah di potong bahagian tengahnya, bagi menampakkan seperti poket.
2.Kemudian, campurkan Mixed VEGE dengan Mayonis.
3.Masakkan daging burger terlebih dahulu.
4. Setelah siap dimasak, daging burger tersebut bolehla, dimasukkan ke dalam poket roti pita tersebut,
5.Setelah itu, masukkan mixed vege yang telah dicampur ke dalam poket pita.
6. Kemudian, bolehlah, dipaipkan mayonis, Premix Dip Cheese serta sos masam manis. 
7. Siap untuk dihidangkan.


Monday, March 28, 2011

Blueberry Cheese Tart

Salam semua....
Hari sabtu lepas, zu ada pegi kedai jual barang2 wat biskut ni, gi beli cream cheese, butter,krim wel, blueberry filling, tapi xtau nak buat apa dulu...Semalam tetiba Zur teringin nak buat Blueberry Chesse tart ni,  si Atun ni, punyer la excited nak aku buat. Masa aku beli Cream Cheese dia ingat Zur nak buat Oreo Cheese Cake atau Blueberry Chesse cake..tapi ternyata tekaan si Atun ni meleset, Zur kata nak buat Bluberry Cheese Tart laa.ehhehehehe... bile zur buat pastry tart tu, dia siap tanya bile nak siap filling cheese tu.. Zur kata sabar...heheheheh.xlama lgi siap laa....tungguuuuu. bila siap punyelaa excited die makan.. menikmati Blueberry Cheese tart ..sambil mata terpejam.. adik nurul ku..jgn jelous no.. balik nanti kite sama2 buat k...


Kulit tart siap untuk di bakar

Kulit tart yang siap dibakar..
Baru keluar dari oven
Siap untuk dimakan

Puding Laici Berkastard

Salam
Pada malam yang syahdu dengan rintik-rintik ujan jatuh menyimbah bumi ni, Zur nak uploadkan resipi puding Laici berkastard..Zur dah buat puding ni ari sabtu lepas, ari ni baru ada kesempatan nak masukkan resipi ni, bukan apa, terpaksa berebut pc ngan adik yang bz ngan keje die, so sebagai seorang kakak, xpelaa,,zur kasi je dia guna... Hari ni, pukul 7.00 malam  Tok, Tok wan, Mak cik dengan Pak cik  berserta sepupuku mai umah Zur.. so apa lagi! bersiap sediala ke dapur untuk siapkan menu ringkas untuk dimakan... nasib baik, ari sabtu lepas dah buat puding laici berkastard, ahad pulak Zur buat Blueberry chesse Tart, bolehlah zu hidangkan sekali...zur hanya gorengkan kuih frozen yang mak jual, karipap daging dengan samosa...sekarang ni, dah senang ckit, kalo ada tetamu datang boleh ja terus goreng kuih frozen ,ada cucur badak,kuih kacang, donut, onde-onde, karipap ayam, daging, sardin dan samosa... akan datang nak tambah popia...Tok, Tok wan ngan mak sedara suka betul puding laici ni, suka zur tengok diorang makan, ishhh melalut pulak zu ni..kata nak upload resipi puding laici, dok sembang yang lain pulak...


Puding Laici Berkastard


30g agar-agar
200 g gula pasir
1 tin laici
1 tin susu cair
1 biji telur
secubit garam
1 sudu tepung kastard


Cara Membuatnya:


1.Masak agar-agar sehingga larut.
2.Masukkan gula dan kacau hingga mendidih
3.Kisarkan buah laici beserta sedikit sirapnya.
4.Kisarkan tepung kastard bersama susu cair dengan secubit garam.
5. Masukkan bahan Kisar ke dalam agar-agar tadi.
6.Kacau 5minit dan angkat
7. Masukkan ke dalam acuan.


Selamat mencuba




p/s:lagi sedap kalo hidangkan sejuk...Tok kata tadi sedapp... selamat mencuba..

Tapau luar jer..thanks Atun...

