Sunday, January 30, 2011

Fruitcoktail Drink

FRUITCOKTAIL DRINK


BAHAN-BAHAN


Buah-buahan campuran
Susu Cair
Sari Kelapa- apa-apa perisa pun boleh digunakan
Jeli
Susu Pekat
Ais Batu


Cara-cara membuatnya


1.tapiskan buahan campuran dan masukkan ke dalam mangkuk yang besar
2.Masukkan susu cair , susu pekat serta sari kepala
3. Kemudian masukkan seberapa banyak jeli yang anda suka.
4. Siap dan sedia untuk di hidangkan.
5. Anda boleh hidangkan dengan memasukkan ais batu, serta meletakkan ceri serta kismis sebagai hiasan.





Pizza buat adik2 ku

29 Januari 2011

Kesemua adik2ku berkumpul di rumah, seronok rasanya bila semua adik berada di rumah, dulunya sunyi hari ni riuh rendah... macam-macam resipi la yang terfikir di kepala otakku ni...eeemm ikut planning awalnya aku nak buat puding roti nak makan dengan castard sauce x pun makan dengan ais krim coklat, tapi rancangan terbantut pulak, coz aku terlupa nak beli susu cair.. emmm so terpaksa laa aku menukar rancangan dari membuat puding roti aku tukar kepada membuat pizza... sebelum adik2 ku balik aku dah beli2 barang nak buat,cuma instant pastry pizza ja yang dah habis kt kedai Sayang tu, so semalam terpaksa la aku buat doh pizza sendiri..dah siap doh tu, aku biarkan doh tu kembang dulu... sementara tunggu doh tu naik, aku masak la Char Keow teow dulu.. eemmm bukan aku perasan, tp memang perasan pun, sedap giler Char Keow Teow aku tu, udang banyak... eemm sedapp... tambah2 makan masa panas2..ffuhhhhh.sedapp gilerrr....dah selesai siap Char Koey teow, aku dengan adik bongsu aku prepair barang2 nak wat pizza, sos pizza ready made dah ade, cuma nak potong, cendawan butang, nenas, sosej,dengan bukak tin tuna jaa... dah siap semua, mula aku canaikan doh tu, letak bahan2, then bakar.. selesai bakar apa lagi.. makan time laa... Alhamdulillah, habis 2 biji pizza yang aku N adik2 buat....pagi ni, diorng wat lagi,,,,,sedap katanya.. 

Inilah hasil Kami adik Beradik....

pizza ketika masih dalam oven.
Inilah hasilnya...

yummy..yummy....very deliciouussssss..ahahahhahaa



Origami Cinta

Tadi aku bukak Facebook, terjumpa dengan gambar-gambar origami yang aku upload dalam facebook tu....emmmm aku namakannya, Origami Cinta....., tu pun hasil tangan adikku, rajin die, die suke buat benda-benda yang rumit2 nie, lain laa aku, aku suke tgok aje benda-benda yang cantik ni.....aku tukang bagi nama ja bole laa..hehehehhee...

Dulu zaman sekolah rendah aku selalu tertanya2, Apa itu ORIGAMI?

Bila dah Besar baru laa Aku tahu Origami adalah merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Inilah hasil tangan adikku:

ORIGAMI CINTA
Dalam kamus ada kata, dalam kata ada makna, dalam makna ada cinta, dalam cinta ada hati, dan dalam hati ada yang tercinta…………








ORIGAMI CINTA

Cinta dapat membuat kite melayang tinggi di langit biru yang dipenuhi oleh awan penyejuk hati…….,
namun terkadang cinta jua yang membuat kite menjadi insan yang terbelenggu………..






ORIGAMI CINTA

cinta itu sumber kebahagiaan, sekaligus sumber kesedihan! kerna pada saat kita mendapatkan cinta itu, maka saat itu lah munculnya kebahagiaan ..tapi pada saat cinta itu hilang maka saat itulah cinta berubah menjadi kepedihan.



ORIGAMI CINTA
Datang dan pergi seperti angin
tak beraturan dan arah
merasakan cinta dalam kehidupan
kadang ku bahagia kadang ku bersedih.








