Friday, December 23, 2011

Terung Goreng Pedas

Sekali lagi aku meng"Upload"kan resepi mudah, tetapi sedap, aku salah seorang pengemar terung, tambahan pula masak sambal terung letak dengan udang kering. Tapi kali ni, aku nak Upload resepi Terung Goreng Pedas kegemaran cik atun(my adik). Si atun ni kalo xde lauk lain pun xpe, asalkan ade terung  Satu lagi kegemaran die bendi, buat la masakan ape pun  asal ade bendi die xperlukan lauk lain, kalo aku tengok bendi xberape nak minat, tp kalo peria.. is number one in my heart..hahahahhaha..Ok kt bawah ni resipi mudahnye... Jom Follow..


Bahan2
Terung dihiris mennyerong secara berselang seli
Ikan bilis- ikut banyak mana yang kite suke
1 labu bawang besar dipotong nipis
7 biji cili padi dipotong nipis
Minyak untuk menumis
Bahan perasa dan garam secukup rase

Cara2
- Tuangkan minyak ke dalam kuali, setelah panas tumiskan  bawang besar , ikan bilis dan cili padi sehingga laju.
- Kemudian masukkan terung , garam dan bahan perasa.
- Tutup kuali  agar terung cepat masak.
- Bila sudah masak bolehla dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA

Thursday, December 22, 2011

Ayam Masak Halia

uuiii lamanya xupdate pasal masak-masak ni. Sekarang ni dah xsempat nak masak sangat, dan xsempat nak attend class, rase2 next year aku kena luangkan lebih masa kat masak ni. Hari ni aku nak update satu masakan yang simple, but sedap... tapi bagi yang dah terror mesti cakap pejam mata je dah boleh buat..hihihihiihi......

Bahan2
Hirisan isi ayam-kuantiti terpulang kepada kehendak
2 inci halia
5 ulas Bawang Putih
5 camca besar Sos Tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit air
11/2 camca besar tepung jagung untuk memekatkan kuah
10 biji cili padi dibelah dua
secukup rasa garam.

Cara2
1. Letakkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih serta halia, biar seketika kemudian masukkan sos tiram.
2. Selepas tu masukkan sedikit air dan kemudian diikut dengan hirisan isi ayam, dan secubit garam, biarkan ayam empuk, tidak perlu masak terlalu lama.
3. Masukkan hirisan cili padi , biarkan cili layu, dan kemudian bancuh tepung jangung dengan air dan masukkan ke dalam ayam tadi, biar seketika dan boleh la diangkat dan dihidangkan.


.

Saturday, December 17, 2011

@ VM tengok Mission Imposibble: Ghost Protocol


Dah lama x tengok wayang.... lepas ja balik dari kenduri kawan aku, Pn. Zana Rasdi.. terus jaaa tengok wayang @ Village Mall.. Best jugak, last movie aku tengok dengan Kak Zira, kitorang tengok cite Ong Bak.. Petang tadi aku dengan Ain tengok cite Mission Impossible:Ghost Protocol.. Seriously Best giler, coz dah lama aku xtengok wayang  dan xsempat aku nak tertido dalam panggung, selalu kalo cite boring aku mesti terlelap, so kire cite ni best laa .....Rasa letih sangat la.. rase2 esok baru leh update majlis perkahwinan member baikku Pn.Zana Rasdi....

Wednesday, December 14, 2011

Kejohanan Bowling BDSP

Abis sakit urat kaki, betis dan lengan dek kerana kejohanan Bowling ..Maklumla pakai main baling jaa x warm up langsung... pastu baru kena padahnye, mau 2,3 hari jugak sakit urat ni.nak duduk sakit, bila dah duduk nak bangun plak sakit. aduyaaiii...muda2 dah sakit urat. Walaupun sakit2 best jugak, dah lama x baling..hihihihii..... last aku main bowling masa lawan Inter jabatan Kerajaan. 

Trofi cenderahati yang aku dapat
ni pulak hamper yang aku dapat..hihihihi dapat no.13... 
dengan rakan sepejuangan BDSP

Nota Kaki: Warm Up dulu sebelum melakukan aktiviti sukan.

Saturday, December 3, 2011

Nasi campur @ Singgahsana Restaurant(Sabah)

Teringat Nasi campur kat restoran ni, kat restoran ni laa baru ku jumpa makanan yang menepati citarasa, baru jumpa makanan yang pedas2.... Ni pun last day kat sana baru jumpa restoran ni... aku ambik lauk simple jaa, ayam goreng, sayur kangkungn ulam bendi  dengan kuah asam pedas tumis, sedap sangat...


Aku mengegarkan 1 Tanjung Aru..

hehehheheheh... Tanjung Aru Bergegar? betul ke?

dek kerana tuan blog ni (aku yang oversized bole melompat), melompat tinggii ... hihihihi tinggi ke lompatan tu? 
uuiiii ... Chaiyok2....

Percubaan Pertama


percubaan pertama gagal....

yahoo berjaya jugak, sukses..hahahahaha
usaha tangga kejayaan.. xkira kite oversize ke? tetap boleh... YAKIN BOLEH...

