Tuesday, November 30, 2010

RESIPI KUIH MUIH TRADISIONAL

eeem malam ni tergerak lak hati masukkn beberapa resipi kuih muih tradisional.  Resipi-resipi kuih ni bukan saja mudah malahan sedap lagi dimakan. Kalau tidak kita yang memelihara kuih muih tradisional kite ni, sape lgi..di sini Zur sediakan beberapa resipi kuih muih utk pengunjung blog Zur ni..



Abok-abok Sagu
Bahan-Bahan:
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
2 tsp rata garam halus
Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya
Cara:
1 Basuh sagu biji.Tapis & biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.
Tambahan:
Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya.


Badak Berendam
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.


Tepung Pelita
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 ½ cawan santan pekat
5 cawan air panas
½ cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)
Cara:
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.




Buah Melaka Special
Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

Tempahan Soto N fruitcoktaill

Menerima tempahan  soto pedas istimewa..

sama ada bihun, mee,koey teow,nasi impit hanya berharga RM 4.50 berserta bergedil,manakala tanpa bergerdil  RM 4.00. Gerenti sedap dan dapat memuaskan hati anda sekalian....sekiranya berminat anda bolela menghubungi sya Zur..




di Zur heritage jgak kami ade menawarkan  Fruitcoktail drink...Jangan malu2 mencuba yee....

Wednesday, November 24, 2010

Sedia menerima tempahan kuih muih

Nama: ZURAIHAN ABDULLAH
Handphone: 019-4771408
SEDIA MENERIMA TEMPAHAN NASI DAN KUIH-MUIH UNTUK PELBAGAI JAMUAN..
  • KARIPAP (SARDIN, UBI KELEDEK, KENTANG)
  • KUIH BADAK
  • KUIH KACANG
  • KUIH DONUT
  • KUIH SAGU
  • KUIH ONDE-ONDE
  • KUIH CARA MANIS ISTIMEWA
  • KUIH KERIA
  • KUIH KETAYAP
  • BUAH MELAKA
  • KUIH TALAM
  • SERI MUKA
  • DAN PELBAGAI JENIS KUIH BERDASARKAN PERMINTAAN PELANGGAN..




Tuesday, November 23, 2010

Home Made Cookies



















Cornflakes Cookies

Dah lama aku mula buat biskut nie ... dri aku xtau ape2 sampai laa aku leh buat biskut nie n then jual kt kengkawan...mula2 blajar buat mau tgn aku kena oven..melekat kulit aku kat oven tu... aku mula buat biskut nie mase aku kecik lagi.. tp aku mula take over sepenuhnya tugas mak aku mase umo 17... dah 13 tahun aku buat .. tp serius wat utk bisness mase umo 26..mase tu aku mula keje ngan agensi insurans.. kat ctu ramai client aku n future client aku..syok mase tu.. masyuk jgak income mase tu... then bile aku keje kl trus xsempat buat.. tp thun 2010 aku mula semula..aku mula promote kt fb aku alhamdulilah byk dpt booking..rezki..rezki....syukur sgt.....

Antara Biskut yang aku buat:
~ Cornflakes Cookies
~ Tat Nenas
~ Biskut Kacang
~ Biskut Badam
~Almond London
~Snoopy Oat
~ Biskut Oat Chocolate.



Jika anda berminat untuk menempah biskut-biskut nie boleh laa hubungi saya   Zur~ 0195617097...

Monday, November 22, 2010

percubaan kedua

testing...testingg...percubaan kedua membuat blogg..blog pertama dah xingt password daa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...