ORIGAMI CINTA

Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar..semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya

Saturday, January 29, 2011

Bertemu dengan kawan lamaku

Semalam aku rasa best sgt, dah lama rasanya x ketemu sahabatku yang duduk dekat Kuala ketil tu, pada hal bukan jauh pun pun sungai petani dengan Kuala Ketil tu, macam dok Kuala lumpur pulak..hihihihih... emmm best sangat semalam, dah lama xjumpa banyak laa cite yg nk dikongsi bersama dengan dia... eeemm first je jumpe.. trus lepak kt kerusi kt tesco tu, mcm2 la disembangkan dari kerjaya sampai la ke masalah peribadi, eeemm ada suka dan ade duka, suka sehingga gelak terbahak2 kami dibuatnya, dan tika bersedih air mata kami saling berlinangan...yang pasti semalam best..lpas abis je bercerita kami pegi ke Nagoya,kwn aku ni Cikgu merangkap Tailor, jadi g Nagoya tu nak cari kain langsir untuk Bilik Pejabat sekolahnya laa n die laa tukang jahitnyaa.hahahahah...pusing punya pusing last dapat jgak kain langsir warna hijau epal yang die nak...then kami teruskan perjalanan ke KFc.. makan Timmmeeeeeeeeeeee.... dah lapor ler...aku ngan kawan aku ni, g makan kt kfc ja, dah lama xmkan bersama, teringat dulu waktu kami berlima, aku , zana, leha, azliha dengan ain,kami  selalu makan kat warung Pak Bahadur die punya  Koey Teow Tom Yam punya laa sedap dgn kaw, kaw... complete.. siap panas, pedasnya,pekat, bahan-bahannye yang banyak n yang paling penting murahhh.. xde bandingan nya..rasa2 dah 6 tahun kami x ke sana, xtau laa masih ada kesedapan seperti dulu atau x.. smalam baru aku dgn zana recall balik memori mase dgn SLG...best mase tu... selesai je makan aku ngan zana g laa shopping barang kt tesco tu.. aku biase laa..beli barang nk buat fruitcoktail drink.... dengan nk buat spegetti bakar...shoping sampai xsedar dah petang..rasa macam sekejap je aku jumpe kawan aku ni.. dah nk balik,,,,eeemm sedih jgak, xtau nk jumpe bile lagiii.. xpe.. yang pasti kite akan jumpa lagi ye zana..x jauh pun SP dengan Kuala Ketil tu..hehehhe...

Thursday, January 20, 2011

Bubur Asyura- pada bulan Safar

Tiba-tiba akak-akak kat opis teringin nak makan bubur asyura, masa bulan muharam xsempat nak buat, banyak orang bagi aje.. so kami kumpul la duit  nak buat bubur Asyura... Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, yang paling  penting sedap, dapat jugak la kami merasa bubur Asyura walaupun  bukan dalam bulan muharam sekadar untuk makan, Alhamdulillah banyak jugak kami dapat, bole bagi staff yang lain merasa..Sedap sangat...

Ini hasilnya

-
-
-
-
-

Langkah-langkah buat Bubur Asyura

LANGKAH 1
Bancuh tepung Beras,gula merah, santan,gula putih, Air daun pandan,sedikit air kapur dan secukup rasa garam.  Masakkan atas api yang perlahan.




LANGKAH 2
Bila agak pekat masukkan isi jagung dan sagu , teruskan kacau


LANGKAH 3
Masukkan kacang hijau yang telah direbus,Kacang Merah, Ubi keledek yang telah direbus serta Pisang


LANGKAH 4
Kacau sehingga masak dan adunan menjadi pekat


LANGKAH 5
Siap untuk dimakan



Macaroni Goreng

Hari nie tiba giliran aku untuk masak pulak... lebihan bahan masakan semalam banyak lagi, so hari nie masak macaroni goreng aje la....Semua bahan dah ada kecuali cili kisar, lobak merah dengan bunga kubis, nasib baik mummy  Aishah bawa bahan-bahan tu, bole laa aku mulakan masakanku hari..... eeemm xsampai 15 minit pun dah siap dah macaroni goreng....Thanks to Puan Sharifah , Mummy Aishah and also Sally  coz helping me ..hehhehehe...

Nak tengok hasil masakan Aku, tengok ler kt bawah nie:







Simple aja simple macaroni goreng aku hari ni....

ni resipinya

Bahan-bahan

10 ulas Bawang Putih
Cili Kisar
5 camca besar Tomato Puri
Lobak Merah di potong kiub
Bunga Kobis
Udang basah
Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula
Daun sup
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
2. Masukkan cili kisar dan tomato sup dan masak sehingga naik minyak
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, dan masukkan kiub pati ayam
4. Setelah itu, masukkan udang basah dan bunga kobis
5. Masukkan macaroni sehingga sebati dengan kuah
6. Kemudian masukkan lobak merah , dan akhir sekali masukkan daun sup.
7. Siap untuk dihidangkan.