Salam semua...
Aku nk ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga laa kat adikku, Cik Halimatun Saadiah kerana membelanja kami seisi keluarga makan, walaupun xmakan dekat luar, walaupun hanya tapau kt umah je, rezeki...Aminn... Dia memang planning nak blanja kami makn bile dapat gaji... Biasa la, menu rutin, mesti ade Yong Tau Fu, Sate ,Mee Kari , Sup campur dengan Moi sup.. Mak kata habis ka beli, banyak2 ni, lagipun kita 4 orang je nk Makan, adikku dengan selamba kata, xpe, xhabis leh simpan dalam fridge wat bfast....hehehhehe....tul tu, atun.. feverate aku Yong Tau Fu... Yong Tau fu kat Medan Selera Taman Ria, memang The best la.. masa aku dok kt UUM dulu pun , xjumpa yang macam ni, yang buat Yong Tau Fu ni best, sudah semestinya, kuahnya.. tapi sayang seribu kali sayang...kalo dulu, kuah punyer laa banyak, sekarang dah ckit, tpi.. xkisah laa skit kaa tak, rasanya memang sedap...adik aku, cik Atun ni, kalo kwn die mai kdah nak jumpa dia, mesti ctu la tempat yg ditujunya... memang sedap laa...harga pun boleh tahan, xmahai sangat....semua makanan yang dibeli kat MEDAN SELERA TAMAN RIA SUNGAI PETANI sedap...lagi satu Sup campur, pehhhh..tapi jgn lupe mintak letakk sambal merah extra+cili padi.. kalo makan dengan nasi kosong je pun dah cukup.. tapi aku ratah daging dengan sup aje laa..xambik nasikk..eeemmm.. once again..thanks too atun..hehhehe lain kali blanja lagi..hehehehhehe
satay ayam n daging
Yong Tau Fu
Sup Campur

Wednesday, March 23, 2011

Peria Masak Lemak Udang

Assalamualaikum wbt....
Hari ni, Zur nak uploadkan resipi Peria Masak Lemak Udang, makanan Feverat Zur..Zur kalo makan peria masak lemak udang ni, ratah aje, xpayah nak makan dengan nasi dah.. sedappp,,resipi ni zu blajar dari mak, pantang beli peria mesti buat masak lemak ni, kadang-kadang beli peria katak untuk buat ulam cicah dengan sambal belacan, sedappp.. zur suka sangat makan peria ni... Kadang2 kalo mak yang masak mesti tinggal stok lebih untuk Zur..hehehhehehehe...Zur dan Peria xdapat dipisahkan..hehheheheh.
Peria Masak Lemak Udang

Sumber : Bonda

Bahan-bahan
1 biji Peria yang dibersihkan dan dibuang biji, 
3 biji Cili merah
2 labu bawang besar  saiz sederhana-dikisar bersama cili merah
100gm udang kering- ditumbuk
200gm udang basah
1/2 cawan santan pekat
sedikit  kunyit
secukup rasa garam
Bahan Perasa
sedikit minyak
1/2 cawan air 

Cara-cara membuat:
1.Kisar cili merah dan bawang besar.
2.Masukkan minyak, biarkan panas, kemudian masukkan bahan kisar tadi.
3 Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk.
4.Masukkan peria, kunyit serta santan pekat dan air.
5. Setelah itu, masukkan udang basah,garam serta bahan perasa.
6.Jangan masak udang terlalu lama, kemudain bolehlah diangkat dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba

Tuesday, March 22, 2011

Attending My Cousin Wedding

Assalamualaikum wbt...
Malam ni baru ada kesempatan aku untuk meng'Uploadkan Picture Cousin aku nyer Wedding...rasanya, lama sungguh aku x attend untuk mana2 wedding pun... untuk thun ni , yang ni laa yang 1st aku attend...best jgak dapat makan lauk kenduri, aduhhh..sedap sangat masak daging masak putih dia, dengan Laksam...tergugat jugak aku nye diet..tp SABAR  zur....hehhehe..aku dalam usaha untuk mengurangkan makan....harap2 berjaya.... Tak sempat pulak aku nk capture picture makanan masa kenduri hari tu, punyer fokus kat makan....tapi aku sempatla ambik beberapa picture sekitar Majlis tersebut berlangsung ....
Pelamin
Antara Hantaran yang dapat aku capture
Bilik Pengantin,sorry bantal abis berselerak coz diorng bru lepas sesi bergambar.
 Ni la Cousin aku.. Selamat Pengantin Baru eeekkk
Selamat Pengantin Baru Puan Cik Seri Zanita Bt Johari
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat
dan dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah.Amin...