P/S: walaupun xlompat tinggi bole laa tu kan..hihihihihhi

Wednesday, November 30, 2011

Hidangan untuk Harijadi Kami

N3 ni, sepatutnya aku masukkan bulan 10 yang lepas, tp dek sebabkan kekangan waktu, aku baru masukkan N3 tu hari ni, Pada 20 Oktober 2011 yang lepas, kami berempat, aku, kak pah, mama aishah dan kak sal telah mengadakan satu majlis kecil, bagi meraikan hari kelahiran kami berempat di ofis . 
Antara Hidangan yang kami sediakan, aku siapkan kek lapis chesse, cheese Tart Blueberry dan kuih cara. Puding Coktail tu kak pah yang sediakan, Sedap sangat.
Menu utama hari tu

Sabah Part 4 - Solemnization & Reception (Daus & Dyan)

Akhirnya tiba juga hari yang di nanti-nantikan iaitu Majlis penikahan dan Majlis Resepsi pihak perempuan di Dewan SESB Sabah. Alhamdulillah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Majlis diatur dengan begitu rapi oleh pihak pengantin perempuan. Majlis Pernikahan tersebut dijalankan di rumah nenek pengantin perempuan.

Di sini aku Uploadkan gambar-gambar disekitar Majlis Akad Nikah serta Resepsi.

Majlis Pernikahan
aku tengah touch up ckit2 adikku
Rombongan Kami




Antara hantaran Kami
Senyum Kambing
Berdebar Menantikan Akad
Seriusnya..hahahahah
Sempat kenyit mate lagi.. poyo jeadik aku ni







Aku dengan pa'aan
wahh.. siap ade press conference lakk..hahaha
Peace sokmo.. mcm akaknye jgakk
Kami sekeluarga
Hantaran dari pihak perempuan
Majlis Resepsi
Kami yang sedondon
"Register nama dulu kak"
Siap ade band..."THE JANs"
Ahli keluarga baru.Selamat Datang Diyana ke dalam Keluarga Kami
Mak kata kta Abah.. Baca doa dulu


Aku, Mak dengan Meme Dyan
Atun dan Bunga

  
Selamat Pengantin Baru buat adik serta adik ipar yang tersayang. 

Monday, November 28, 2011

Sabah Part 3 - 1 Borneo & Kak Nong Restaurant

1 Borneo ni , xtermasuk pun list tempat yang patut kami lawati... Planning Ad Hoc !!!!.. Ni Atun punyer planning laaa!!!!, aku mana penah pi 1 Borneo, tp buat2 tahu je kat atun,  aku kata kat die penah ke situ..hahahahahha.. Untuk pengetahuan semua, hihihi, ade orang baca ke entri aku ni, Atun ni dah MASTER dah area KK ni, maklum la orang dah penah datang sabah dah dekat 4 , 5 kali, sampai dia kata bosan laa... aku, mak ngan abah ikut je, die kan driver kami.. hehehhehehe... ikut planning asal, pagi2 kami pegi ke Pasar Besar Kota Kinabalu untuk membeli Sirih , Kapur, Gambir dan Buah Pinang, aku ingat ke Lama kat Pasar tu, tengok2, jap je... dalam 10 minit ... dah xnak ronda, jumpe je sirih dengan barang2 sirih junjung  terus je beli dan balik...  So aku call la adik lelaki ku yang tengah tunggu kt bilik, tunggu masa nak fitting baju Pengantin kat Butik Pengantin.  Butik Pengantin tu dekat area Segama, agak sesak kat situ, nak parking pun susah,  so kitorang tinggalkan aje adik lelakiku kt depan kedai tu, bakal adik ipar ku pun dah ade kt kedai tu.... Kami terus je menuju ke tempat yang Atun cadangkan. Pada mulanya aku, mak ngan abah xnak, bukan ape, xbersiap sangat nak kluar, aku ngan abah siap pakai selipar jepun lagi, tp xpe laa.. ADE AKU KISAH....hiihihihihihiihihih.....

 Pasar Besar Kota Kinabalu
 Banyak jugak kami shopping,  murah betul!!!... RM 10.00 untuk Branded T shirt


 Entrance 1 Borneo

Diorang dah siap decorate untuk Krismas 

Abis ronda-ronda kat 1 Borneo,  kami nak balik semula kat Pekan KK, perut dah berkeroncong ni, dah lapar... aku call adik lelaki ku, ingat ke ade kat butik tu lagi, kitorang  nak ambil dia dan terus pegi cari restoran, die kata dah ade kat bilik, so kami ambik dia kat Apartmen n terus pegi cari makan.  aku n family makan kat KAK NONG RESTAURANT, sedap jugak, atun kata nasi ayam Kak Nong tu sedap, menepati citarasa die n Pedas kaw punyer.... Daus (adik lelaki) kata, restoran ni penah masuk dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN, ramai sangat orang kat ctu. Nak tau aku makan apa? dok jauh2 kat Sabah tu aku makan Nasi Goreng Ikan Masin je, sampai Daus kata, makan la yang  lain ckit, yang xde kat semenanjung.
 ni la tempat kami makan " KAK NONG RESTAURANT"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...