Wednesday, January 19, 2011

Macaroni with Tomato Soup

Hari ini aku ingin berkongsi satu resipi yang aku baru dapat dari rakan sekerja aku, Puan Sharifah Noor Azimah. Terima kasih kerana masakkan untuk kami.. Alhamdulillah sedap sangat macaroni hari ni. Bukan saja sedap, malahan makanan sihat, kurang minyak banyak sayur-sayuran sesuai sangat-sangat untuk anak-anak kecil dan sesuai sangat untuk orang yang hendak berdiet.Hanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan makanan yang sedap lagi menyihatkan.

Macaroni with Tomato Soup

Bahan-bahan

Macaroni
10 ulas Bawang merah
10 ulas Bawang putih
i inci Halia
2 Biji Kentang
Brokoli
2 batang Lobak Merah
1/2 tin Tomato Sup
Ayam
Udang Basah
1 Sup Bunjut
2 Kiub Pati Ayam
1 Jag air
Minyak untuk menumis dann merebus Macaroni

Untuk hiasan

Daun Sup dan Bawang Goreng

Cara-caranya

1.Rebuskan Macaroni dengan air dan sedikit minyak, setelah masak tos kan

Sup
1. Tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang puith dan halia, masak sehingga naik bau dan keperangan
2. Masukkan Isi ayam, bila agak masak tuangkan air.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam serta sup bunjut
4.Kemudian masukkan kentang serta lobak merah
5.Masukkan Udang basah
6. Akhir sekali masukkan brokoli
7. Hidang kan macaroni bersama-sama Sup Tomato ini beserta dengan daun sup dan bawang goreng

Inilah hasil dari resipi di atas..Sedap sangat








Monday, January 17, 2011

Resipi untuk kawan bujang ku...Sup Sayur

Malam ni ada laaa plakk kawan kat YM tu yang nakkan resipi Sup Sayur, eeemmm nak buat macam mana orang bujang, sup sayur pun susah nak buat..hehhehehehhehehe......xpe kawan punyer pasal, aku bagi laa resipi sup sayur yang selalu aku masak ....resipi ni simple je.. tp Insyaallah sedap.....


Sup Sayur

Bahan-bahannya


1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
Bunga Kobis
Jagung muda
Cendawan tiram
Su'hun
Tauhu
Bebola Ikan
Kek Ikan
Sedikit Isi Ayam
sedikit Halia
Kulit Kayu Manis
Garam 
Bahan perasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang


Cara membuatnya


1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih ,halia dan kulit kayu manis.
2. selepas itu masukkan ayam, dan bila agak masak masukkan air,garam dan bahan perasa secukupnya,
3. Kemudian masukkan lobak merah, jagung muda dan bunga kobis, 
4. Setelah itu masukkan bebola ikan, kek ikan serta tauhu..
    masak seketika
5. Kemudian masukkan cendawan tiram, Su'un dan akhir sekali masukkan daun bawang dan sup..
6. Siap untuk dihidangkan.


p.s:Buat geng bas sekolah ,kalo malas nk beli ayam guna aje ikan bilis pun sodapp.. save budget untuk akhir bulan.. dan yang penting masakan diet..hehhehehehe