Sunday, March 20, 2011

Tempahan Kuih Tradisional Sepanjang Minggu Cuti Sekolah

Sejak Mak berhenti menghantar kuih muih di gerai...Alhamdulillah tempahan di rumah tak putus-putus kami terima.. Syukur atas nikmat yang diberikanNya....................Sepanjang minggu cuti sekolah ni, ramai sangat customer yang datang kat umah....tiba2..tinggg..tonnggggg...tingg.....tonggg..............bell umah berbunyi..dah dapat aku agak sapa yang datang,  sudah semestinya customer yang sentiasa teringin makan kuih Mak....kata diorang xde kuih yang dapat dibandingkan dengan Kuih Mak.. Alhamdulillahh.. mereka tidak melupakan kuih mak, walaupun mak dah berhenti meniaga di gerai!!!...Kata diorang lagi, walaupun ada kuih yang pernah mak buat kat gerai tu, tapi rasa x sesedap kuih mak....Banyak betul pujian yang diterima......walaupun mak kini menjadi suri rumah sepenuh masa, tapi income tetap masyuukkkkk............hehheheheheh.............Terima Kasih kepada customer yang dikasihi....Bermulanya awal minggu cuti sekolah, tempahan yang diterima kebanyakan untuk Majlis Kenduri Kahwin, Boleh dikatakan setiap hari ada kenduri kawin...Ada jugak tempahan kuih untuk Majlis Launching Boutique Muslimah kat Lot 88...hari ahad 20.03.2011 pula, ada seorang customer ni tempah untuk dibuat bekalan untuk anaknya bawak pulang ke KL....ALHAMDULILLAH...AMIN...syukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang diberikanNya..tak putus-putus rezeki kami dapat...Antara tempahan kuih-muih yang sentiasa dipesan:


Cucur badak siap untuk digoreng
Cucur badak yang telah siap digoreng
Kuih Cara ni laa yang paling digemari
suke sangat bila tgok customer makan kuih cara sampai menjilat jari, jilat air gula yang keluar..

Buat masa ni, yang ni dulu laa aku upload picture.. nanti akan aku upload lagi.

Nasi Lemak

Assalamualaikum...
Pagi2 sabtu ni, aku bangun awal untuk siapkan nasi lemak.selalu kalo lepas subuh tido balik...hehehehheh.... aku mula masak pukul 7, coz kena berebut dapur dengan mak plak, ari ni mak ada terima tempahan Cucur Badak dengan Kuih Cara untuk Majlis Perkahwinan...so aku siap2kan bahan terlebih dahulu, lepas mak abis buat baru laa aku mulakan operasi di dapur.. Mak aku, lepas habis siapkan  tempahan terus bersiap nak berbasikal dengan abah, siap pesan kat aku.." nanti balik dari berbasikal kami makan nasi lemak.... ".so bermulalah operasi di dapur....

Sumber: Idea sendiri

Bahan-bahan

Bahan untuk nasi
1 1/2 pot beras
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia dihiris
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
Serai diketuk
1/2 cawan santan pekat
Air
Sedikit garam bukit-baik untuk kesihatan.hehehehehhe..garam biasa pun boleh
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat nasi
1.Basuh beras terlebih dahulu
2.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga layu, kemudian masukkan daun pandan.
3.Kemudian masukkan beras, diikuti santan yang dicampur dengan sedikit garam serta air yang mencukupi supaya tidak terlalu keras dan terlalu lembut.
4.Masak dengan api yang perlahan bagi mengelakkan nasi menjadi kerak.

P/s: kalo guna rice cooker lebih senang, tapi sy menggunakan kaedah manual.

Bahan untuk Sambal
20 tangkai cili kering-rebuskan dan buang biji cili 
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1inci belacan
Air asam jawa
3  camca gula
1/2 camca garam
ikan bilis yang telah digoreng
Bahan perasa
Minyak lebihan gorengan ikan bilis.

Cara-cara membuat sambal
1.Kisar Cili, bawang besar, bawang putih , belacan dengan sedikit air.
2.Panaskan minyak, tuangkan bahan kisar.
3.Masak bahan tumis dengan api yang perlahan.
4.Masukkan gula, garam, bahan perasa serta ikan bilis .
5.Masak sehingga naik minyak. 

Bahan Hiasan
Timun
Telur Rebus
Kacang Goreng


Selamat mencuba




Saturday, March 19, 2011

Koey Teow Goreng Basah

1
Koey Teow goreng basah.. makanan kegemaran adikku yang kedua...dia cukup suka koey teow goreng basah ni, siap dia makan dengan gigit cili padi...suka sangat dia dengan Koey teow Goreng ni..tambahan pulak makan waktu panas2..hehhehe..mau melecur lidah dia... penah aku masak awal pagi untuk sarapan.. punya laa nak diorang makan panas2 N nak nampak basahnya..abih adik2 aku kena kejut dengan aku, aku menjerit suh diorang mai makan pagi2 buta..hehehhe...


Sumber: Bonda


Berikut resipi Koey Teow Goreng Basah:-


Bahan-bahan


1 Paket Koey Teow
Cili Kering Kisar
Bawang Putih
Bawang Merah
300gm Taugeh
1 mangkuk kecil Kucai
15 ekor Udang Sederhana Besar
3 Biji Telur
kicap pekat
Sos cili
Garam Secukup rasa
1 1/2 camca besar Gula
2cawan Air


Cara-caranya


1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan Cili kisar,gula, garam, sos cili serta kicap. Pastikan semua bahan-bahan tersebut masak.
3. Setelah  bahan-bahan tersebut masak, masukkan air dan seterusnya koey teow..
4. Masukkan udang, udang tidak perlu masak terlalu lama
5.Masukkan Kucai, dan taugeh
6. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu.. letakkan telur yang dipukul tersebut dikeliling kuali...dan kacau sehingga telur masak.. 
7. Siap untuk dihidangkan.




p/s:buat yang xsuke taugeh..xpayah la letak...tapi family aku ni..lagi byk taugeh lagi diorang suker.hehehhehe...Jom makan



Thursday, March 17, 2011

Akhirnya......

Pada N3 lepas, aku ada mention pasal kehilangan Card Reader menyukarkan aku untuk download picture2 masakan aku .... Pada N3 kali ini, akan ku kotakan janjiku untuk memasukkan resipi2 yang aku sediakan.. Pada  15. Mac 2011 aku telah menerima Parcel  dari Sweet Siti Shop, aku beli Cheese Dip  Premix dari adik CT..percubaan pertama aku merasa kesedapan yang digambarkan oleh adik CT ni.. .. masa terima parcel tu, tak sabar rasanya aku, untuk mencuba...sampai je kat rumah, apa lagi, aku memulakan aktiviti membuat makanan petang untuk mak, abah dgn adikku.. sebelum terima parcel ni, aku mmg dah plan nak buat Twister ala KFC..so aku dah siap beli Tortilla Kentang, Ayamas Popcorn,Salad n tomato..Cheese Dip Premix ni, aku campurkan dengan air panas dan kacau rata agar mendapat tekstur yang menarik supaya nampak tidak berketul-ketul.

mayonis disapu rata atas permukaan tortilla... susun salad, tomato, serta ayamas popcorn..jangan lupa letakkan cheese dip premix..siap untuk digulungkan....
Twister ala Zur ketika dipotong..sedap sangat..
 mak kata sedapppp....
Twister ala Zur dinikmati bersama-sama dengan Cheese Dip Premix.. waaalaaaaaa... yummy.

Pada hari yang berikutnya, aku ada gorengkan Fries untuk dimakan bersama-sama sos ini... aduhhh sedapnya. tapi lagi sedap kalau makan dengan potato wedges... planning aku nak buat potato wedges..cuma xtahu bila aku akan buat...Kentang dah ada, nanti untuk entri selanjutnya, akan aku uploadkan cara membuat potato wedges..buat sementara ini, aku uploadkan picture french fries yang dihidangkan bersama2,mayo serta cheezy...

Creammy sgt, tapi aku xbole makan banyak2, 
bole merosakkan diet..hehheheheh.......

Buat adik2ku, yang membaca N3 ni..
hehheheh jgn jeleous nooooo..hehheheh balik..kak an buat....