Saturday, January 15, 2011

BEGEDILKU

15 Januari 2011

Macam biase la,pagi nie aku bangun awal dari semalam... pukul 4.00pgi dah bangun.. semalam aku dah prepair barang utk mak ngan aku buat kuih..memandangkan hari ni, cuti aku bangun awal utk buat kuih-kuih aku, awal dari selalu. Hari nie mak aku mintak aku wat extra kuih ketayap.. katenya ramai pelanggan hari ni, so aku xpayah laa nk pi execise  coz ari nie byk aktiviti melenggang ketayapp..hehehehehehe..... aku ni merapu lakkk....maka siaplah kuih satu persatu, mula-mula kuih ketayap,kemudian kuih badak, kuih cara,kuih lompang, kuih kacang,burger malaysia dengan kuih donut.. dijamin sedap.eeeeeeemmm....perasan sedap plak aku..tp mmg tidak dinafikan lagi kesedapannya pun...kalo x, xdelaa ramai peminat...plan aku nk wat frozen utk semua jenis kuih..insyaAllahh..sekarang pun aku dengan mak dah mula buat frozen untuk donut..Di Pejabat aku pun ada permintaan untuk frozen kuih kacang dan onde-onde...opss melalut pulak....selesai aje buat kuih, aku nk rest laa dlm bilik, tiba..tut..tut..tuut..tuuuutt... Hp ku berbunyi, aku tengok ade org call aku, rupenye puan Sharifah Noor Azimah rakan sekerja ku yang call, dia minta resepi BEGEDIL yang aku buat utk soto yg selalu aku buat untuk staff Bengkel..tp aku tak nafikan memang sedap..hihihiihih....... aku nieee.... untuk Puan Sharifah Noor Azimah(Kakakku) untukmu ku persembahkan resipi BEGEDIL istimewa buatan Adik zue mu..hehehehehe

Bahan-bahan

6 Biji Ubi Kentang
3 ketul isi Ayam  dan dicincang/Daging Cincang
Lada Hitam
Cili Padi
Daun Sup dan Daun Bawang
Bawang Gorang
Telur
Sedikit Tepung Gandum
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Rebuskan ubi kentang yang telah dikupas kulitnya bersama-sama dengan sedikit garam
2. Setelah empuk ubi tersebut, kemudian lecekkan ubi tersebut.
3. Kemudian masukkan, sedikit tepung, Ayam cincang,cili padi,Daun sup & Daun Bawang,   Bawang Goreng dan Gaulkan.
4.Setelah rata kesemua bahan masukkan lada hitam, terpulang kepada anda, sekira ada sukakan pedas bolehlah banyakkan lada hitam.
5. Setelah itu bentukkan adunan BERGEDIL tersebut.
6. Setelah dibentuk celup ke dalam telur yang telah dipukul
7. Kemudian gorengnya sehingga masak.


BEGEDILKU


Thursday, January 13, 2011

Kuih Ketayap.. oooo Kuih Ketayappp....

Setiap hari aku bangun awal utk melenggang kuih ketayap...Kalo kat ofis aku setiap hari diorng order.. adela akak kt ofis aku ni kata"die kata makan kuih ketayap aku nie kalo makn 5 bijik skali makan kak bole tau"... makin kembang laa aku dengan pujian yg diberikan... setiap hari aku bawak kt opis... diorng xjemu2 dgn ketayap yg aku wat.... tambahan diorng turut memesan kuih cara istimewa yg mak aku buat..dgn kuih badak... kawan-kawan kt opis slalu support aku.. kalo ade meeting ke? ade majlis ape ke diorng mesti pesan kuih aku dulu..hehehehehehheh........dulu mase aku letak kt warung sikit je... skrg nie ni menggunung aku susun kuih ketayap..makin ramai peminat...teringat dulu aku, mase mula2 blajar nk gulung ketayap..selalu mak marah.. gulung tak kemas laa...inti tak banyak laaa....heheheh kadang2 merajuk dengan makkk..tp atas tunjuk ajar mak.. sekarang dah pro tauu.. heheheheh pagi nie aku buat banyak sgt kuih ketayap..utk pelanggan-pelanggan ku.. inilah sejarah ketayap ku.......KETAYAP OOOOO  KETAYAPP.......


Wednesday, January 12, 2011

Permulaan tahun 2011

Dah lama rasanya aku x update aku punye blog nie.. tahun 2011 permulaan yg baru buat aku memulakan kerja bru aku nie di samping bisnes kecil-kecilan aku... aku meninggalkan kenangan 2010 yang penuh dengan suka dan duka. Harapan ku agar tahun ini lebih baik dan dimurahkan rezekiNya agar aku dapat mencapai cita-citaku membuka sebuah cafe kuih-muih tradisiona terlaksana,bagi menyambung usaha yang telah ibuku mulakan berpuluh tahun dahulu.. aku ingin mengubah nasib keluarga ku.. InsyaAllah atas dorongan dan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan sekerja ku, aku akan berjaya... Cuma aku perlu tingkatkan usaha ku.. Kini aku nk memperkasakan diri ku dgn kursus yg ade, bgi membantu aku untuk mendalami bidang yg aku ceburi ni... setakat ni, kemahiran yang aku ada adalah berkat tunjuk ajar ibu aku, yg selama ini xpnah jemu ngajar aku, aku bersyukur kepadaNya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...