Tuesday, March 15, 2011

Kemalasan Melanda

berbaris resipi-resipi yang mintak diuploadkan..hehhehe perasan.. cuma kesempatan je yang xde.. cheewahhh..konon je tu.. sebenarnya kemalasan tengah melanda diriku ini..ade resipi nak dimasukkan tp malas nak cari card reader yang hilang untuk aku uploadkan gambar2 tu.. takkan hanya nak mengharap gambar kat uncle google.. mesti die marah punyer..hehehheh.. baru2 ni aku ade beli Cheese Dip Premix, sedap sangat, lepas ni xpayah susah lagi nak beli cheezy wedges kt KFC..bancuh aje Cheese Dip Premix dengan air panas..kasi taruh atas kentang wedges.. sebiji mcm kat KFC... tp semalam aku buat mcm Twister KFC tu.... aku gunakan Tortilla kentang+Mayo+PopCorn Chicken Ayamas+tomato+Salad+Cheese Dip Premix=Twister Ala Zur..sedapp.. Buat2 adikku aku yang sedang baca blog kak an ni..hehehhehe jgn jeles nooo..nanti balik kak an buatkan...untuk N3 yang berikutnya akan ku uploadkan gambar2 tu k....

Saturday, March 12, 2011

Lempeng susu

Salam Ukhwah...
Untuk breakfast pagi ni, aku ada telah menyiapkan lempeng susu untuk mak, abah ngan adikku.. semua bahan-bahan sudah tersedia ada di dalam peti sejuk, cuma perlukan kerajinan untuk menyiapkan lempeng nie... cuma kebelakangan ni, aku sibuk sangat, nak masak pun xsempat, selalunya hujung minggu baru leh masuk dapur lama ckit,tp kebetulan kena attend banyak plak klass, so xdela kesempatan nk upload resipi-resipi. Tapi sempat jugak aku buat lempeng ni, walaupun senang tapi sedap, xmanis sangat sesuai sangat dengan mak dgn abah yang dah mula kurangkan makan yang manis2..rasa lempeng ni,manis-manis buah aje..lagi enak dihidangkan bersama-sama sos kastard ataupun madu, tapi aku prefer sos kastard, xpun letak 1 scoop aiskrim vanila or cokolate..hehhehe.. marvelouss....

Bahan-bahan
240gm tepung gandum
90g gula kastor
2 biji telur'1 sudu besar mentega cair
1sudu teh baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
250ml susu rendah lemak-boleh tukar kepada santan
garam secukup rasa



Cara-caranya
1.putar telur bersama gula sehingga kembang
2.Masukkan tepung sedikit semi sedikit, dan putar.
3.Kemudian masukkan baking powder,garam serta esen vanilla dan mentega cair. kacau sampai sebati.
4.Masukkan susu rendah lemak.
5.Panaskan minyak dan sendukkan adunan. Biarkan masak.
6.bolehlah hidangkan bersama sos kastard ataupun ais krim.

Hidangkan bersama-sama sos kastard - ihsan uncle google.

Friday, March 11, 2011

Ikan Bakar Pulau Langkawi

Aduh..teringat lagi masa aku dengan sahabatku Masyitoh waktu kami sama-sama bercuti Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam,pengalaman yang begitu best, maklumlaa xpenah lgi kuar bercuti dgn kawan lama aku ni... best sgt...dari mula bertolak sampai laa pulang ke rumah...tapi yang paling best cari port ikan bakar yang best , aku dgn Mas x familiar sgt tempat ikan bakar yang best, Day 1, pusing punya pusing xjumpa tempat yang best last2, makan kat warung dekat dengan chalet jaaa...Day 2, also pusing punyer pusing still xjumpak dengan tempat yang best untuk menikmati ikan bakar yang best.. jadi utk malam Day 3 tu, we make a decision ,xkira tempat tu best kaa, x best ka.. kite mesti makan seafood jgak.. last2 jumpak jgak tempat yang menarik, tepi laut,berdekatan dengan Malibest, tapi menu dah xbanyak coz kat tempat tu diorang ade handle event, so kami pun order laa apa yang patut, kami order ala2 western ,eeemm tp sedapp..sedap sgt,kami order sotong, ikan dengan udang, aku tau makan jaa..xtau masak apa... tapi yang sedap sgt,ikan nyee betul2 fresh, sampai lepas makan je trus aku pening kpala, punyer manis ikan tu...walaupun kami xdapat makan seafood di tempat yang kami rancang2kan,,tapi berbaloi makan ikan bakar kt pantai cenang tu.. sedapppp....sampai xlarat nak habiskan seafood tu.. memang berbaloi-baloii.....semoga suatu hari nanti, dikesempatan lain kita akan bercuti lagi Mas...
Kenangan kami Tika di Pulau Langkawi.Pengalaman yang sungguh menarik sahabat. Semoga Persahabatan kita hingga ke Akhir hayat.

Saturday, March 5, 2011

Gulai Ayam Rebung

Salam Semua...

Baru selesai masak tengahhari ni, hari ini punye menu utama Gulai Ayam dengan Rebung, ni kira Favourite aku ni, apa2 masakan yang ada rebung memang aku suke...tapi yang paling...paling..paling aku suke Gulai Ayam Rebung...eemmm sedap xingat sape dah..hehheheh.....Hari ini,akan aku uploadkan resipi Gulai Ayam Rebung.

Bahan-bahannya

1 ekor Ayam-bersihkan dan potong 12
2 biji Bawang Besar(saiz sederhana)- dibuat 2 bahagian, 1 untuk di gaulkan ke dalam kari & 1 untuk menumis
5 biji Bawang putih-dibuat 2 bahagian, 1 untuk di gaulkan ke dalam kari & 1 untuk menumis
1/2 inci Halia - hiris halus
Rempah kari Ayam
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 camca besar kerisik- seelok2nya buat sendiri kerisik..lagi sedap
2 tangkai Daun kari

1 cawan santan pekat
3 cawan air- sekiranya anda hendak lebih pekat kurangkan air.
Rebung-dipotong2- jangan sampai putus rebung tu.
sedikit minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Cara-cara membuatnya:-
1. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang dan seterusnya bawang merah dah bawang dalam periuk
2. Sementara itu, campurkan rempah kari,bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta kerisik dan halia yang dihiris halus dalam bekas lain dengan 1 cawan air.
3.Bila bahan tumis agak kekuningan masukkan campuran rempah tadi, kacau seketika dan terus masukkan ayam dan daun kari dan biarkan . Tutup periuk dengan penutup periuk agar ayam cepat masak.
4.Setelah anda dapati ayam sudah masak, masukkan santan pekat serta air secukup nya,
5.Masukkan rebung serta secukup rasa garam.Biarkan rebung masak.
6.Bila kuah gulai mula mendidih anda boleh tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.


Nota: Sangat sesuai dimakan dengan nasi panas + salam belacan + ulam pucuk Janggus... sedap sangat,kalo makan dengan roti pun sesuai, selamat mencuba.

Kelas Hiasan Kek

Assalamualaikum semua..
Rasa lama je aku tak menulis kat blag aku ni...Baru balik dari kursus semalam..hari jumaat ini bru ada kesempatan untuk menulis semulaa... minggu lepas pada 26 Februari 2011, aku sekali lagi menghadiri diri ke kelas hiasan kek bersama-sama kak Aida serta Adik Syafiqoh.. hehhehehe macam biasa.. quite interesting...tapi kami semua tak pandai sangat2 seni menhias kek ni.. Tapi Alhamdulillah Group kami mendapat pujian dari group yang lain..hehehhehe malu2 jugak kami,  malu2 kucing ja...tapi Kelas Hiasan Kek tu mula lambat ckit, Chef lambat sampai pulak,jadi makin lambat laa kami boleh balik.. dri pukul 9 pgi, sampai la 4 petang...Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan Jayanya.. cuma terpaksa berebut nozzle dengan group lain jaa...Group kami laa yg paling lambat dan lembab, tp lambat2 kami pun, group kami yang buat paling cantik tau..hehhehehehe promote nampak aku nie...
Hasil keras tangan kami bertiga..hehheheeh yang coklat kek tu buah apricot n kiwi abih mengelusur,, hehehhe nak tau nape.. chef letak ckit je buah, kami letak buah sampai keliling kek tu.... sampai mengelungsur jatuh buah tu... 
Tengok hasil tangan Chef..
hehhehe chef letak ckit ja buah.... kek kami penuh dengan buah ..Tamak sungguh kami ni..hehhehehehehe..tpi yang pasti, kek tu sedap.. 
Inilah Chef yang banyak mengajar kami , Sorry Chef coz terpaksa ajar berkali2, biasalah kami kan budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..hehheheheh
Inilah Group Kami, ada penambahan ahli 2 orang, diorng kawan fikah..sama-sama tengah tunggu result SPM, harap2 diorang dapat result yang terbaik...Masa ni, kami bau selesai kek yang pertama, walaupun lambat tapi paling hampir dengan kek Chef.
Inilah hasil 3 biji Kek yang dihasilkan Oleh group kami, hehehehe yummy2.. Dari kiri, Kak Aida, Fiqah dan Aku...Sampai kite ketemu lagi kak Aida dan Syafiqah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...